Review: Bulgogi Brothers @ Midvalley KL

Another halal korean restaurant in Malaysia! wohoooott!!

Terlebih excited sebab boleh makan yang bakar-bakar macam ni kat Malaysia.. Kat Korea dulu mana boleh kan.. hihih excpet seafood.. tapi ni saje nak bagi husband merasa makan ‘SSAM’ which means WRAP dalam korean.. Daging dibakar then balut dengan pelbagai jenis salad/sayur :)

If im not mistaked ada few branch jugak dah Bulgogi Brothers ni kat Malaysia. Sila masuk website sini:
www.bulgogibros.com.my/

Tapi disebabkan Midvalley yang dekat dengan rumah kitorang so marilah ke Midvalley saje ye. Kalo dalam Mid pun korang tak jumpa memang patut pun.. Sebab location dia kat atas sekali 1 floor dengan food court lama yang besar tu. Food court tu kan dah tutup kan and dia bukak macam new Asian style punye shoplot. Banyak kedai jepun korea etc.

20130124_173336

Ni semua dah termasuk dalam pakej dah. Kite masuk-masuk tu memang dia akan bagi menu suruh pilih nak mana. Kitorang ambik Love set ke apentah tapi dalam 400gm punye daging la.. Bulgogi ni  means beef yang diperap dengan soy sauce etc. Tak pedas dan sesuai untuk semua kategori. Tapi tak berapa sesuai untuk orang yang suka makan pedas-pedas hehehee..

Rasenye normal je kot ‘banchan’ (Side dish) dia.. tak tau lah kot dia tukar-tukar ikut hari ke. Tapi mostly kalau kat korea ada kedai yang tukar menu hari-hari..

20130124_174338

Ni pulak free menu. Masa tengok kat facebook ada bagi reward untuk free meal ni kalau ambik ape-ape jenis package daging.  So terus claim je. Ni namanya ‘ttak-koci’ means chicken skewed. ala-ala sate ayam la tapi versi pedas. Memang kalau orang tak biasa makan ‘gocujang’ (cili boh korea) memang akan rase pedas tapi so far husband aku boleh lak telan ni kan.. hahaha takpun perut dia dah biasa dengan kepedasan korean food ni :p Ni sepatutnye harga RM29.90 (something around that) tapi dapat free! Tunjuk je email claim dari FB tu terus mamat cashier tu kata ok :)

20130124_180149

Satu yang tak best sini waiter tolong masakkan semua sampai habis.. haihh habis feeling nak makan ala-ala korean style.. hahah maybe sebab dia ala-ala restaurant kot so org maybe malas nak masak sendiri la.. so dorg amik konsep waiter tolong masakkan and kau ngappp aje..

Kalo nak ikut tekak diri sendiri.. ttak-koci lagi sedapppp ekekekek ni plain la rasa dia.. oh yea any side dish tu macam boleh refill je.. sebab kitorg refill sayur-mayur untuk wrap tu je.. Air teh pun free.. tak payah order air pun takpe.. tapi kitorang gedik order air manis jugak ! :p

Rasenya lagi best kalau restoran ni ala santai macam kat Korea.. tapi tulah.. dia macam high class sikit.. harga pun standardla takde kedai halal lagi buat mcm ni so a bit pricey gak.. sekali-sekala boleh lah nak makan..

total dalam rm100++ jugak aritu untuk 2 orang..

till then!

Pakz Kopitiam (Halal Korean Food)

Pak Z Kopitiam
No.9-L1 Jalan Ampang Putra
Taman Ampang Hilir
No tel: 012-9050026

(diambil dari resit)

Semalam rerakan comel ajak pergi makan makanan Korea. Kitorang ada 1 rumah terbuka kat Sg Sekamat then satu lagi kat Puchong Prima. Tapi sebab fikir nanti bila lagi nak pergi so main redah ajelah. Hehe walaupun perut dah agak ketat dan sengkak!

Kalau orang yang tak biasa jalan area Ampang Hilir ni susah sikit lah.. better tengok map dulu sebelum jalan.. cuma nya kalau sesapa tahu Shun Shin Market yang jual barangan korea tuh dia sebaris .. satu area dengan Bangi Kopitiam mahupun beberapa pintu dari Sweetree cawangan Ampang..

Memula rakan A yang sampai dahulu hihi.. lagi 2 rakan siap pergi makan burger pulaks kat mana tah.. Kedai dia standard Kopitiam biase je.. cuma nya dia jual korean food yang serupa betul macam masa makan shiktang (restoran) kat Korea.. macam-macam dalam menu dia and i was so excited melebeyh-lebeyh.. sebabnya selama 7 tahun duduk Korea mana boleh makan kan.. sebab tak halal.. even yang ada lauk ayam and even yang ada lauk daging lembu.. sini semua halal belaka.. siap ada tanda halal besar depan pintu and dalam premis dia.Insya Allah dalam pun takde arak dia jual.. and menu pork memang tiada langsung.. Nampaklah owner dia.. rasanya tu owner dia kot.. memang menjaga betul pelanggan dia..

Kedai ni pun baru dapat tau dari Yasmin and Syazwani.. dorang selalu makan sini dengan boss Korean dorang.. Haruss lah aku excited ajak rakan-rakan comel .. hehehe =)

Sebabkan both of us dah melantak banyak gila dari rumah pertama (nasi + ayam masak merah n soto lagik) pastuh second house makan laksa pulakkk.. lagila sendat.. perut mak sekarang kan harus selalu sendat ngeh ngeh ngeh..
So lama aku belek menu tu sebab excited gila.. hahaha wah over berapa kali nak cerita excited tuhh.

Aku teringin nak makan nengmyon (cold noodle) RM13.00 per bowl tapi takde yang ade kimchi mari guksu tapi slamber lah.. kat Korea memang mostly tak boleh makan sebab ais tu dari broth pork or haiwan lah so sebab tu tak halal. pernah makan versi vegetarian je tu yang kemain nak try.. mangkuk besar gile kot..

Besar gila kan?? Aku managed habiskan noodle dia tapi kuah dia memang tak terhirup.. sejuk (OKKK memang sejukk sebab nampak tak tu ais ais yang bergelimpangan tu) and masam-masam kimchi.. naisss (for me ) but not for A.. keh keh keh.. siannn.. sapa suh order benda sama.. =P

Hubs order chije tteokbukki (hot rice cake with cheese) RM15.00 per serving yang dari dulu dia teringin nak makan. ade nampak yang segeranya kat Jusco tapi macam ish malasnyaa.. hahaha so suh dia try yang tu.. habisss nokss.. sedap letewww :p

Then order lagi Kimchi Pajeon (kimchi pancake) RM10.00

Compare dengan Kohyang kat Gardens tu ni much much better sebab ada letak sotong sayur cili bagai.. bukan semate-mate kimchi dan tepung sajek..

Abang O yang macho disuggestkan oleh waiter dengan Maeun galbi jjim (spicy braised ribs) dengan nasi RM18.00 .. sedappp! marbeless! betul kata yasmin.. dia punya daging lembut gila melampaus kot. patut la femes gila kat Korea kan.. mesti kat Korea lagi sedap betul2.. hehe

Abang tough Y order kodengo jorim macam ikan masak asam pedas makan dengan nasi jugak RM15.00 tapi guna korea punya special sauce.. memang merbelesss..

Ni saje tambahann odeng kkochi macam fish cake je.. sup dia sedapp..RM14.00

Disebabkan mee sejuk tak masuk anak tekak Abang A maka abang A order lah lain pulak.. alih2 order fried chicken RM8 for 2 pcs je kat kedai korea keh keh keh.. tapi dia cakap sedapp lain sikit dari KFC or McD =)

Air ginseng korea pun ade.. tatau ler ape rase dia sebab aku takut lah nak try minum air pelik-pelik time memboyot ni..

Total 8 menu + air = RM122.20
MURAH!!!! =)