ke Seoul
Semalam ke Seoul..ya Allah.. terok betul nak jalan time snow-snow ni ok.. dengan train nya yang slow + tak banyak.. since line train aku tu atas tanah, so bahaya lah kalau train ni nak operasi macam biasa kan. Yang train laju dari Dong-Incheon pun takdeee.. so i had to take the normal one instead!
and it took me almost 2 hours to reach Namdemun station ok! gheeshh.. salji dah tak fun ok! cukup-cukuplah tuu..
Jumpa Farid, Dzun and Fad.. dorang datang dari Jepun and mintak aku bawak ke tempat brooch dan membeli-belah sikit. Farid kawan sekelas masa sekolah menengah dekat Shah Alam while Dzun adalah kawan satu sekolah masa kat SAMURA. Fad baru kenal yesterday.
Tempat first kitorang tuju of course la makcik brooch then beli souvenir sikit-sikit then dari Namdemun gerak ke Myeong-dong. Jalan kaki je sebab dekat jelah.. tak jauh pun. Kat Myeong-dong carik Apple store sebab kawan diorang pesan nak beli iPod..
Lepas tu baru bawak pergi makan kedai jjim. Memula nak makan 해물탕(haemul-tang) err macam sup pedas-pedas sikit letak seafood kot.. err aku serious tak pandai nak terangkan..macam seafood stew kot.macam bawah ni.. ni gambar aku carik dari google ye..
*from google image*credit to the owner*
instead ambik haemultang aku suruh try 해물찜 which is the same dish yang aku selalu makan and ada letak gambar dalam entry-entry lepas.. jap carik balik..
haa yang ni : www.gediks.com/2009/10/24/makan-%EC%99%95%ED%95%B4%EB%AC%BC%EC%B0%9Cwang-haemul-jjim/
and si Fad tu pulak teringin nak makan 해물파전(haemul pajeon) or seafood pancake or dalam BM senang adalah lempeng seafood… usually makan dicicah dengan kicap cair masin.like this:
*pic from google image*credit to the owner*
Bolehlah but the best jjim still yang aku makan dekat Ulsan tu. SERIOUSLY! second one of course dekat Sinpo market, Dong-Incheon tu. OMG perut adalah berbunyi-bunyi sekarang… sebab tengok gambar…. LAPAAARRRR..
Then dorang ajak pergi carik 반찬(Banchan/Panchan) sotong manis kering pedas. Lepas tu dorang nak beli seaweed masin. so dah alang-alang tu bawak je kat Shinsagae department store and beli terus je kat situ..sebab dorang nak naik Namsan Tower pulak.
So aku pun balik tidur Gochok.. Pagi bangun terus balik Inha sebab kena bayar bil..
Makan 왕해물찜(Wang HaeMul JJim)




Ni memang plan yang unplanned!
bangun tido.. msg2 Nada and then tiba-tiba dedua lapaq..
minah tu memang dah lama teringin nk makan 해물찜 so ape lagi..
memulakan aksi dengan call Jerry sebab nak belanje die lah..
da lame aku dan jua Nada mahu berbelanjakan Jerry sebab asyik orang yang bekerja tu belanja kan..
Then rezeki kak Emy online time tepat gila ah..terus ajak.. kak Emy pun tak makan lagi..
so berangkatlah kami ke 신포 시장… Jerry cakap die pernah makan so layan je ah..
memang ternyata tidak menghampakan walaupun tidak dapat melawan 해물찜 di 일산(Ilsan) Beach, 울산(Ulsan) pada cuti summer yang lalu..
nak compare ngan kat 월미도(Wolmido) hari tu memang hampeh!! Dah lah cair! tak setappp sangattt dan adalah mahal!
Kitorang ambik 대(Large) yang berharga 42 000 sahaja.. iaitu jauh lebih murah dari harga di 월미도(Wolmido) itu..
haiwan binatang laut dalam tu pun adalah melampau banyak serta ketamnya adalah super besar dan super manis lazat…
ahaha LAZAT! enough said.. pedas tapi bagi aku tak sepedas melampau macam makan 해물떡찜(HaeMul Tteok Jjim) kat 명동(Myeongdong) bersama tunang tercinta yang juga pada cuti summer lepas.. yang tu bapakkkkklahhhhh pedas terbakar vontotss..
untuk 대 tu aku rasa boleh makan 5-6 orang la.. sebab melampau banyak tapi adalah murah.. so tak kisah.. ngahahaha..puas hati..




