T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

Terima kasih!

2010 memang antara tahun yang terbaik bagi aku…

aku berjaya jugak settlekan resolusi 2010 iaitu

  • Kerja
  • Kahwin

Haha sikit kan?

yelahhh bokpe nak letak banyak-banyak..macam lah jadikkan.. so baik sikit dan bermakne dari banyak tapi takdak habuk langsung..

Di kesempatan ini nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada blog ni.. dah setia bersama lama dah.. aku je yg tak setia-setia asyik tak update je la kan.. haha

Webmaster pun dah bising asal la aku tak update blog ni.. duit Nuffnang memang masuk sikit-sikit lama-lama menjadi bukit jugak..

hahaha kalau diupdate hari-hari mesti mahsyuk lagi..

resolusi 2010 yang tak menjadi adalah nak komited dengan blog ini.. susah beb.. hadoi entahlahh.. nak larik dari gaya anak dara trangtangtang ke bini orang memang susah..

takkan nak cita suma pulak kan.. nanti ramai yang muntah hijau kelabu keladak bagai..

dan..

TERIMA KASIH KEPADA YANG SUDI MEMBACA BLOG INI DARI DULU, KINI DAN SETERUSNYA (i hope so πŸ˜› )

2 Comments »

Waktu sesuai untuk berjalan-jalan ke Korea 1

Ni nak share tips untuk sesiapa yang berminat nak ke Korea. Banyak sangat soalan tanya bila waktu yang sesuai nak ke Korea. Untuk saya, sebenarnye semua season bagus nak ke Korea sebab dia 4 musim kan.. Mari saya listkan kelebihan dan keburukan setiap musim:

Musim panas:-
Kelebihan-
Ada orang kate musim panas tak best nak jalan-jalan kat Korea. Tu adelah salah sebab masa musim panas lah kita senang nak jalan sebab memang tak kan hujan so nak buat aktiviti luar memang senang. Waktu siang panjang betul. Subuh selalunya awal-awal around pukul 3-4 pagi and isyak pulak sangat lambat around pukul 8-9 malam..

Keburukan-
Bersedia bertahan dengan kepanasan yang luar biasa. Tak langsung macam dekat Malaysia okay. Sebab panas Korea memang takde angin sepoi-sepoi langsung. Peluh pun macam terus tersejat aje.
Dan make sure musim hujan di Korea sudah berlalu or else memanglah kita tak boleh nak buat aktiviti langsung. Sebab selalunya dalam musim panas ada 1 time tu memang hujan sepanjang hari tapi panas. πŸ™‚ So memang jadi tak selesa bila nak berjalan-jalan.

Bersambung :p

4 Comments »

GuHaRa-KARA before & after

BEFORE

AFTER

Mostly idol group perempuan ke lelaki ke kat Korea ni memang banyak yang dah ‘repair’ muka. Even dah jadi common walaupun untuk orang-orang biasa. Ada one of my korean friend yang lepas aje cuti 2 bulan summer terus muka berubah..memang makin lama makin cantik..

Biasalah tu kan.. siapa yang tak nak cantik. Dekat Korea ni kalau tak cantik memang macam dipandang sebelah mata je oleh masyarakat. So untuk membolehkan dorang compete dengan society, banyak yang mencantikkan diri. Sekarang memang artis banyak yang open pasal repair muka ni.. mostly mata , hidung dan mulut lah..

Lelaki selalunya botox mahupun filler.. dan buang kelopak mata bagi nampak sepet. Rain penyanyi pelakon tu satu masa dulu dianggap muka perfect dan menjadi reference untuk para plastic surgery ni.

GuHaRa buat pengakuan yang dia da buat something pada mata, hidung dan juga gigi sebab boss syarikat rakaman dia yang suruh..

No wonder semua nya comel-comel belakee..

Apa pun.. dorang tak kisahlah kot sebab bukan beragama Islam.. lantak kauu laaaa labuuuu..

No Comments »

Perempuan Korea sekarang..

loser_20091113_2

Program Korea ‘Chit Chat with Beauties’ yang terbaru menimbulkan isu yang agak sensitif di mana pelajar university Korea dipanggil untuk bersama-sama para Beauties dan membuat kenyataan :

LELAKI PENDEK DARIPADA 180CM ADALAH LOSER!

stupid Korean woman!

Nanti aku tengok kau kawen ke tak…

muahahaha

poyo gilaaa

konon2 lah generasi yang mementingkan luaran dari dalaman..

kalau laki kau tinggi tapi simpan pompuan lain kau tercongok2 bangga dengan ketinggian laki kau tu tapi akai tadak pun tak guna la kan..

again.. stupid Korean!!

[youtube:www.youtube.com/watch?v=Ikiw0J0Gndg&feature=related%5D

6 Comments »

λ―Έλ‚¨μž‡μ΄μ‹œλ„€μš” – You’re beautiful

20090923_anjellf_main

2

*from Google Image*

Thanks to Nada sebab cik Nadalah yang bersungguh-sungguh datang ke rumah saya semalam kerana semata-mata mahu melihat ceria You’re beautiful(λ―Έλ‚¨μ΄μ‹œλ„€μš”) ini..

haha u know me..

saya tidak melayan sebarang drama korea yang tak bermutu / sedih terlampau / streotype tapi selepas mendengar sinopsis dari Episod satu sampailah episod semalam.. cerita ni jalan cerita agak sama macam cerita Coffee Prince (if tidak pernah mendengar sila Google ok?)

Kisah tentang 1 group band yang dianggotai oleh 4 orang 꽃미남(err camne nak translate ni yea? oh pretty boys lah kot) yang memang comel lote pun.. seorang dari ahli Go Mi Nam(고미남)Β  tiba-tiba mengalami kecederaan dan telah diganti oleh adik perempuannya yang mempunyai muka lebih kurang dan berusaha untuk mengcover dirinya sebagai seorang lelaki walaupun sebenarnya dia adalah seorang wanita tulen.. Apakah kesudahannya? hahaha saya pun tidak tahu laaaa..

we’ll see next week lah ok?

Wah..bagus betul kau menerangkan kat aku pasal cerita ni kan noks? siap aku boleh tersuka..dahla aku memang secara azalinye memang nyampah betul tgk drama korea yang stereo lah type ni kan..

tp aku tersuka la plak drama ni.. hehehe.. sbb die lari dr typical korean drama yang sedih melampau2.. bala bertimpa-timpa, bunuh-membunuh eghh camtulah..

untuk list artis etc..

bolehlah melayari wiki.d-addicts.com/You%27re_Beautiful

p/s: Gosip artis korea.. sekarang tgh kecoh pasal body yang hot Uee(After School band) and telah berNaver (same function dengan Google cume berbahasa Korea kepada sesiapa yang tak tahu.. ) dan ada orang telah meletak gambar menunjukkan selulit Uee tu.. ish2 teruk ok.. tp lepas cerita pasal Jae Bom 2PM group tu tak de hallah netizens ni nak letak ape2 pun kat internet..

3 Comments »