Terima kasih!

2010 memang antara tahun yang terbaik bagi aku…

aku berjaya jugak settlekan resolusi 2010 iaitu

  • Kerja
  • Kahwin

Haha sikit kan?

yelahhh bokpe nak letak banyak-banyak..macam lah jadikkan.. so baik sikit dan bermakne dari banyak tapi takdak habuk langsung..

Di kesempatan ini nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada blog ni.. dah setia bersama lama dah.. aku je yg tak setia-setia asyik tak update je la kan.. haha

Webmaster pun dah bising asal la aku tak update blog ni.. duit Nuffnang memang masuk sikit-sikit lama-lama menjadi bukit jugak..

hahaha kalau diupdate hari-hari mesti mahsyuk lagi..

resolusi 2010 yang tak menjadi adalah nak komited dengan blog ini.. susah beb.. hadoi entahlahh.. nak larik dari gaya anak dara trangtangtang ke bini orang memang susah..

takkan nak cita suma pulak kan.. nanti ramai yang muntah hijau kelabu keladak bagai..

dan..

TERIMA KASIH KEPADA YANG SUDI MEMBACA BLOG INI DARI DULU, KINI DAN SETERUSNYA (i hope so :P )

Waktu sesuai untuk berjalan-jalan ke Korea 2

Musim bunga
Selalunya selepas musim sejuk.. Lebih kurang dari bulan Mac sehingga hujung Mei tapi musim dekat Korea sekarang berubah-ubah.. to make sure paling selamat bulan April lah..

Kelebihan:
Waktu ni paling sesuai untuk berjalan-jalan sebab tak sejuk sangat and tak panas sangat.. tapi diingatkan still kena pakai sweater/jacket tapi bukan yang tebal-teballah.
Few years back ada sekali tu dari sisa-sisa musim sejuk terus panas macam bulan Julai. Masya Allah ya rabbi.. berpeluh ketiak..
tapi tulah kita tak boleh jangka musim ni walaupun kita tahu peredarannya macam mana.
Musim bunga time paling best bila bunga botkott atau sakura (bahasa jepunnya) akan mengembang cantik lawa betul..
Saya tak pernah miss waktu ni.. tapi diingatkan bunga botkott ni tak lama. Lepas hujan lebat menandakan masuk spring terus dia keluar dan akan luruh dalam masa 1-2 minggu then akan ada hujan lebat yang gugurkan semua kelopak-kelopak merah/putih sampai botak pokok tu. Barulah daun akan tumbuh balik.
Time ni memang banyak bunga-bunga lain akan tumbuh dan government suka tanam tepi-tepi jalan. cantik sangat.
My fav flower mestila tulip. bermacam-macam color ade.
Kalau sesiapa yang betul-betul minat bunga, selalunya akan ada expo bunga Korea (cuba google Floritopia Korea) dan tak sure pulak tempatnye tu akan ditukar atau stick kat 1 tempat je. 2-3 tahun lepas berkesempatanlah melawat Expo ni. Macam abah and nenek saya yang gila bunga tu of course macam dream come true.. LAWAAAAA SANGATTTT.
Almost semua bunga-bunga dalam dunia dibawak ke situ untuk dipamerkan dan dibahagi ikut negara dan jenis2 bunga.

keburukan:
Macam saya cakap awal-awal. Kadang2 masih sejuk dan bukan setakat sejuk Cameron ke Genting ke.. maybe around 10′ C – 15′C lagi.. Hujan kadang-kadang ada jugak dan boleh buatkan temperature cuaca lagi turun lepas hujan. So kena sediakan jacket lagi time nih.

p/s: My fav season! :) Saya rekomen pergi time Spring!

bersambung lagi ye!

Waktu sesuai untuk berjalan-jalan ke Korea 1

Ni nak share tips untuk sesiapa yang berminat nak ke Korea. Banyak sangat soalan tanya bila waktu yang sesuai nak ke Korea. Untuk saya, sebenarnye semua season bagus nak ke Korea sebab dia 4 musim kan.. Mari saya listkan kelebihan dan keburukan setiap musim:

Musim panas:-
Kelebihan-
Ada orang kate musim panas tak best nak jalan-jalan kat Korea. Tu adelah salah sebab masa musim panas lah kita senang nak jalan sebab memang tak kan hujan so nak buat aktiviti luar memang senang. Waktu siang panjang betul. Subuh selalunya awal-awal around pukul 3-4 pagi and isyak pulak sangat lambat around pukul 8-9 malam..

Keburukan-
Bersedia bertahan dengan kepanasan yang luar biasa. Tak langsung macam dekat Malaysia okay. Sebab panas Korea memang takde angin sepoi-sepoi langsung. Peluh pun macam terus tersejat aje.
Dan make sure musim hujan di Korea sudah berlalu or else memanglah kita tak boleh nak buat aktiviti langsung. Sebab selalunya dalam musim panas ada 1 time tu memang hujan sepanjang hari tapi panas. :) So memang jadi tak selesa bila nak berjalan-jalan.

Bersambung :p

Update dari Puan Basirah..

Woahhh lama betul tak update la kan???
hmmm sorry wahai blogku.. dia pun dah naik menyampah dah..
so far hari ni macam ada masa terluang nak update blog ni..
sepatutnya sekarang tengah bz training tapi sebab web based training boleh la saye berjimba-jimba sekejapan..

Ni outfit untuk malam nikah. Baju simple je.. memang dedua baju kosong.. kita tak ambik off white.. dia antara off white dengan pearl white.. manik-manik baju ditambah sendiri oleh puan pengantin bersama wedding planner nye merangkap Dida Armain..

Sumpah ada cerita belakang tapi malas nak cerita. har har har.. biarlah menjadi rahsia.. ecehwah.. kau ingat kau siti lijah???

Tudung pun beli sajork.. murs murs okey.. mekap je bermasalah time tu.. memang kecoh 1 rumah.. muke orang tak biase mekap tebal-tebal (natural beauty gituee) ahahaa.. so aku dah la ngan gelabahnnye ngan katering tak sampai-sampai ngan mak andam stucked dalam jam.ngan laki ntah kat mana.. adoiyai.. tapi akhinye selamat jua ngan sekali nafas..

aku la time tu berpeluh berdebar melampau tapi orang tu ewah ewah.. laju betul dia ijab n kabul tuh.. tak bole bla.. ceh ceh.. saya selamat dinikahkan oleh abah sendiri.. and i knew abah was nervous too. hahaha its okay abah.. u got 3 more daughters to go!

Kita dedua memang takde plan nak merenjis bagai.. we got mini pelamin just to take pictures with family and friends.. it was a simple occasion actually.. cukuplah dengan budget yang ada. yang penting.. semua ikut pengantin..(akulah tu kan).. and semua pun happy.. yes got cacat sikit di sana sini which can be alter for the next event pulak next year time Angah n Ber..

Work? My 2nd week at my new place.. ppl are nice too but im still missing my old colleagues.. :( takpelah..manusia kena berubah untuk maju ke depan.. so i am looking forward but not forgetting my past and akan selalu pandang ke belakang bila saya menuju ke depan dan akan selalu tengok ke bawah bila saya ke atas.. thats how im going to live my life right now..

harap-harap lepas ni boleh selalu update blog with my current life.. hehehe :)

Im fine..thanks!

Saya sudah lega sedikit..

Cerita dia macam ni.. sepatutnya result sudah keluar tapi belum official..jadi Sabtu malam bukak website dan mentengok.. tiba-tiba rasa jantung macam berhenti seketika bila terperasan credit hours macam kurang 1 .. OMG OMG OMG!

sudah mula gelabah panic macam orang hilang anak kucing..tapi tak boleh buat apa-apa since office bukak hari Isnin.iaitu hari ini.2 malam tak boleh tidur dengan tenang..

lalu pada pagi ini sudah gigih bangun(yang dimana adalah luar biasa sebab semenjak cuti.. adalah amat jarang saya bangun awal pagi) dan menapak kesejukan ke department office sambil berdoa dan sambil redha dengan apa jua keputusan.

bukan risau pasal tak dapat grad lalu kena extend (saya suka aje.kihkihkih) tapi disebabkan perasaan adalah panic kerana plan untuk mengemaskan segala barang adalah tergendala. Kalau kemas nanti cakap kena extend pula..kan sudah menjadi 1 kerja mahu keluarkan balik .. kalau tiba-tiba dia cakap grad macam biasa.. sudah habis 1 hari plan untuk berkemas-kemas barang.. Susah kan??

sebab dedua kemungkinan saya memang terima seadanya.. win-win situation tapi macam tak win belah pegawai JPA lah kalau tiba-tiba kena extend pula disebabkan kesalahan kecil ini.

OMG saya tahu segala plan study saya tapi kebanyakannya base on nasihat kakak di office tulah. Every time saya pergi mentanyakan pasal apa lagi saya kena ambil untuk grad .. tu je soalan saya berulang kali.. dan hari ini..

saya ketuk pintu dengan berdebar-debar sungguh.. sudah mengagak macam kena extend. siap sahabatku itu bagi borang permohonan untuk extend incase apa-apa sebab pegawai JPA nak setel by this week juge. Saya masuk lalu terus jumpa akak tersebut. Saya tanya.. saya boleh grad ke tak? Dia cakap saya tak ada problem besar untuk grad.. ughhhh..jawapan memang tak menepati sungguh skema.. saya ulang lagi.. saya nak confirmation since saya kena beritahu pada sponsor saya by this Friday.. akak tu kata.. by 18hb baru boleh tau sebetul-betulnya.. OMG lagi cuak.. maksudnya apakah? saya ni boleh grad ataupun tidak? tapi mengikut kiraan dia..(setelah tengok result saya)… saya dalam track yang betul dan boleh grad bulan depan..

Perasaan agak lega tapi stil cuak sebab kena tunggu 18hb. tiba-tiba cakap tak boleh grad.. tak ke menggelabah katak time tu? saya dahlah mau kemas-kemas barang ni.. uhuhuhuhu..

tapi takpe.. harap-harap saya dapat la grad supaya dapat bagi duit kat mak saya pula.. tunang saya juga kesian.. umur sudah lanjut masih tidak kahwin-kahwin..kih kih kih.. :P kalau saya extend kena habiskan lagi 1 sem.. terpaksalah tunda majlis kahwin kan.. sian nyaaaaa nanti…saya takpe.. mude trang tang tang lagi.. :P

sebab tu la saya susah hati semalam :(

JADI!! FOR NOW~~~

doakan lah saya boleh grad bulan depan plsssssss

muah muah to all~~ ^^