T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

Rasa yang same jek…

Yesterday bangun-bangun je macam nak pitam tak boleh bernafas..
Sakit tekak melampau..
so terus ajak husband teman pergi klinik..
seb baik dia pergi kerja tengah hari.. klinik panel pulak memang dekat office dia..
Dah confirm-confirm demam kan.. doktor tanya nak MC berapa hari..
ikotkan diri chek ni mestilah nak beribu-ribu hari.. miahahaha..
takpelah Doc.. bagi untuk hari ni je pun takpe sebab I masuk evening shift pun..

Balik memang tido je seharian.. husband balik .. masak megi makan lepas tu makan ubat balik..
then haruss pengsan lagi sampai la tengah hari ni..
terbangun-bangun jugaklah.. husband pandang aku..aku pandang husband.. pastu aku tido balik..
hahaha

Hari ni bangun-bangun je..
ade rasa tak berapa best..
pergi toilet..
dengar orang masaklah..
dengar suara budaklah..
dengar sayup-sayup je semua..
tengah hari weekdays kan? mana la ade orang sangat..
and me dont likey..

aku terasa macam dekat Korea..
dalam rumah aku dulu yang kat Inha tu..
Sekarang Korea kan tengah cuti summer..
memang time-time cenggini..
memang bangun lambat lah..
lagi-lagi kalau demam..
lepas tu..
TV pulak on cenel 391..
lagi laa asyik dengar perkataan-perkataan korea je..
memang sebijik!!

sebabnya kat rumah sana dulu memang TV cable tu on 24 jam tak pernah tutup. kadang-kadang je tutup bila terasa nak tutup tv..
kalo time tengah hari baru bangun tido kat Korea, memang sunyi jugak.. dah lah duduk kawasan kejiranan kan.
depan rumah aku laks ade family 2 adik-beradik kecik selalu main depan rumah dia..
jerit-jerit..
pastu kadang2 dgr orang belah kanan masak-masak bunyi periuk belanga skali dengan pinggan mangkuk berlaga..

kepala aku berdengung-dengung je..
memang kalau tutup mata..
terasa betul-betul kat rumah lama suasana dia..
OH MA GOSHHH!! apakahhh???
aku rindu Korea????!!

Tapi lepas tu bukak mata..kelip-kelip 2 kali..
ohhh terus berpijak di bumi yang nyata..
im at home.. my home sweet home..
with my darling husband..

Lepas tu hubs ajak tengok Muhan Dojeon(Infinity Challenge) pulak..
OH MA GOSH!!!
Rasa gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa macam summer kat Inha weyyy!! creepy gilaaa..
sebabnya.. kalau kat Korea..
aku biar je tv SBS tu terpasang ulang-ulang tengok IC kat tv..

Sambil tengok-tengok tu..
teringat pulak time aku and husband (masa tu tunang) berjalan-jalan yoheng(travel) kat Korea..
dengan panas lagi..
dengan tengik lagi..
dengan segala-galanye..
OH GOSH!
i miss spending my summer in Korea!! ๐Ÿ™

i miss everything about Korea..
i miss..
๐Ÿ™

Bilakah dapat balik semula ke tempat yang banyak meninggalkan kenangan suka duka aku ni haa??

No Comments »

Perlukan tour guide di Korea? Tour guide muslim/pelajar Malaysia di Korea di sini!

Tinggalkan nama dan email serta details so saya akan mintak rakan-rakan yang berada di Korea supaya tengok-tengokkan entry ni and update mana yang patut sebab saya dan rakan-rakan dapat track down kepada yang bertanya.

Terima kasih! ๐Ÿ™‚

 

UPDATE 10/10/2011:

Untuk yang masih mencari tour guide di kalangan pelajar Malaysia yang belajar di Korea, boleh lah melawati laman web :

ppmkonline.net/tnt/

TNT maksudnya Travel N Tour. ย Untuk pengetahuan semua, TNT ni adalah 100% di handle oleh student malaysia yang belajar di Korea dan mereka memang fasih betul bahasa Korea and nak bawak berjalan-jalan tu memang kacang sangat lah.. Sesuai untuk orang yang tak ikut tour and datang back packers atau yang mencari kelainan.. Macam sesetengah group ni memang ade spesifik tujuan datang ke Korea untuk borong barang-barang seperti brooch, kain sutera Korea untuk dijual di Malaysia. Memang better pergi dengan pelajar Malaysia sebab mostly orang yang menjual tu dah kenal dah kitorang ni as student Malaysia and insya Allah boleh dapat diskaun yang walaupun tak banyak.. sikit pun jadiklah kan..

Dalam TNT punye website tu jugak ada sekali package dia. Nanti adelah budak-budak tu arrange siapa yang nak meneman dan sebagainye.. dan Insya Allah kalau tak nak package mungkin boleh ambik tour guide untuk sehari or 2 hari.. Tapi harus lahh korang semua ingat.. dorang ni semua pelajar, dan mostly semuanya full time student dan bukannya professional tour guide.. so kadang-kadang ada yang bz lagi-lagi time waktu exam.. so memang susah sikit lah nak penuhi permintaan tuh kan..

So tak banyak cerita boleh direct email ke my_ppmk@yahoo.com

Tajuk tu kalau nak senang dorang nampak dan tak masuk SPAM boleh tulis tajuk email as [TNT] kat depan email tu. lagi cepat dorang dapat baca email korang.. lagi cepatlah dorang boleh deal dengan korang. =)

80 Comments »

Im fine..thanks!

Saya sudah lega sedikit..

Cerita dia macam ni.. sepatutnya result sudah keluar tapi belum official..jadi Sabtu malam bukak website dan mentengok.. tiba-tiba rasa jantung macam berhenti seketika bila terperasan credit hours macam kurang 1 .. OMG OMG OMG!

sudah mula gelabah panic macam orang hilang anak kucing..tapi tak boleh buat apa-apa since office bukak hari Isnin.iaitu hari ini.2 malam tak boleh tidur dengan tenang..

lalu pada pagi ini sudah gigih bangun(yang dimana adalah luar biasa sebab semenjak cuti.. adalah amat jarang saya bangun awal pagi) dan menapak kesejukan ke department office sambil berdoa dan sambil redha dengan apa jua keputusan.

bukan risau pasal tak dapat grad lalu kena extend (saya suka aje.kihkihkih) tapi disebabkan perasaan adalah panic kerana plan untuk mengemaskan segala barang adalah tergendala. Kalau kemas nanti cakap kena extend pula..kan sudah menjadi 1 kerja mahu keluarkan balik .. kalau tiba-tiba dia cakap grad macam biasa.. sudah habis 1 hari plan untuk berkemas-kemas barang.. Susah kan??

sebab dedua kemungkinan saya memang terima seadanya.. win-win situation tapi macam tak win belah pegawai JPA lah kalau tiba-tiba kena extend pula disebabkan kesalahan kecil ini.

OMG saya tahu segala plan study saya tapi kebanyakannya base on nasihat kakak di office tulah. Every time saya pergi mentanyakan pasal apa lagi saya kena ambil untuk grad .. tu je soalan saya berulang kali.. dan hari ini..

saya ketuk pintu dengan berdebar-debar sungguh.. sudah mengagak macam kena extend. siap sahabatku itu bagi borang permohonan untuk extend incase apa-apa sebab pegawai JPA nak setel by this week juge. Saya masuk lalu terus jumpa akak tersebut. Saya tanya.. saya boleh grad ke tak? Dia cakap saya tak ada problem besar untuk grad.. ughhhh..jawapan memang tak menepati sungguh skema.. saya ulang lagi.. saya nak confirmation since saya kena beritahu pada sponsor saya by this Friday.. akak tu kata.. by 18hb baru boleh tau sebetul-betulnya.. OMG lagi cuak.. maksudnya apakah? saya ni boleh grad ataupun tidak? tapi mengikut kiraan dia..(setelah tengok result saya)… saya dalam track yang betul dan boleh grad bulan depan..

Perasaan agak lega tapi stil cuak sebab kena tunggu 18hb. tiba-tiba cakap tak boleh grad.. tak ke menggelabah katak time tu? saya dahlah mau kemas-kemas barang ni.. uhuhuhuhu..

tapi takpe.. harap-harap saya dapat la grad supaya dapat bagi duit kat mak saya pula.. tunang saya juga kesian.. umur sudah lanjut masih tidak kahwin-kahwin..kih kih kih.. ๐Ÿ˜› kalau saya extend kena habiskan lagi 1 sem.. terpaksalah tunda majlis kahwin kan.. sian nyaaaaa nanti…saya takpe.. mude trang tang tang lagi.. ๐Ÿ˜›

sebab tu la saya susah hati semalam ๐Ÿ™

JADI!! FOR NOW~~~

doakan lah saya boleh grad bulan depan plsssssss

muah muah to all~~ ^^

3 Comments »

ke Seoul

Semalam ke Seoul..ya Allah.. terok betul nak jalan time snow-snow ni ok.. dengan train nya yang slow + tak banyak.. since line train aku tu atas tanah, so bahaya lah kalau train ni nak operasi macam biasa kan. Yang train laju dari Dong-Incheon pun takdeee.. so i had to take the normal one instead!

and it took me almost 2 hours to reach Namdemun station ok! gheeshh.. salji dah tak fun ok! cukup-cukuplah tuu..

Jumpa Farid, Dzun and Fad.. dorang datang dari Jepun and mintak aku bawak ke tempat brooch dan membeli-belah sikit. Farid kawan sekelasย  masa sekolah menengah dekat Shah Alam while Dzun adalah kawan satu sekolah masa kat SAMURA. Fad baru kenal yesterday.

Tempat first kitorang tuju of course la makcik brooch then beli souvenir sikit-sikit then dari Namdemun gerak ke Myeong-dong. Jalan kaki je sebab dekat jelah.. tak jauh pun. Kat Myeong-dong carik Apple store sebab kawan diorang pesan nak beli iPod..

Lepas tu baru bawak pergi makan kedai jjim. Memula nak makan ํ•ด๋ฌผํƒ•(haemul-tang) err macam sup pedas-pedas sikit letak seafood kot.. err aku serious tak pandai nak terangkan..macam seafood stew kot.macam bawah ni.. ni gambar aku carik dari google ye..

*from google image*credit to the owner*

instead ambik haemultang aku suruh try ํ•ด๋ฌผ์ฐœ which is the same dish yang aku selalu makan and ada letak gambar dalam entry-entry lepas.. jap carik balik..

haa yang ni : www.gediks.com/2009/10/24/makan-%EC%99%95%ED%95%B4%EB%AC%BC%EC%B0%9Cwang-haemul-jjim/

and si Fad tu pulak teringin nak makan ํ•ด๋ฌผํŒŒ์ „(haemul pajeon) or seafood pancake or dalam BM senang adalah lempeng seafood… usually makan dicicah dengan kicap cair masin.like this:

*pic from google image*credit to the owner*

Bolehlah but the best jjim still yang aku makan dekat Ulsan tu. SERIOUSLY! second one of course dekat Sinpo market, Dong-Incheon tu. OMG perut adalah berbunyi-bunyi sekarang… sebab tengok gambar…. LAPAAARRRR..

Then dorang ajak pergi carik ๋ฐ˜์ฐฌ(Banchan/Panchan) sotong manis kering pedas. Lepas tu dorang nak beli seaweed masin. so dah alang-alang tu bawak je kat Shinsagae department store and beli terus je kat situ..sebab dorang nak naik Namsan Tower pulak.

So aku pun balik tidur Gochok.. Pagi bangun terus balik Inha sebab kena bayar bil..

8 Comments »

Gambar konon graduasi

Aku tak ingatlah aku dah tepek ke belom gambar2 nih..

dah ke ek??

gambar gebu aku.. bak kata sahabat hidup mati aku tu lahh khenn khennn…

tapi takpelah..

letak jela balik..

sukati la..

blog aku..

muaahahaha

ok PERINGATAN..

SUMPAHHH GEBU!.. haha kalo tak tahan dengan gebu-gebuan aku sila sediakan baldi kat sebelah pleaseeeee…:joget:

gambar ni untuk album graduation la ni kirenye..

dia bagi pilih .. masa nak pilih tu..

pandai-pandai la save sendiri untuk soft copy kan..

tapi yang paling sukaaaaaaa gila ambik gambar pro macam ni kan..:03:

muka yang banyak jerawat harammmm tuu… haruslaaaaaaaaaa kasi clearrrr~

kah kah kah..

perasan la lawa sikit kan..:kerek:

gambar ni la aku letak untuk membuktikan kegebuan aku dalam resume tau..

kah kah kah..

GEBU??:nangis:

GEBU KAU KATA KAK????????:31:

hahahaha aku tak boleh blah betul la..

ape2 pun..

aku berterima kasih juta million billion zillion to kak besaq aku yang sudi jadi PA aku untuk hari tuh..

KAU MEMANG BEST KAK!!:12:

sumpahhh aku sayang kau kak~~~~~:27:

IM GONNA MISS U kak~~:24:

isk isk isk… :run:

Gambar outdoor 1

Gambar outdoor 2..aku tak ingat aku pilih gambar mane letak dalam buku… mane satu tah..

aku tak paham betul time ajoshi(pakcik) fofotofografaferfe tu suh pose camnih.. apa jadah???? ahahahhaa *muntah hijau tengok diri sendiri*

terima kasih butik Siti kerana menaja tudung saya pada hari tersebut.. TERIMA KASEYYYY~~

Dah boleh grad baru la letak gambar ni kan (EHHH??? YEEE KEEEE DAH GRAD????? Insya Allah.. AMINNNNN..nakk graddd laaaa ๐Ÿ™ ….)

8 Comments »