T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

Trip melawat Gajah di Kuala Gandah, Lanchang, Pahang

Beberapa hari sebelum dah call untuk reservekan permit untuk join aktiviti dengan gajah. Selalunya kalau family 6 orang dia akan bagi half je permit tu so dapatlah 3 permit untuk join aktiviti dan 3 permit untuk masuk ke pusat konservasi gajah tu.
Tiada bayaran dikenakan tapi kita boleh derma sesuka hati. Nak derma duit boleh or nak derma barang-barang keperluan gajah pun boleh macam susu tepung untuk baby gajah. Boleh call terus ke pusat la nak tahu apa yang boleh didermakan.
Nombor telefon : 09-2790391

Sabtu pagi
Pagi-pagi dah bangun siapkan bekalan makanan nak dimakan. Baca dalam blog katanya area tu tengah hari memang takde makanan sebab jauh ke dalam Kuala Gandah tu. So semalam dah siap beli barang-barang nak buat sandwich lah, buat nasi gorenglah, hotdog lah, drummet ayam lah.. semua beli. Ramai mulut nak disuap pulak kan..

Pukul 9 lebih macam tu bertolak dari rumah. Memula nak singgah McD nak breakfast tapi bila sampai area Taman Melawati tu dah nak pukul 10 dah so tak jadi lah nak singgah McD. So moh kite ke Old Town White COffee.. Lama dah tak makan sini. Kitorang order roti bakar dengan air coffee je lah.. tak lalu pulak nak makan berat-berat.

Lepas makan kitorang meneruskan perjalanan. Memang lalu Karak Highway dan terus ke exit Lanchang. Lepas keluar exit je memang akan jumpa simpang tiga and besar-besar betul sign board tunjuk Kuala Gandah. So ke kanan dan terus aje sampai nampak sign board ye.

Kitorang guna GPS. Luckily memang ada pulak map ke Kuala Gandah tu. Tapi sebab sampai awal sangat kitorang singgah dulu ke Deerland.

Deerland:


Deerland ni terletak dekat je dengan tempat gajah ni. Kalau kita dari highway memang kita akan jumpa Deerland dulu belok ke kanan while Kuala Gandah terus.
Deerland ni adalah tempat private yang diusahakan oleh orang tempatan untuk menempatkan pelbagai binatang. Memula ada rusa je. Pelbagai jenis rusa lah rasenye sebab memang banyak betul rusa dia. Pekerja akan bagi semangkuk keledek yang belum dimasak untuk diberi kepada rusa. Memang free aje.
oh ye. masuk ke Deerland ni untuk dewasa RM5 dan untuk kanak-kanak RM3.. diorang akan bagi sticker bulat yang bercop tarikh hari tersebut lah.

Sambung cerita, memang jinak betul rusa-rusa tu siap berebut dan jelir-jelir lidah nak mintak keledek tu tau.. memang tak takut betullah.. si Debab jatuh masa sebelum pergi, habis lutut berdarah so dari awal asyik cranky aje. nangis aje kerja nya.. habis mood dia nak layan binatang pun dah takde..
Tapi makcik makcik n pakcik dia pulak yang lebih-lebih kan.. hihihi
Sempat la jugak kitorang pegang ular sawa amik gambar, and paling tak boleh lupa bila pekerja ajak masuk kandang beruang and ambil gambar sebelah-sebelah dengan beruang. Beruang tu elok je duduk sambil makan madu. Memang pengalaman tak boleh lupa la.. Ular sawa memang kulit dia lembab2 and very licin tau.. Husband tak berani pegang.. dia memang alergic lah kalo ular-ular nih.. hihi
Bear pulak memang macam perasaan tak tau macam mana. Badan dia rasa padat gila.. takde lemak ke apa kat bahagian belakang tu. Bulu dia macam kasar sikit..
Banyak jugak binatang dalam tu. Sempat jugak bagi makan burung puyuh kaler putih. first time tengok.. hehehee..
Dah nak pukul 1 so kitorang bergerak pulak ke tempat gajah.

Pusat Konservasi Gajah:


Sampai je terus kita ambik permit dan register semua ahli keluarga yang datang. Ni penting sebab kita masuk kawasan perhilitan yang terkawal so masuk memang kena tulis nama and all. Dan sekali dia bagi kertas untuk donate kepada gajah-gajah.
Ikut suka la kita nak bagi berapa memang takde min donation pun.
Aktiviti start pukul 2 tapi sebelum tu ada jugak aktiviti tayangan video ditunjukkan tapi masa kitorg sampai tu dah penuh so malas pulak nak join. Panas dia bukan main ya Allah.. ada jugak family yang bawak tikar and makan-makan situ. berpiknik semua. Husband tak bagi nak makan situ katenye macam kotor sikit la sebab ramai orang + panas terik. Tak de lah banyak sangat pondok or tempat berteduh pun.
Kat situ jugak ade beberapa ekor anak gajah yang dikurung dalam kurungan. Boleh beli kacang di sebelah kurungan untuk diberikan kepada anak gajah.
Sambil tunggu aktiviti lain, pekerja sempat menerangkan pelbagai info yang berguna berkaitan gajah-gajah yang ditempatkan di situ.
Semalam acara lain lambat sikit sebab gajah-gajah ni dilepaskan di hutan simpan berdekatan tapi hari-hari akan dibawa kembali ke pusat tersebut untuk dimandikan, diberi makan dan bersuai kenal dengan pelawat yang datang.
So far memang nampak jinak betul. Tapi kita tak tahu kan.. Memang langkah keselamatan tu kita ambil lah.. takde la nak berani sangat kan sebab apa-apa pun boleh jadi. So kepade yang ada anak kecik tu tolonglah suruh anak behave sikit walaupun kita rasa gajah-gajah tu jinak.

So aktiviti bagi makan, naik gajah and mandi bersama gajah pun diteruskan selepas tu. Si debab tak nak naik, takut agaknye tengok gajah tu besar sangat. Yela tengok kat tv macam kecik aje kan.. confident sebelum pergi bila tanya nak naik gajah ke tak laju-laju dia jawab nak. bila dah sampai.. harammm nak bagi makan jauh-jauh pun tak nak.. dia risau takut gajah tu gigit dia.. haha boleh tak? tapi baguslah dia behave sikit.
Merasalah makcik-makcik dia n pakcik dia yang naik gajah tu..


Kitorang dah tak tunggu sampai mandikan gajah tu. Kang dibuatnye si debab tu terjun dalam air kang lagi susah.. Sebab air dia kotor la jugak and bahaya sikit la tapi kalau yang berani memang takde masalah nak mandi sama-sama gajah pun.

Hutan Lipur Lentang:
Sebab semua perut dah lapar sangat, memang husband plan nak singgah Lentang sebelum balik rumah. Lentang ni lepas exit Bentong kalau tak silap tapi memang on the way lah. Memang dalam kawasan high way lagi. Ingatkan tak ramai orang tapi rupanya ramai jugak orang. Bahagian bawah tu memang cetek sikit so husband decide nak ke atas sikit. Air dia mak aiii bukan main sejukkkkkk lagi.. memang sejuk gilaaaa.. So kita bentang semua paper and makan hadap sungai.. lepas kenyang baru sedap nak masuk sungai bagai kan..Si debab kaki luka agaknya macam pedih sikit bila kena air tapi lepas tu gigih main air sikit-sikit. Dia ni memang pantang kalau dapat peluang main air. Sakit-sakit tu pun dia tahan sebab nak main air tu.
Dalam 1 jam lebih kat Lentang tu.. siap-siap mandi tukar baju segala bagai.. kitorang gerak balik..

Sempat singgah kat Melawati bungkus nasi kukus ayam dara. =)

6 Comments »