Private pool di bahagian luar banglo
Interior dalam rumah(sikit je ambik gambar sebab bz sangat berseronok)
Pada 17hb Januari adikku sah menjadi isteri kepada suaminya dan majlis nikah dibuat kecik-kecik je dekat rumah parents . Yolah.. tuan punye badan just nak majlis kecik-kecik so kita ikutkan aje.
Bertandang belah Melaka pulak minggu depannya 24hb Januari 2015. So disebabkan tak pernah stay A’Famosa gigih aku carik high and low untuk rate paling menawan hati sebab fikir-fikir baik sewa homestay dekat banglo area tu je so nenek acik acik and cousins bolehla sambil hantar kenduri sambil bercuti ye dok. Bukan selalu pun.
So cari punya cari dapatla rate bagus dengan akak Nana (hai~~ akak Nana~~~~) . Actually kenal Kak Nana pun dari blog Gediks ni.. hehehe dari takde anak sampai ade anak sampai pergi Pureen warehouse same-same.. gilo ah. hahaha
Ok berbalik rate yang kak Nana rekemen kan tu memang murah gila kalau compare banglo lain punye rate. Dah lah takde waktu check out. HOMAI gile best..
SO setuju terus and book date siap-siap.
JUMAAT, 23 Jan 2015
Jumaat 23hb nye tu pulak half day lepas pergi check up di KPMC Puchong.
Kemas beg tunggu daddy balik terusss gerak pergi Melakau..
Abah & Mak dah sampai dulu lepas ambik adik kat PLKN Port Dickson.
Untuk malam Jumaat tu Uncle Nizam & Ibu dah tolong bayarkan so duduk di Condo D’Savoy 3 bilik. Tak silap RM400+ rate semalam.
Ok sangat-sangat jugak and tak ramai orang. Maybe sebab awal tahun lagi dan bukan waktu cuti sekolah. Kitorang sampai pun dah pukul 9-10 malam kot.
Bilik and ruang tamu semua ada air cond. Tuala , sabun bagai provided hokeh. Puas hati laa and luas budak-budak ni main kejar – mengejar / menyepah.
SO pengantin siap dari Condo D’Savoy la dan esoknya janji dengan rombongan pukul 12 di entrance A’ Famosa
SABTU, 24 Jan 2015
Pagi-pagi Ayah Nizam dah keluar belikan breakfast. Mekacihh.
Pukul 10 macam tu janji dengan Pak Andak (Uncle Rashid) untuk ambil kunci Banglo so balik dari kenduri boleh terus pergi banglo pulak.
Jauh ke dalam jugak dari Condo D’Savoy tu dan bila masuk memang puas hati sangat semua serba serbi cukup.
Bayangkan kami yang berkereta banyak tu muat tidur ade 4 bilik and ruang depan tu penuh.
Bantal, towel, selimut, toto kemain semua cukup tak payah keluarkan pun toto kitorang bawak dari rumah.
Malam tu start bakar buat bbq. Beli barang-barang dekat Giant Tampin tak jauh sangat dari A’Famosa tu. Tapi make sure la beli segala barang sebab A’Famosa tu memang dah ke dalam sangat nak keluar pun dah malas.
Budak-budak la paling suka berapa kali terjun masuk dalam kolam entah. Dah kolam depan mata je kan. Lapar naik lepas tu terjun balik.
Bilik semua aircond kat ruang tamu pun air cond.
Periuk nasi bagai semua ada.
Banyak gambar nak upload tapi nanti dulu lah..
Sesiapa yang berminat nak dapat info sila email ke basirah@gmail.com ye