T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

Pengalaman bersalin di KPMC Puchong (Part 2)

Amboi dah berbulan-bulan tak update lagi yang Part 2..

Appara.. ok meh sambung

18/7
Pagi-pagi buta lagi nurse beramai-ramai dah datang tolong tukar pad and lap-lap badan sekali tukar baju. Kakak M tidur dengan daddy kat katil sebelah. Nasib ada katil extra. Sofa pun okay sebab dalam bilik ada 2 air cond so memang selesa sangat bilik VIP KPMC ni.

Nurse agak risau sebab air kencing kurang keluar. So dia cakap kena tunggu doctor datang kejap lagi. Baru terasa lapar dan dahaga compare semalam.

Berita sedih si baby M pulak memang hypoglemia. Normal actually untuk ibu yang GDM. Macam time kakak M dulu dia tak kena alhamdulillah. So Paed Dr. Norazuwan kena masukkan gula gune tiub lah dekat baby M. Kesian kecik-kecik dah kena cucuk drip. Hadoih..

So pagi-pagi mommy dah ajak daddy teman nak tengok baby M dekat nursery room. Nak bagi susu badan tapi sebab dia tengah berselirat dengan wayar so tak jadilah. Mommy request nak mintak pump lain sebab yang pump dorang bagi tu suction dia macam tak berfungsi sangat.

Dapat la keluarkan sikit colostrum sebab tak nak bagi breast bengkak. Baby M tak boleh minum kan..Pagi dalam pukul 10 doktor Siti Aishah datang tengok parut dan cucikan. Dia kata so far okay takde pendarahan ke apa. Dia suruh bangun jalan-jalan untuk cepat pulihkan kesan ubat bius tu. Mommy cakap pagi tadi dah pergi toilet sendiri dah. Doktor and nurse pun terkejut mommy boleh bangun dan jalan-jalan even baru semalam baru operate.

Tapi kalau nak compare dekat HUKM.. Nurse memang suruh bangun hari lepas operate tu. Jangan mengade sangat katenye.. Nanti lambat baik. Jangan baring je. Sebab tu rasa dekat KPMC ni berbaloi sangat bayar mahal-mahal dengan layanan yang kita dapat. So memang tak bolehlah nak condemn kenapa hospital kerajaan ni service teruk la apela.. sebab tu sebenarnye apa yang kita rasa je padahal memang betul pun apa nurse gomen tu kata.

Malam nya Paed datang cakap yang baby M menunjukkan result yang memberangsangkan so by tomorrow kite review lagi sekali. If mommmy nye boleh keluar, baby M pun boleh keluar sekali.. Yabedaaa beduuu~

19/4

Pagi-pagi memang dah bangun siap mandi semua. Since dah pernah ada pengalaman sebelum ni alhamdulillah recovery period lepas operate memang cepat sikit.

Doktor Aishah datang dan puas hati dengan keadaan mommy yang dah okay and doctor kata boleh discharge by today. Yeay! so now kena tunggu baby M pulak.

Tengah hari sikit Doktor Norazuwan datang and cakap so far baby M punya blood test okay menunjukkan peningkatan. Cuma mommy kena keep bf sebanyak mungkin untuk stabilkan kandungan gula dalam badan dia.

Another 1 week baru jumpa nak tengok macam mana. So both boleh discharge! yeay alhamdulillah lagi.

Petang lepas lunch orang dr Admin datang inform balance lepas tolak insurance cover by company husband. Alhamdulillah sangat dengan segala kesenangan.

Cuma kena bayar additional dengan baby M punye bill (sebab tak cover lagi)

Around pukul 2 nurse hantar sampai depan kereta.

Total bill entry akan dtg

2 Comments »

Check up 37 weeks @ KPMC Puchong

Hari Selasa 14/4 lepas kerja macam biasa pergi check up untuk 37 weeks..
Macam rutin biasa nurse ambil tekanan darah bacaan itu ini then jumpe Doc Siti Aishah.

Once nurse Yani panggil masuk.. Doc Aishah tanya sihat ke tak? Dengan laju aku jawab saya rasa berat sangat-sangat la doctor.. macam tak larat sangat dah rasa. Tiba-tiba je rasa perut saya makin besar melampau..
Doc Aishah pun cakap aah la saya tengok perut awak macam besar sikit..
Mari buat scan dulu..

Lepas Doc scan kire tu kire ni doc cakap baby nye weight dah jadi 3.6kg estimate! OHMG! 🙁
Muka Doc Aishah macam agak risau walhal last 2 weeks Doc kata berat 2.6kg je.. in 1 week terus naik 3.6kg !

Aku dah cuak tapi macam biasa.. Pengalaman ni sama je macam time kakak dulu.. cuma adik ni awal sikit pulak pembesaran dia.. hihihi

Saya suggest kite czer la sebab situation dia sama macam last pregnancy tapi cuma kali ni tambah dengan 1st pregnancy dah czer. Plus.. BSP result pun tak cantik dan makin tinggi.

Doc cakap kalau boleh secepat mungkin sebab takut baby makin membesar lagi.. memang rapid betul tumbesaran adik ye..

Doc cakap buat HCG dulu.. so far baby aktif cuma dah tak berapa aktif sebab dah sempit kot.

Doc suruh call husband and bincang bila boleh buat..

Kami sepakat pilih Jumaat memandangkan hari ni dah Selase then apa pun tak kemas lagi tak ready lagi T.T

So kali ni kire Emergency czer due to GDM mother & previous pregnancy.

Mommy berserah je kepada Allah SWT semoga semua selamat..

No Comments »

Admitted KPMC Puchong

Hari ni baru bersiaran dari office.

6/2 konon-konon nak pergi kerja tapi bangun pun tak larat so plan nak pergi klinik nak check lah.

Sekali doctor buat blood test.. Bila review balik, doctor cakap ni kena pergi hospital buat further check up sebab WBC (White Blood Count) & platlet count adalah sangat tidak cantik.

Doctor request pergi Hospital Putrajaya so memang tak la nak pergi sana.

Telefon husband cakap nak pergi KPMC Puchong la since antenatal check up pun buat kat sana terus.

Datang terus bagi referral letter dengan Medical Card.

Jumpa MO (Medical Officer) dulu then dia mintak buat blood test lagi sekali. Masa ni memang longlai lemah habis.

Re-test pun memang WBC very high and platlet naik sikit je.

Admit doctor kata.. adoihhhhhh.. terus call husband then dia pun terpaksa la balik ambik half day and ambil baju etc sebelum datang KPMC Puchong.

Datang pukul 9++ macam tu and by 12PM dapat masuk 2 bedded room sebab yang single full and mintak nurse tukar kalau ada kosong.

Masa ni dah kena drip dah and nurse cakap Doctor in charge adalah visited doctor bukan resident doctor so dia akan datang bila ada patient sahaja. So petang baru dia dapat tengok. Okla nurse. Apa-apa je tapi so far memang nurse baik sangat-sangat memang tip top.

So petang husband balik ambik si kenit balik dari school then baru datang balik.

Bila confirm balik dengan nurse, nurse cakap ada 1 single room kalau nak. Of course makcik nak sebab cover beb..

Dah selamat pindah bilik akhirnya si kenit dan daddy balik sebab takkan nak tidur situ pulak kesian la walaupun dapat bilik single.

Doctor bagi antibiotic and drip je so far and bagi ubat selesema, batuk , sakit tekak.

Memang hari Jumaat tu agak lemah badan . Baby dalam perut pun slow je. 🙁

Kena stay sampai Selasa tapi Isnin dah mintak doctor nak balik. Tak tahan duduk wad lama-lama =(

Rabu pergi check up lagi and so far batuk je yang tak baik lagi.

Kalau dah pregnant ni memang kena extra careful sikit kalau ade penyakit menyerang. Macam-macam penyakit boleh dapat.

 

SO far memang puas hati sangat dengan KPMC Puchong walaupun bilik kecik sikit compare to Columbia Asia Puchong . Bilik pun agak uzur sikit tapi makanan adalah sangat sedap compared Columbia Asia Puchong.

Terima kasih banyak-banyak kepada nurses siang dan malam yang jaga hari tu =)

Semua sangat baik..

 

No Comments »