T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

chamchi jjigae – tuna kimchi stew

image

image

ntah angin kus kus apa teringin gila nak makan chamchi jjigae.. nasib baik ade beli kimchi kat cold storage and ada tuna dlam tin tu so operasi bermula lah jawabnya..

he he he.. dah lah hari Isnin tu kena kerja so terpaksa gak bangun pagi pagi..puii

daddy tak kerja plua nursery pun cuti … daddy and maryam duduk rumah jelahhh..

aku pulak ganti puasa so asyik mengidam bukan main ler time kerja tu..

untuk daddy masakkan ayam goreng salut tepung magic beli dari Temerloh..

Masa kat korea ni la makanan paling senang nak makan.. malas nak buat sebab kimchi mahal..baik makan kat shiktang je hehehehe..

bahan bahan
kimchi (yg jenis kobis yea.. kalo beli yg tak potong lagi kerat kasik pendek)
tuna in can (tos air tp ku beli dlm olive oil so letak skali dgn oil nye)
chopped garlic (pakai yg dh siap chopped beli kat cokd storage)
kochu karu / serbuk lada – pakai alagapas punye je ikut suka nak pedas buh banyak
air
garam secukup rase ( tapi ku pakai soy sauce kikkoman)

cara-cara
ambik air sikit masuk kan chopped garlic kimchi tuna ngan serbuk lada.. biar mendidih.. baru masukkan garam/ soy sauce n garam..
pastu renyeh lagi biar sebati..
then makam dengan nasi panas..

fuu fuh fuhhh.. lagi sedap kalau ada banchan(side dish) ngan nasi korea yg sticky micky tu hhehehee

till then!

ikut resepi memang byk dia suruh bubuh.. tapi ku ubah ikut selera and

No Comments »

Resepi ringkas: Nasi goreng kimchi

 

Semalam balik kerja tengok-tengok ada nasi sejuk lebih semalam and still elok lagi..
Then bukak-bukak peti ais nampak kimchi yang dah lama beli baru usik sikit.. wow otak laju ligat fikir nak buat nasi goreng kimchi lahhhh..
tapi kena tanye big boss dulu..
kang dia takdak tekak korean kang mau nye dia nak makan benda-benda masam nih.. ye ahh tekak orang melayu kan.. aku tekak international.. semua boleh belasah..

Harap maklum yeh.. ni resepi yang dah diubah suai mengikut tekak melayu + korea + international aku nih.. so hehehhee

Apa yang diperlukan?

Nasi *nasi ni aku gune beras Pearl so dia macam jenis beras wangi and dia bukan jenis yang bercerai-cerai tu.. tapi still firm la nasi ni bukan macam nasi korea tu.. kalau ade nasi ala korea banyak kanji tu lagi sodap*
Kimchi (kimchi ni aku beli kat Jaya Jusco dalam jar kat Jaya Jusco Maluri tu.. memang ada yang local or korean made punya tapi local punya murah sikit compare to this one tapi sebab aku dah biase makan yang korean punya aku amik yang ni lah.. gambar takdak pulak tapi jenis kobis tau.. bukan kimchi yang empat segi punye or yang daun-daun hijau ni.. harga dalam RM12++ rasanya)
bawang besar 2 ulas
bawang putih 2 ulas *p/s: sebenarnye tak payah bawang pun tak pe sebab dalam kimchi tu dah ada garlic and cukup perasa dah tapi melayu kan.. mesti keroje nak menumis je..*
beef sosej * ni kalau korean dia pakai ham so korang nak pakai meat loaf tu pun okay lah sebab aku takde so aku pakai beef sosej yang kat rumah ni je.. maybe sedap jugak kalau nak letak daging cincang kot.. takpe..boleh pelbagaikan variasi dengan apa yang anda suka :p .. taknak letak pun takpe*
telur sebiji
garam
minyak masak
sedikit sos tomato

cara-cara:
Memula panas kan minyak .. tak payah banyak sangat la..cukup untuk menumis je..
pastuh sebabkan sosej tu memang straight from freezer aku terus campak je dalam kuali.. bila dah lembut sikit baru masukkan bawang besar and bawang putih..
tumis sampai wangi.. thenn barulah masukkan kimchi tu.. and kalau ada air2 dia tu masukkan pun takpe.. air tu la sedap.. nyam nyam.. masam-masam gitu..
biar dia atas api sampai macam agak garing dan tak berair sangat lah.. kimchi ni goreng dengan minyak sikit memang sedap gila..
pastuh baru masukkan garam..
then masukkan nasi sejuk tuh..
pastuh masukkan sos tomato.. yang ni kena bajet.. kalau taknak bubuh pun takpe boleh jugak.. cuma ni nak menampak merah nasi tu.. kat korea dorang pakai kochujang (red chili paste) tapi sebab takde aku belasah je pakai tomato ni and taknak pedas.. nak pedas letak ler cili api..
lepas tuh..tengah-tengah pecahkan telur and kacau-kacau sampai separuh masak then baru gaul dengan nasik ..
lepas tu kacau-kacau nasik tu sampai betul-betul takde lembab-lembab or basah-basah ke ape.. dia mcm kena basah-kering light-light sikit lah..
lepas tuuu hidangkann nasi kimchi kitaaaa~~ nyammm nyamm..
potong sikit timun makan..
then nak letak telur mata kerbau atas dia pun sedap..
makan dengan sos tomato kalo orang korea tapi aku tekak melayu tak suka sangat lah nak masam-masam sos tomato tu..

slurrpp slurrrp.. sedap rasa sampai sekarang lagi…
nak lagi laaaaahhh =)

 

No Comments »