T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

Tips untuk sesiapa yang belajar/melancong di Korea

hei! i nak pergi for exchange student to korea..but risau sikit pasal expenses.. so nak tanya kat korea foods, pakaian, accomodation mahal tak? sebab for that program, elaun only will be given for flight ticket and preparations. lain2 expenses di sana adalah tanggungan sendiri tapi mereka boleh carikan biasiswa untuk kami tapi tak confirm lagi lah pasal scholar tu.. so nak tanya pasal 3 soalan yang penting jugak..1, mahal tak cost di sana? biasanya untuk makan sehari berapa RM ye? if you can, convert lah ke RM from korea won..lagipun tak faham sangat dengan sistem duit korea sebab kadang2 tengok cerita korea memang tak faham pasal duit dia..2, nak tanya pasal muslim food senang tak dapat kat sana..senang tak dapat n banyak tak restaurants for muslim n last skali, saya nak pergi exchange ke pukyung national university. lecturer ajar dalam bahasa inggeris wholly or ada yang ajar bahasa korea? thanx! hope to get your respond ASAP! –Β izuanmusa@gmail.com

 

Maaflah encik.. saya ni bukan 24 jam blogger tegar so tak boleh nak jawab cepat-cepat. Blog ni blog personal yang bila saya rajin saya tulis.. tapi tergerak hati nak share info pengalaman saya di sana. BTW untuk pengetahuan semua yang berminat nak sambung belajar/ duduk Korea ni.. Saya dah lama balik dari Korea.. saya dah grad tahun 2009 dan balik sini 2010 .. eh? baru tahun lepas :p tapi rasa macam dah lama sangat lah.. maybe hidup kat Malaysia ni yang pergi balik kerja ni buat rasa macam dah bertahun -tahun balik Malaysia kot..

Ok mari cerite satu-satu:

mahal tak cost di sana?

Mestilah mahal kalau nak compare dengan duit kita.. duit sana 1000 won sekarang maybe dah RM3 macam tu kot.. tapi ikut pasang surut.. time saya datang dulu baru RM2++ je tapi makin lama makin naik lah.. standard.. 1000 won tu macam RM1 dekat Malaysia.. 1000 won boleh dapat air mineral tapi kadang-kadang ikut kedai ada air mineral 500 won.. so kire sendiri lah mahal ke tak :p

biasanya untuk makan sehari berapa RM ye?

Nak makan pun satu cerite jugak.. untuk diingatkan lagi sekali, Korea tu negara bukan Islam.. makanan halal susah nak carik.. memang lah lagi susah kalau kite duduk jauh dari Seoul..kebanyakan restoran yang halal ada di area Itaewon aje.. jadi makanan lain adalah dengan makan makanan yang ada seafood.. itu pun kalau korang lalu lah.. selalunya kalau makanan restoran halal dia ikut buffet.. seorang 10 000 won paling murah dan paling mahal dalam 30 000 won ikut restoran.. dan ini mostly di Itaewon, Seoul ye.. Macam saya pernah duduk di Incheon ada kedai halal di Dong-Incheon.. Makanannya dalam 5000 won ++ untuk paling murah dan seterusnya.

Untuk yang gamble dan boleh terima makanan korea.. Β bolehlah makan kat shiktang/warung/kedai makan yang bersepah-sepah tapi diingatkan kena pandai mintak makanan sebab kalau tak pandai nanti susah pulak sebab mostly kedai ni pun ada yang jual pork sekali..

Usually untuk budak Malaysia yang duduk di Korea ni duduk setempat dan mostly memang dari zaman senior-senior makcik pakcik korea ni dah kenal and tahu yang budak Melayu Malaysia memang tak makan pork dan ayam dan daging yang tak disembelih so dorang memang takkan bagi kita makanan yang mengandungi unsur-unsur tidak halal.. untuk 1 hidangan dalam 4000 won-5000 won (area Seoul) dan 3000 won – 4000 won (area Incheon).. so bajet lagi skali πŸ™‚

lecturer ajar dalam bahasa inggeris wholly or ada yang ajar bahasa korea

Saya tak sure pulak sebab saya tak pergi universiti yang encik nak belajar tu ye.. so ape kate boleh call or email je department encik tu untuk dapatkan kepastian.. selalunya kalau diploma/ degree memang fully korean unless kelas BI.. tapi depends lah.. ramai je professor Korea memang tak suka cakap BI sebab tu bukan bahasa rasmi dia..

 

Jadi.. untuk sesiapa yang nak jadi exchange student mahupun belajar di Korea.. Β memang tough sikit sebab bahasa Inggeris tu memang tak banyak dipraktikkan.. cubelah amik kelas bahasa Korea or belajar sikit-sikit dari Internet.. pasal pengiraan duit pulak cube belajar dan hafal dari sekarang.. mana ada benda senang dalam dunia ni kan πŸ˜‰

 

Hope dapat bantu serba sedikit..

4 Comments »

Terima kasih!

2010 memang antara tahun yang terbaik bagi aku…

aku berjaya jugak settlekan resolusi 2010 iaitu

  • Kerja
  • Kahwin

Haha sikit kan?

yelahhh bokpe nak letak banyak-banyak..macam lah jadikkan.. so baik sikit dan bermakne dari banyak tapi takdak habuk langsung..

Di kesempatan ini nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada blog ni.. dah setia bersama lama dah.. aku je yg tak setia-setia asyik tak update je la kan.. haha

Webmaster pun dah bising asal la aku tak update blog ni.. duit Nuffnang memang masuk sikit-sikit lama-lama menjadi bukit jugak..

hahaha kalau diupdate hari-hari mesti mahsyuk lagi..

resolusi 2010 yang tak menjadi adalah nak komited dengan blog ini.. susah beb.. hadoi entahlahh.. nak larik dari gaya anak dara trangtangtang ke bini orang memang susah..

takkan nak cita suma pulak kan.. nanti ramai yang muntah hijau kelabu keladak bagai..

dan..

TERIMA KASIH KEPADA YANG SUDI MEMBACA BLOG INI DARI DULU, KINI DAN SETERUSNYA (i hope so πŸ˜› )

2 Comments »

Waktu sesuai untuk berjalan-jalan ke Korea 2

Musim bunga
Selalunya selepas musim sejuk.. Lebih kurang dari bulan Mac sehingga hujung Mei tapi musim dekat Korea sekarang berubah-ubah.. to make sure paling selamat bulan April lah..

Kelebihan:
Waktu ni paling sesuai untuk berjalan-jalan sebab tak sejuk sangat and tak panas sangat.. tapi diingatkan still kena pakai sweater/jacket tapi bukan yang tebal-teballah.
Few years back ada sekali tu dari sisa-sisa musim sejuk terus panas macam bulan Julai. Masya Allah ya rabbi.. berpeluh ketiak..
tapi tulah kita tak boleh jangka musim ni walaupun kita tahu peredarannya macam mana.
Musim bunga time paling best bila bunga botkott atau sakura (bahasa jepunnya) akan mengembang cantik lawa betul..
Saya tak pernah miss waktu ni.. tapi diingatkan bunga botkott ni tak lama. Lepas hujan lebat menandakan masuk spring terus dia keluar dan akan luruh dalam masa 1-2 minggu then akan ada hujan lebat yang gugurkan semua kelopak-kelopak merah/putih sampai botak pokok tu. Barulah daun akan tumbuh balik.
Time ni memang banyak bunga-bunga lain akan tumbuh dan government suka tanam tepi-tepi jalan. cantik sangat.
My fav flower mestila tulip. bermacam-macam color ade.
Kalau sesiapa yang betul-betul minat bunga, selalunya akan ada expo bunga Korea (cuba google Floritopia Korea) dan tak sure pulak tempatnye tu akan ditukar atau stick kat 1 tempat je. 2-3 tahun lepas berkesempatanlah melawat Expo ni. Macam abah and nenek saya yang gila bunga tu of course macam dream come true.. LAWAAAAA SANGATTTT.
Almost semua bunga-bunga dalam dunia dibawak ke situ untuk dipamerkan dan dibahagi ikut negara dan jenis2 bunga.

keburukan:
Macam saya cakap awal-awal. Kadang2 masih sejuk dan bukan setakat sejuk Cameron ke Genting ke.. maybe around 10′ C – 15’C lagi.. Hujan kadang-kadang ada jugak dan boleh buatkan temperature cuaca lagi turun lepas hujan. So kena sediakan jacket lagi time nih.

p/s: My fav season! πŸ™‚ Saya rekomen pergi time Spring!

bersambung lagi ye!

14 Comments »

Waktu sesuai untuk berjalan-jalan ke Korea 1

Ni nak share tips untuk sesiapa yang berminat nak ke Korea. Banyak sangat soalan tanya bila waktu yang sesuai nak ke Korea. Untuk saya, sebenarnye semua season bagus nak ke Korea sebab dia 4 musim kan.. Mari saya listkan kelebihan dan keburukan setiap musim:

Musim panas:-
Kelebihan-
Ada orang kate musim panas tak best nak jalan-jalan kat Korea. Tu adelah salah sebab masa musim panas lah kita senang nak jalan sebab memang tak kan hujan so nak buat aktiviti luar memang senang. Waktu siang panjang betul. Subuh selalunya awal-awal around pukul 3-4 pagi and isyak pulak sangat lambat around pukul 8-9 malam..

Keburukan-
Bersedia bertahan dengan kepanasan yang luar biasa. Tak langsung macam dekat Malaysia okay. Sebab panas Korea memang takde angin sepoi-sepoi langsung. Peluh pun macam terus tersejat aje.
Dan make sure musim hujan di Korea sudah berlalu or else memanglah kita tak boleh nak buat aktiviti langsung. Sebab selalunya dalam musim panas ada 1 time tu memang hujan sepanjang hari tapi panas. πŸ™‚ So memang jadi tak selesa bila nak berjalan-jalan.

Bersambung :p

4 Comments »

Update dari Puan Basirah..

Woahhh lama betul tak update la kan???
hmmm sorry wahai blogku.. dia pun dah naik menyampah dah..
so far hari ni macam ada masa terluang nak update blog ni..
sepatutnya sekarang tengah bz training tapi sebab web based training boleh la saye berjimba-jimba sekejapan..

Ni outfit untuk malam nikah. Baju simple je.. memang dedua baju kosong.. kita tak ambik off white.. dia antara off white dengan pearl white.. manik-manik baju ditambah sendiri oleh puan pengantin bersama wedding planner nye merangkap Dida Armain..

Sumpah ada cerita belakang tapi malas nak cerita. har har har.. biarlah menjadi rahsia.. ecehwah.. kau ingat kau siti lijah???

Tudung pun beli sajork.. murs murs okey.. mekap je bermasalah time tu.. memang kecoh 1 rumah.. muke orang tak biase mekap tebal-tebal (natural beauty gituee) ahahaa.. so aku dah la ngan gelabahnnye ngan katering tak sampai-sampai ngan mak andam stucked dalam jam.ngan laki ntah kat mana.. adoiyai.. tapi akhinye selamat jua ngan sekali nafas..

aku la time tu berpeluh berdebar melampau tapi orang tu ewah ewah.. laju betul dia ijab n kabul tuh.. tak bole bla.. ceh ceh.. saya selamat dinikahkan oleh abah sendiri.. and i knew abah was nervous too. hahaha its okay abah.. u got 3 more daughters to go!

Kita dedua memang takde plan nak merenjis bagai.. we got mini pelamin just to take pictures with family and friends.. it was a simple occasion actually.. cukuplah dengan budget yang ada. yang penting.. semua ikut pengantin..(akulah tu kan).. and semua pun happy.. yes got cacat sikit di sana sini which can be alter for the next event pulak next year time Angah n Ber..

Work? My 2nd week at my new place.. ppl are nice too but im still missing my old colleagues.. πŸ™ takpelah..manusia kena berubah untuk maju ke depan.. so i am looking forward but not forgetting my past and akan selalu pandang ke belakang bila saya menuju ke depan dan akan selalu tengok ke bawah bila saya ke atas.. thats how im going to live my life right now..

harap-harap lepas ni boleh selalu update blog with my current life.. hehehe πŸ™‚

1 Comment »