T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

Christmas Eve di Cheonggae-Cheon & Gwanghwamun 3

Lepas tu bergerak pulak ke Gwanghwamun…

sejuk memang sejuk tak terkira lah..

time ni masing-masing pun dah malas berhimpit-himpit dengan orang..

Ni kat area depan jalan besar .. turtle ship ke apetah.. something like that..

nak tengok dekat pun ha cube tengok kepala orang-orang tu. Dahlah kat Korea ni orang-orang dia tak kire laki ke perempuan ke memang stok tinggi-tinggi pokok kelapa betul.. terjengket-jengket nak meredah orang ramai tu ha..

Lepas tu balik naik subway and singgah Wangsimni(왕십리) Enter 6 punye shopping complex.. dalam tu ada E-mart.. teringin makan kek.. tapi sudahnya beli kek kat Paris Baguette aje.

Makan kek dalam bilik adik-adik batch 85… har har har.. sekali-sekala jumpa memang 짱 betul ah..

sampai terdemam-demam aku dengar cite dorang ni ok.. hahaha 충격 받았어..

Aku macam biasa tak boleh tido.. layan dorang-dorang ni borak esok nya tak ikut pegi makan kat Sultan nye kedai kebab baru bukak kat area Jonggak Station(종각역) ..

Untuk muslim yang datang Seoul and nak carik makanan halal boleh pergi kat Jonggak Station tu kalau ade dekat-dekat area situlah. ni cawangan lain selain kat Itaewon tu.. menu pun banyak jugak selain kebab..

2 Comments »

Christmas Eve di Cheonggae-Cheon & Gwanghwamun 2

Lepas puas jalan-jalan di Cheonggaecheon, sambung pulak jalan ke Gwanghwamun..

Gwanghwamun tu apa? Boleh klik sini and baca : en.wikipedia.org/wiki/Gwanghwamun

sebelah aje.. memang ramai betul orang..

masa nak melintas tu memang jakunkagum gilak ahhh…

siap nak melintas orang Korea siap buat bunyi-bunyi lagik WoooWoooo …

haha apesal pun tak tahulah tapi memang aku yang dari cerukIncheon ni pun excited lebih tengok ramai betul orang.

Yelah.. kat depan Inha University tu pun bukan nya tak ramai orang tapi sebab sekali-sekala pergi Seoul memang serius jakunkagum..

Gambar ni semua kat area Cheonggaecheon lagik.. gambar memang tak berapa elokla.. kamera pun murs murs aje kan..

so gambar pun nak tanak yo kuar ni ha..

kena beli baru la kan kamera ni kan kan kan bang kannnnnnn

macam ni la rupenya dengan ramai orang.. masa ni baru pukul 8 macam tu kot. orang memang penuh betul.. semua datang bukan buat apa pun.. ambik gambar aje rasanya and ada la stage tapi macam tak ada artis pun. cuma orang biasa naik atas and menyanyi je. Mostly yang nampaknya memang couple je banyak keluar sama-sama.. selain dari family. Memang Krismas kat Korea ni sambut sama-sama boyfriend / girlfriend aje.. or kawan-kawan bagi yang single-mingle tu…

cubaan ambil gambar bersama Aya.

No Comments »

Christmas Eve di Cheonggaecheon & Gwanghwamun 1

Menuju ke Seoul lepas Maghrib bersama Nada..
memang tujuan nak tidur di Seoullah kami tapi since malam tu malam Christmas jadi mengambil keputusan mahu berjalan-jalan di sekitar Cheonggaecheon(청게천) dan Gwanghwamun(광화문) before balik ke hostel Hanyang University.

Call Aya dan suruh Aya gerak ke Gwanghwamun dan berjumpa di sanalah..(Oh My God sangat skema tapi perlu untuk menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu yang bagus)

Tempat pertemuan adalah di Cheonggae-cheon.Sila klik sini untuk tahu apa itu Cheonggae-cheon—-> en.wikipedia.org/wiki/Cheonggyecheon

Sesiapa yang datang ke Seoul tu tak sahlah kalau tak pergi sini. Kalau siang pun lawa and malam pun lawa.. sini memang betul-betul tengah bandar Seoul ni. Sebelah aje dari City Hall. Kalau naik subway, ada line terus ke Gwanghwamun. Pintu keluar nombor berapa tak ingatlah pulak ye…

Testing bateri kamera.. sambil tunggu Aya tak sampai-sampai ni.. Depan 7-Eleven ni.

Testing kamera la sangat kan.. haha ..muke tahan sejuk ok.. mau negatif ke time nih yea..

Gambar suasana malam Krismas tu.. orang Korea ni memang ape-ape perayaan pun keluar. tak pernah tak penuh pun mane-mane tempatnye pun.

Depan pokok krismas yang tinggi.. tu jela pun pokok krismas nye. takdela meriah mana sangat decorationnya pun..

No Comments »