T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

Update dari Puan Basirah..

Woahhh lama betul tak update la kan???
hmmm sorry wahai blogku.. dia pun dah naik menyampah dah..
so far hari ni macam ada masa terluang nak update blog ni..
sepatutnya sekarang tengah bz training tapi sebab web based training boleh la saye berjimba-jimba sekejapan..

Ni outfit untuk malam nikah. Baju simple je.. memang dedua baju kosong.. kita tak ambik off white.. dia antara off white dengan pearl white.. manik-manik baju ditambah sendiri oleh puan pengantin bersama wedding planner nye merangkap Dida Armain..

Sumpah ada cerita belakang tapi malas nak cerita. har har har.. biarlah menjadi rahsia.. ecehwah.. kau ingat kau siti lijah???

Tudung pun beli sajork.. murs murs okey.. mekap je bermasalah time tu.. memang kecoh 1 rumah.. muke orang tak biase mekap tebal-tebal (natural beauty gituee) ahahaa.. so aku dah la ngan gelabahnnye ngan katering tak sampai-sampai ngan mak andam stucked dalam jam.ngan laki ntah kat mana.. adoiyai.. tapi akhinye selamat jua ngan sekali nafas..

aku la time tu berpeluh berdebar melampau tapi orang tu ewah ewah.. laju betul dia ijab n kabul tuh.. tak bole bla.. ceh ceh.. saya selamat dinikahkan oleh abah sendiri.. and i knew abah was nervous too. hahaha its okay abah.. u got 3 more daughters to go!

Kita dedua memang takde plan nak merenjis bagai.. we got mini pelamin just to take pictures with family and friends.. it was a simple occasion actually.. cukuplah dengan budget yang ada. yang penting.. semua ikut pengantin..(akulah tu kan).. and semua pun happy.. yes got cacat sikit di sana sini which can be alter for the next event pulak next year time Angah n Ber..

Work? My 2nd week at my new place.. ppl are nice too but im still missing my old colleagues.. πŸ™ takpelah..manusia kena berubah untuk maju ke depan.. so i am looking forward but not forgetting my past and akan selalu pandang ke belakang bila saya menuju ke depan dan akan selalu tengok ke bawah bila saya ke atas.. thats how im going to live my life right now..

harap-harap lepas ni boleh selalu update blog with my current life.. hehehe πŸ™‚

1 Comment »

Berita Hari Ini – Mahu lebih banyak kerjasama dengan Korea dalam ICT

Diambil dari : www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0527&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm

SEOUL 26 Mei – Malaysia mahu menjalin lebih banyak kerjasama dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dengan Korea Selatan, negara yang disifatkannya sebagai jaguh ICT, bagi melonjakkan hubungan dua hala dalam bidang ICT yang kini masih sederhana.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, Malaysia merancang agar kerjasama dengan Korea Selatan dapat diterjermahkan dalam projek-projek berkaitan ICT bagi mengeratkan jalinan hubungan diplomatik antara dua negara, yang pada tahun ini merayakan 50 tahun hubungan diplomatik.

Beliau berkata, Malaysia akan mencuba meneroka beberapa bidang ICT di mana Korea Selatan mempunyai kekuatan dalam pelaksanaan projek.

“Kita akan tentukan misalnya bagaimana Korea Selatan boleh melonjak dan menjadi negara nombor satu dalam bidang ini, bagaimana mereka meletakkan kepentingan ICT di kampung-kampung seluruh Korea Selatan, di samping mengajar anak-anak muda untuk ICT dijadikan bahan membuat keuntungan dan pada masa mengisi budaya Korea dalam ICT, yakni industri kandungan.

“Perkara-perkara ini amat menarik, kami akan mencuba meneroka beberapa bidang,” katanya kepada wartawan Malaysia sewaktu menghadiri Sidang Kemuncak Maklumat dan Komunikasi Sedunia 2010 di sini.

Rais berkata, Korea Selatan juga mempunyai program menarik dalam memupuk animasi dan penyelidikan dalam bidang tiga dimensi, kaedah yang digunapakai dalam filem epik sains fiksyen hebat Avatar.

“Bidang-bidang ini sangat menarik dan akan memberi keuntungan besar kepada kedua-dua negara. Kami sebenarnya melihat industri ICT Korea Selatan sebagai satu jaguh sebab mereka sudah dapat mempelopori beberapa arena yang sudah maju di peringkat antarabangsa,” katanya.

“Jadi kita harus melihat bagaimana Korea Selatan menjual budaya animasinya, menjual budaya wayang gambar atau sinematografinya di luar pantai Korea, ini sangat menarik,” katanya.

Katanya, agensi yang terlibat dalam bidang ICT di Malaysia perlu melihat perkembangan ICT Korea Selatan secara mendalam dan mengemukakan cadangan kepada kerajaan tentang pendekatan yang boleh diambil bagi meneladani kejayaan Korea Selatan “dalam konteks yang terhad tetapi menyeluruh di Asia Tenggara”.

Rais berkata, kerjasama ICT Malaysia-Korea Selatan boleh juga dilakukan dalam bentuk skim latihan ICT melibatkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi Korea Selatan dan juga antara pengamal-pengamal ICT di kedua-dua negara.

“Mungkin ada beberapa pengamal ICT kita (Malaysia) akan ke mari (Korea) dan pengamal ICT Korea Selatan pula akan ke Kuala Lumpur untuk melihat bagaimana industri ICT di Malaysia dapat berkembang sebaik mungkin,” katanya.

Rais menyifatkan penganjuran WISC, di mana pemimpin, menteri dan timbalan menteri dari kira-kira sembilan negara mengambil bahagian dan bertukar-tukar pendapat, sebagai jangkauan murni yang dilaksanakan Korea.

“Korea Selatan sebagai negara berpengalaman, mereka memanjangkan persahabatan ini dengan negara-negara membangun supaya Asia keseluruhannya tidak ketinggalan.

“Kita akan ambil ini sebagai satu langkah permulaan, menjana zaman dan era baru agar ICT merupakan sebahagian cara hidup yang membawa faedah ekonomi, budaya dan faedah industri,” katanya.

Persidangan dua hari WICS 2010 anjuran Suruhanjaya Komunikasi Korea bermula Selasa bertujuan memperkukuhkan kerjasama dan membina masa depan yang lestari dengan berkongsi pengalaman dan visi negara peserta dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Rais berkata Malaysia dan Korea Selatan juga akan berbincang tentang kemungkinan diwujudkan penulisan buku mengenai hubungan 50 tahun Malaysia-Korea Selatan. β€” BERNAMA

p/s: Saya tahu sekarang saya buat keputusan dengan betul 7 tahun lalu.. πŸ™‚

p/p/s: Laku macam goreng pisang panas πŸ™‚

3 Comments »

M to the I to da double S!

Our raya celebration yang last together-gether 2008 @ Inha University, Incheon, South Korea

Gambar ni macam pernah letak few years ago tapi takpelah.. hahaha *malas punya pasal*

I miss them so much.. Walaupun sekarang tetiga dah ada kat Malaysia but due to others commitment then tak dapeklah nak berjumpa or whatsoever.

Selalu through phone jelah..

We’ll never miss to remind each other pasal kenangan-kenangan of course di Daerim.. our first area we stayed when we arrived in Korea.. hahaha

tak pernah lekang senyum bila teringat pasal Daerim.. fun gilee ahhh!

We used to share stories back then.. sekarang pun.

Recently, I just found out something from Ratna and rasa bersalah selama ni di manekah aku tatkala si dia sedang berdukacita ? πŸ™Β  IM SORRY! πŸ™

I hope you feel better. Aku tak pernah lupa untuk doakan kesejahteraan kawan-kawan baik aku semua especially korang-korang! πŸ™‚

And yesterday, Syaz SMSed me cakap dia kena transfer Penang pulak maybe sampai pertengahan tahun.. haisehhh.. baru je plan nak gembira-gembira sakan with cik Farah yang dah lulus Mohor Besar(ayahanda dialah) nak drive and jalan-jalan.. ish ish ish..

and today(ok tipu..semalam lah patutnya).. i GOTCHA Syaz.. hahaha sorrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrryyyyyyyyyyyyyyyyy babe!! tu lah akibat kalau pergi holiday tak bawak aku πŸ˜› hahaha no lah.. aku sengaje Gotcha kau sebab aku sayang gila kat kau.. we’ll wait if on air pagi nanti pukul 7 or 8 macam tu ke tak..hehehehe.. dengar cerita kau je pun dah terbahak-bahak gelak.. apetah lagi dengar sendiri.. haih.. im not sure die on air kan ke tak segment kau tu.. i hope JJ will put ur recorded GOTCHA laaaaa! hihi.. again.. I LOVE YOU! sebab tu I GOTHCA u πŸ˜› (anyone yang tak tau GOTCHA tu apa sila click kat link bawah ni ok?)

GOTCHA from HITZ.FM Morning Crew JJ and Ean! πŸ™‚

www.hitz.fm/special/gotcha/default.asp

1 Comment »

I miss you! :(

I miss them a lot :*(

i love u !

No Comments »

Happy graduation!

with Ain.Akma.Kak Emy.Huda amek gambar πŸ™‚

with Ruhil and Hana.ok saya berdiri atas tembok laaa.bukan dorg yg rendah~~Β  pfttt πŸ˜›

with huda n ain πŸ™‚

all the gurls ! opss auntie sharipah pun adee πŸ˜€

with INHA UNI bear that Akma gave πŸ™‚tepi kolam

To myself! hihi..

di kesempatan ini.. saya mahu mengucapkan berjuta-juta terima kasih to Akma.. yang sanggup ke sana ke mari usung kamera besar jadi photog of the day.. sungguh terharu.. ditambah pula dengan bear graduation INHA 2010 yang comel gilaaaaa.. SUKA TO THE MAX!.. i hope everything akan dimudahkan untuk anda selepas ini yea.. Saya dapat memahami perasaan melepaskan orang-orang terapat yang almost hari-hari nampak muka.Β  Sampai berapa biji ta** lalat atas muka die pun saya tau.. SAYA FAHAM!. HWAITING!!

Terima kasih to kak Emy .. yang walaupun sibuk nak exam TOPIK ni .. sanggup turun padang.. and thankssssssss untuk bunga comel tuhhh.. ehhehe than god bukan roses! macam tahu-tahu pulerr.. and the big chunk of chocolate! sajaaa la nii nak bagi basz makin gebu kan kann kannn.. hihi

Terima kasih to my babes Huda and Ain for the sweet rose(nasib baik seketui ajaaaa :D) and the chocs! huuhuhuh.. im gona miss u girls a lot!!..

Thank you to my Inha hubae(junior) for the lovely gift! SAYANGG KORANGGG!

To INHA girls yang grad .. HAPPY GRADUATION!!! kak basz mesti rindu time kita gelak-gelak dulu!!

AND to other juniors/seniors yang dtg ke INHA GRADUATION CEREMONY tadi pun terima kasih jugak.. πŸ™‚

And thank you so much to mak abah adik-adik sedara-mara family jauh dekat dan soon-to-be-my-husband.. THANKS A LOT!

oh.. and untuk pembaca blog ni (yang mostly nye senyap2 ajork but i know u all continuously reading my blog yang ntah hapo-hapo nih).. THANKS!

dan terima kasih kepada diri sendir sebab tak give up dengan diri sendiri and keep going till the end! almost 7 years tuhhh.. memang byk yg saya belajar sepanjang berada di Korea ni.. Tak mustahil i will come again .. sama ade for vacation or untuk mencari sesuap nasi.. Insya Allah.. πŸ™‚

HAPPY GRADUATION!

8 Comments »