T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

Sebab utama..

IMG_3614

IMG_3611

IMG_3612

Gambar-gambar diambil tepat pukul 1 petang hari ini..

Selepas mengambil gambar-gambar ini..

Maka tunang saya dapat bayangkan kesengsaraan saya ketika bangun pagi-pagi untuk ke kelas pagi ..

Kalau saya berdiri dekat luar dalam 30 minit mungkin boleh buat pameran terus sebab mati kejung.

hahahaha

Well..Β  hey hello Mr Winter!! Nice to meet u again! πŸ™‚

3 Comments »

Inha Girls Day Out

IMG_2876

IMG_2869

IMG_2890

IMG_2901

IMG_2934

Pergi Songdo Resort saja-saja sebab tak pernah pergi..
rupanya jalan yang ada banyak pokok adalah seberang pool sebelah sana.
But we had fun..
at least bila orang tanya dah pernah pergi ke belum..
kita cakap SUDAHHH πŸ˜›

Pergi naik cab saje..
1000++won per person..
Ada 7 orang so memang meriah ok..
I had fun yesterday..
seriously..

Actually kita orang macam ala-ala tengok sunset tapi sebab busy ambik gambar macam ala-ala je la suasane kan..
tak romantik sangat pun.
cuaca pun takdelah sejuk melampau..
then after tu Akma kena pergi date lain pula since Su nak makan 해물떑짐(haemul tteokjjim) so terus pergi μΈν•˜ν›„λ¬Έ(Inha Humun(read:gate belakang))
sepatutnya taknak makan nasi
tapi lepas da habis semua tinggal kuah je tapi teringin gila nak makan 뽁음λ°₯(bokkem bab) pulak..
so end up suruh ajoshi buat 볢음λ°₯ pulak..
kan dah kenyang sangat!!
haishh

pastu dorang berbaik hati teman pergi λ…Έλž˜λ°©(norae bang)
jadi ke λ…Έλž˜λ°© lah kite.
tapi OST tutup pulak..
mungkin ke κ²°ν˜Όμ‹(wedding) *pepandai je buat kesimpulan kan kan kan haha*
hmm so memula ingat nak try λ…Έλž˜λ°© 15 000won yang ada mic stand tu la kan..
tapi terjumpa yang λ…Έλž˜λ°© 10 000원 tapi pakcik adalah sangat mulia hatinya bagi starting 80 minit dan terus tambah-tambah 10-20minit lagi sebanyak 4-5 kali..
so almost 2 jam jugak ok kat situ..
dan mengikut kata pakar-pakar yang biasa pergi λ…Έλž˜λ°© (see i told you.. saya adalah jarang pergi λ…Έλž˜λ°©) harga adalah okay dan bilik pun lawa and besar.. with LCD tv..*ey?? yeke?*
TERIMA KASIH AJOSHI!
kami datang lagi next time! πŸ™‚

there we go..
Inha Girls Day Out..
πŸ™‚
thanks korang!
u ols made my day ^^)

1 Comment »

OMG OMG OMG!!

Baru lepas tengok gambar raya kat blog Angah!!
huwaaaaaaa
lots of gambar!!

*sigh*
sekali tengok Atan n Adik ni..
sekejap aje dah besar panjang macam galah..
and Adik sekarang pun dah tinggi mengalahkan Dida tapi baru Darjah 6 okey! ish ish ish..
Beza la dari anak first sampai anak ke 6 tu.. memang ikut tangga betul..
Macam Dida selalu cakap..
“Sapa suh kau keluar awal haaa? ”
hahahaa waddehek..

manalah tau dah nak keluar awal.. btw.. I lurveeee being the oldest one.. hahaha
sebab Along pandai menjadi tukang suruh.
And Along memang banyak kuli boleh suruh-suruh.. πŸ˜›
Nak tak nak korang kena lah buat juga kan..
“Sapa suh keluar lambattt???? ”

And bila dah tengok gambar tu..
Macam rasa.. Banyak ni yang aku kena korbankan..
7 kali raya without my beloved big family! πŸ™

7 kali raya tu means 7 tahun..
Masa last kali beraya adalah berumur 17 tahun dan kini sudah 24 tahun..
Walau masuk angka 2 pun still tak dapat raya sama-sama lagi.
Have to wait for another raya lah *Insya Allah kalau dipanjangkan umur dimurahkan rezeki dan berharap agar semua orang pun sama*

Dulu masa beraya semua cousins kecik-kecik lagi (since saya adalah 2nd paling tua but kakak sepupu punya family tu jarang tido rumah nenek coz rumah die very near to rumah nenek) so aku kire kepala lah..

hehehe..
Pak Busu n Pak Uda pun jadi geng je..
oh ape yang interesting is Pak Busu adalah sama umur with my kekasih hati πŸ˜€
heeee πŸ˜€
so saya meman sudah berpengalaman luas la dalam melayan kerenah orang berumur nih .. haha

hmmm tapi tak regret anything pun since peluang pergi oversea ni bukan semua orang boleh dapat. Bersyukur banyak-banyak sebab diberi peluang oleh Allah.

hmm
let see..
Jikalau umur panjang, jodoh panjang.. adakah sempat beraya bersama bakal suami ataupun beraya sebagai anak mak dan abah yang masih single but unavailable? πŸ˜›

P9200054

Angah, Dida, Abah, Mak, Atan a.k.a Abang & Intan a.k.a Adik ..without Yoyol’s family and me .. uhuhuhuhukkk πŸ™

hope next year semua ada and boleh completekan our gambar raya.. AMIN YA ROBBAL ALAMIN!

p/s: Asal Adik lagi tinggi dari kau Da?? cepat betul minah ni menumbuh.. hahahaha.. More pics kat blog Angah πŸ˜€ malas nak copy paste..

6 Comments »

Parcel penuh kasih & cinta

IMG_2534

tengokla habis koyak-rabak parcel yang penuh kasih & cinta. ganas betul perempuan ni… ish ish ish budak niii.. *tiru Danish cakap*

IMG_2539

Actually dalam ni ade kerepek pisang dengan kerepek ubi.. tapi taknak tengok sebab time ni belom buka puasa lagi… bergempa bumi jantung iman yewww tengok makanan 5 minit sebelum buka puasa.. hohoho.. very tempting!!

IMG_2538

nilah kuih raya yang dihantar kekasih hati.. haha 3 pun jadik laahh.. 3 tu pun dah rm60 okeyy.. ish ish ish.. memang wajib ado Tat nenas n Almond London.. lagi satu tu kuih sugee.. sedapp weyhh.. mmg beli yg handmade punye order dr website.. sodappp.. (terus berbuka dengan kuih yang tak berapa raya sebab tak makan pada hari raya)

dann

..

IMG_2540

kekasih hati ku memberi seketul hadiah yang sangat sangat sangat unexpected..

miahahaha aku terkejut sampai nangis kau.. punye la terkejut.. *ceh padahal dulu kau bising-bisinglah takdak surprise la tak sayanglah tak cinta lah tak rindulah* ha hamek.. kejutan betul..

siap terkedu time bukak hahaha..

yela.. sayang mintak main-main ajela..

sayang saje cakap sayang boring dalam kelas siap mengantuk-ngantuk dalam kelas.. * tu sebab sayang memang boring dengar prof tu merepek merapu meraban tak paham ape-ape*

auww u r so sweeettlaaah *ecehh time bergaduh semalam bukan main lah kau suruh die pergi carik lain ye?* hahaha

oh..

aku dah hantar kad raya last week..

kire 1 batch la terus hantar tuh..

alih-alih adik YM cakap dah dapat n Fay pun dah dapat kan..

so aku bengang kenapela yang kekasih hati tak dapat lagi kad raya ni padahal dia duduk Cheras je okehhhh~???!!

siap aku bengang-bengang dengan posmen Cheras tu.. hahaha tak pasal-pasal

sampai dah tahap bengang suruh dia pergi turun bawah check post box kat tingkat bawah tuuuuuuu..

kekasih hati ni malas nak bising-bising kan ikut yo lah apo eden kato.. ha memang takde..

hishhh.. dia siap cakap Isnin la tu..agaknya baru sampai.. KL kan besar.. so maybe ambil masa lah nak hantar kad raya lain-lain ke..

sekali..

..

aku baru macam tersedar..

eh?? hari tu aku tulis alamat rumah ke alamat office eh??

MIAHAHAHAHA

alih-alih malam ni (dia kerja shift malam minggu ni) tadi sampai office kauu

adoiii…

gilak betul aku ni..

memang la takkan jumpa kalau suruh carik kat postbox rumah weyy minahhhhhhh~

kau ni apahal???? hahaha

siannn cik abang den..

layankan ajo laa ye bang???

hahahaha

kalau pikir-pikir.. gile saiko aku nih..

kad raya lambat pun nak marah-maraah..

sian tak pasal-pasal je posmen Cheras kena marah..

Jadiii..

dikesempatan ini, saya ingin meminta maaf sekiranya ada posmen Cheras terbaca ..

maafkan lah saya dari hujung rambut sehingga hujung kaki ye posmen?

saya tak salah.. saya tak sabar sikit je πŸ˜€

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN posmen Cheras..

3 Comments »

Bergerak maju

Sebanyak segerombolan kad raya telah selamat dipos pada awal minggu lepas dan tidak expect penerima sekalian boleh terima sebelum raya tapi..

semalam penerima pertama, Fay jelita cakap dah dapat kad..

and then adik pulak YM cakap dah dapat kad raya + duit raya (sorry to other sisters.. duit raya tahun ni hanya terbuka untuk yang berumur 14 tahun ke bawah sahaje harap maklum)..hahaha

so saya mengandaikan yang almost semua orang dah dapat/mungkin akan dapat dalam beberapa hari lagi.

Bagus betul POST KOREA ni..

like their service very much!!

seriously..

nak compare with POS MALAYSIA..

adalah sangat jauh seperti buah kelapa dan akarnya.

bukan mengagungkan kecekapan orang asing but weyhhhh dorang sangat pantas,laju,cekap,bersih,amanah dan memang customer service die boleh dikatakan NUMBER 1 in the world okey.

tu tak dinafikan.

Tunang saya yang menghadirkan diri bulan lepas pun cakap benda yang sama.Β  Orang kedai kat Korea ni tend to greet people very very very very nicely eventho dorang tak boleh cakap bahasa Inggeris wutsoever.. serious ..

kita rasa sangat dialu-alukan eventho memang niat takde nak beli pun.

kalau kite keluar pun dorang beramai-ramai akan jerit secara sopan sambil berkata Selamat jalan dan sila datang lagi.

Malaysia? *tutup mulut sambil pandang-memandang*

tak payah explain pun dah tau. or worst.. dah pernah experience teruk kat McD seksyen 3 drive-thru tu.. bolehla search di Kotak SEARCH tu kalau nak tau ye.

Bila aku tanya berapa hari ambil masa nak sampai kad2 ni..and dengan muka yang sangat manis (since aku memang da selalu berurusan dengan dia hantar bermacam jenis parcel mahupun dokumen) and she said.. it will take 5-6 days or 1 week..

tapi????

jangkaan ajuma tadi adalah SALAH!

salah in a good way laa sebab LAGI LAJUUUUU NGKAUUUU..

i sent it on Tuesday noon dan 1st card arrived mungkin Sabtu.. yea Sabtu kot.. haaaa kira laaa berapa hari!!

Bagus ke tak bagus???

plus barang/dokumen tak pernah lost! (sebab last year bulan puasa la mengalami masalah kritikal dengan POS MALAYSIA yang telah lostkan baju raya yang dihantar oleh tunang saya pada 2nd day of puasa tapi arrived 3 bulan selepas.. ha bagus la kan..

orang nak pakai baju tu untuk raya aidilfitri..

alih2 raya haji baru dapat pakai..

BAGUS BETUL!

see?? macam mana la tak kutuk.. memanglah kalau boleh nak berbangga sebab menjadi salah seorang Malaysia tapi servis tu kadang-kadang hishhh… jangan cakap saya poyo marah-marah itu ini bajet bagus tapi kerajaan Malaysia pun hantar pergi Korea ni suruh belajar bukan sahaja teknologi tapi cara orang Korea bekerja, hidup etc ..

Duduk sini 6 tahun so saya dah biasa dengan sikap orang Korea yang sentiasa amalkan 빨리 빨리 (palli palli) iaitu CEPAT CEPAT!!.. bila kita buat sesuatu kerja dengan cepat( DENGAN BAGUS LA BUKAN CEPAT-CEPAT TAPI HAMPEH) so boleh memajukan kita dari setiap segi dan bidang. ewah..pandai betul aku merepek tapi itulah yang aku dapat bila dah belajar ye 6 tahun kat sini.

kesimpulannya?

aku memang akan sedih bila tinggalkan Korea nanti =(

2 Comments »