T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

[Review] Indoor playground Plaza Alam Sentral Tingkat 4

20140322_131951

20140322_132016

20140322_132105

20140322_133248

20140322_133529

Hari Sabtu lepas pulak, singgah Plaza Alam Sentral nak belikan modem untuk rumah parents.. malas nak redah The Mines ataupun Lowyat so ke PAS la kiter..

Nasib ada 1 kedai bukak. Lelain tu tutup taktaula tutup hari tu je ke or memang dah tutup sepenuhnye.
Makin tak hidup langsung PAS ni yea walaupun dah bertahun-tahun..

Lepas dah beli ternampak pulak indoor playground tulis promosi pembukaan RM10 jeeee unlimited time

Maryam nampak kemain dia tunjuk-tunjuk dekat Daddy dia..

Mommy tak boleh langsunglah kalau tengok indoor playground ni kan..

Walaupun rase macam bazir je tapi kadang-kadang budak-budak ni bukan boleh nampak benda-benda comel.

Dulu kecik-kecik mommy tak dapat pergi.. Atok ngan opah tak de duit nak bawak..

SO far RM10 jee stokin RM2 , parents tak payah pakai stokin tapi sorang je boleh masuk and teman.

Kecik je tempat dia tapi penuh lah aktiviti dalam tu.

Macam-macam ada.

Orang pun tak ramai.

Masa awal-awal datang Maryam dengan sorang budak je..

Gigih semua nak cuba.

Masuk dalam 45 minit je lepas tu Maryam lapar kot dah ajak keluar dah.

Tak tanya pulak budak yang jaga tu sampai bila harga promosi tapi memang puas hati la kalau tak ramai macam ni selalu.

1 Comment »

[Review] Yukids Island, ONE Utama

20140315_161336

20140315_161351

20140315_161400

20140315_164357_1

Yukids Island ni terletak di Lot S307,2nd floor,1Utama New Wing. Kena masuk ke dalam sikit baru nampak papan tanda Yukids ni tapi dari luar dah boleh terang-terang nampak. Kalau carik Galactica playground tu dah dekat la tu.

Tak silap ada lagi indoor playground. Sebenar-benarnya nak carik yang dalam Aeon tu mesti murah sikit. Yang ni per kid RM28 untuk weekend RM18 untuk weekdays untuk SEJAM je.

Socks pulak RM4 per pair untuk dewasa / kanak-kanak.

Kalau nak compare dekat indoor playground Aeon Equine Park tu yang ni kecik sikit. Cuma best nye banyak belon.

Tapi masa kitorang pergi weekend tu macam tak ramai orang sangat la so rasa luas sikit. Ada bilik private untuk buat indoor party jugak. Lepas tu ada few meja untuk parents stay and tunggu.

RM28 untuk main sejam tu rasa mahal lah jugak.

Maryam pun tak kisah bila ajak balik lepas sejam.

Boring sikit kot..

1 Comment »

[REVIEW] Indoor playground: Kidszoona, AEON Equine Park

Semalam kami takde plan nak pergi mana-mana pun tapi mommy menjemputkan diri sendiri ikut daddy nak pergi survey barang dekat Puchong Gateway alihnya tutup pulak kedai tu.

Dah daddy offer nak pergi mana, mommy cakap jalan-jalan lah bawak Maryam nanti balik cepat Maryam nangis. Hihi alasan tak munsabah langsung kan.

So ke AEON Equine Park lah kami.
Jalan-jalan jumpa game zone tu so belikanlah Maryam token RM5 then dapat voucher apantah.. Mommy tak kisah sangat.
Dah habis main tu jalan-jalan sikit sekali nampak Kidszoona ni. Sebelum tu mommy dah fikir dalam hati dah kan best kalau ada indoor playground macam kat Ikano tu yang Maryam boleh main..
Sekaliiii nampak pulak ni.. Maryam terus geliat-geliat meronta-ronta nak masuk..
Daddy cakap ada voucher discount boleh pakai. Rupanya kalau pergi main dekat tempat game tu beli RM5 dapat voucher masuk Kidszoona RM12 instead RM15.

Boleh lah ni.. RM15 je untuk 2 jam (tapi macam tak kira waktu pun semalam) and takpayah pakai stoking pun just masuk je.

Memang paling gembira sekali Maryam lah..

Besar jugak Kidszoona ni sejuk pun sejuk.. barang mainan banyak. Walaupun ramai budak-budak and parents tapi sebabkan dia luas.. memang tak rasa sempit langsung..

Memang sesuai nak bawak anak-anak tempat macam ni.

20131020_145132

 

20131020_144559
20131020_144548

20131020_141013  20131020_144057 20131020_141121  20131020_141116 

No Comments »