T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

Nak booking hospital untuk bersalin – HUKM

Ni cerita last Dec nih tapi biasalah.. malas punya pasal tertangguh-tangguh baru nak hapdet..
Prosedur dia macam nih.. disebabkan aku ni ada GDM (diabetis ketika hamil) so aku disarankan untuk book hospital dengan kadar segera. just in case lah..

So macam mana prosedur dia?

Bila pergi Klinik Kesihatan tu.. aku pun tanya lah misi macam mana nak book hospital..
Misi kata nanti jumpa doktor and mintak referral letter dekat doktor untuk booking hospital. Bila doktor dah buat surat tu.. baru boleh bawak surat tu and pergi ke hospital pilihan anda.. (mostly ni untuk kes yang hospital gomen/ semi gomen) Sebabkan rumah aku dekat dengan HUKM, so aku pilih HUKM untuk delivery nanti.. 5 minit je dari rumah sebenarnye so macam lagi senang kan kalau ada apa-apa..

Sebabkan hari kitorang buat tu kitorang cuti haruss la aku ajak terus je laki aku pergi HUKM nak book tu.. Aku dah call dulu dah HUKM bahagian O&G and dia cakap untuk first time just datang je bawak referral letter tu untuk book kan another appointment untuk first check up.
So lepas pukul 2 kitorang pergi HUKM pulak..
Besar jugak HUKM tu kan.. Masuk-masuk je dah nampak dah bahagian O&G.. tang parking la susah kat HUKM ni.. tapi sebabkan ada jockey parking aku ingat nanti kalo aku datang sorang buat appointment aku guna jockey parking jelah.. tak kuasa aku nak menapak jauh-jauh carik parking ..tak tau la berapa ringgit tapi tak kisah sangat dari aku yang kepenatan kang.. dahlah parking dia besar..

So sampai kat situ terus jumpa misi.. tunjuk misi surat doktor and die terus book kan next appointment and terang serba-sedikit .. and siap ada kelas antenatal this coming Jan so macam wow okaylah aku pun boleh join sekali dengan laki aku kan.. carik kat luar semua tak kluarkan jadual untuk 2012 lagi.. dah alang-alang tu baik pergi je yang HUKM ni..

Dan kat kaunter tu ada siap sekali kos dan jenis rawatan.. Kalau nak yang specialist tingkat 7.. tapi laki aku cakap kalo bawah pun sama je takdela teruk mana.. aku pun dah biase dah dengan nurse Klinik Kesihatan yang boleh tahan mulut and ganas sikit kan tapi semua hati baik-baik je sebenarnye..

Untuk first check up nanti kena bayar RM30 untuk first register and RM20 untuk scan.

Senang je sebenarnye 😉

2 Comments »