Prosedur untuk ibu mengandung di Klinik Kesihatan Shah Alam Seksyen 7

Sebelum pergi ni banyak dah aku google tapi tak jumpa-jumpa so aku buat 1 entry untuk menyenangkan para ibu yang no idea macam mana nak buat kad merah di Klinik Kesihatan yang berdekatan dengan tempat masing-masing.

Sepatutnya kalau ikutkan alamat tinggal aku sekarang aku buat area Cheras/Langat tapi sebabkan aku pernah pergi yang Klinik Kesihatan Shah Alam Seksyen 7 tu so aku decide nak terus pergi sana je sebab alamat rumah aku pun alamat Shah Alam lagi and plus klinik yang aku selalu buat check up pun kat Shah Alam.. Agak jauh lah tapi sebab senang dan aku pun reti jalan.. *dasar anak jati Shah Alam*

Kalau nak pergi, sebelum tu aku dah call dah klinik kesihatan tu sebab aku call tu hari Jumaat pagi-pagi pukul 8 aku dah call. Nurse tu cakap kalau kat klinik kesihatan Shah Alam untuk hari Jumaat half day je untuk check up ibu mengandung. Mungkin tak sempat lah nak buat untuk ibu first time datang nak buat kad merah tu. Banyak benda nak check up sebelum buat check up tu.

So nurse tu advise suruh datang hari Isnin je.. Memang kebetulan isnin aku aku dengan husband cuti so malam tu kitorang tido beramai-ramai di rumah mak so senang lah nak gerak pagi-pagi..

Pukul 7.30 aku dah terpacak depan Klinik Kesihatan. Ingatkan belum bukak tapi bila dapat nombor dah no 8 dah! giler ah.. nasib baik datang pagi-pagi..

So terus pergi kaunter and cakap yang aku first time datang and nak buat kad merah. Dia tanya dbuduk mana. Aku cakap alamat Shah Alam. Aku rasa kalau aku cakap aku duduk Cheras tu mesti dia suruh balik tuh.. confirmmm.. tapi sebab aku dah biase pergi klinik kesihatan tu kan so takpelah..

Then dia suruh duduk lepas tu dia panggil balik isi kad merah tu.. semua kena isi.. then bila pukul 8 tu dia dah start panggil nombor. memula kena timbang dulu.. then ukur ketinggian.. nurse tu masukkan all details dalam buku merah tu. Pastuh jumpa nurse lain pulak.. Dia tanya macam-macam.. kira 1-to-1 and dia check blood pressure. Aku mengantuk kot semalam tak dapat tidor kat rumah mak so nurse tu cakap blood pressure aku tak stabil. Lepas amik darah dia suruh datang balik dia nak check balik.

Then dia suruh pergi amik darah so jumpa nurse lain lagi.. Nurse yang amik darah tu awal-awal aku dah cakap aku ni susah gila nak amik darah. Dia amik relax gila.. dia cakap orang lain tu yang tak pandai.. giler ah.. sekali cucuk aje.. nasib baik la sangat-sangat.. aku memang pernah ade pengalaman sampai 5-6 kali kena cucuk tak dapat-dapat.. gila tak?

Then pergi bahagian makmal so tunggu lagi.. then dia panggil nama dia amik darah dekat hujung jari guna jarum tekan.. aku pernah rasa dulu masa buat ujian HIV so dah boleh expect dah rasa sakit dia. Then dia bagi botol untuk isi urine pulak.. Lepas tu balik semula ke nurse no 2.. Dia check balik blood pressure aku. Yang kali ni stabil sikit lah compare to last dia ambik tu.

Then masuk bilik lagi jumpe nurse lain dalam bilik rawatan. Dia check payu**** dan ajar macam mana nak check untuk ketulan-ketulan yang tidak diingini.. then dia explain lagi itu dan ini. Banyak la jugak dia explain. dia check saiz rahim sekali and tanya salah silah keluarga lagi then lepas tu baru jumpa doktor.. Doktor kata sebabkan aku ni obese so aku better buat MGTT iaitu ujian air gula untuk kesan diabetis masa kehamilan(GDM). So dia suruh datang balik hari Jumaat pagi..

Then doktor suruh jumpa nurse kat kaunter untuk dapatkan next check up punya date. So pergi pulak situ nurse suruh datang lagi 1 bulan dari tarikh hari tu and proceed ke kaunter ubat. Yang ni tak payah beratur dah terus dapat obimin untuk sebulan.. masa tu dah pukul 11 pagi.. Hehehe gila kan?

Klinik kesihatan ni bagus memang bagus sebab check semua tapi bila tunggu turn tu yang buat dia leceh nak tunggu tapi nak komplen apa sebab free.. percuma!.. kalo buat semua ni kat private clinic or pegi medical center confirm-confirm beratus habis keluar..

Kenapa aku buat kad merah? Sebab untuk persediaan kalau-kalau aku kena deliver dekat hospital kerajaan.. kalau takde kad merah ni memang nanti banyak bunyik lah dari nurse-nurse tu nanti… walaupun nak deliver kat private aku still buat jugak sebab let say kalau ada complication nanti dorang memang akan refer kita kat hospital kerajaan jugak so untuk kesenangan just buat je… lagipun percuma =)

Lepas ni aku share macam mana ujian air gula @ MGTT pulak..