T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

Christmas Eve di Cheonggaecheon & Gwanghwamun 1

Menuju ke Seoul lepas Maghrib bersama Nada..
memang tujuan nak tidur di Seoullah kami tapi since malam tu malam Christmas jadi mengambil keputusan mahu berjalan-jalan di sekitar Cheonggaecheon(청게천) dan Gwanghwamun(광화문) before balik ke hostel Hanyang University.

Call Aya dan suruh Aya gerak ke Gwanghwamun dan berjumpa di sanalah..(Oh My God sangat skema tapi perlu untuk menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu yang bagus)

Tempat pertemuan adalah di Cheonggae-cheon.Sila klik sini untuk tahu apa itu Cheonggae-cheon—-> en.wikipedia.org/wiki/Cheonggyecheon

Sesiapa yang datang ke Seoul tu tak sahlah kalau tak pergi sini. Kalau siang pun lawa and malam pun lawa.. sini memang betul-betul tengah bandar Seoul ni. Sebelah aje dari City Hall. Kalau naik subway, ada line terus ke Gwanghwamun. Pintu keluar nombor berapa tak ingatlah pulak ye…

Testing bateri kamera.. sambil tunggu Aya tak sampai-sampai ni.. Depan 7-Eleven ni.

Testing kamera la sangat kan.. haha ..muke tahan sejuk ok.. mau negatif ke time nih yea..

Gambar suasana malam Krismas tu.. orang Korea ni memang ape-ape perayaan pun keluar. tak pernah tak penuh pun mane-mane tempatnye pun.

Depan pokok krismas yang tinggi.. tu jela pun pokok krismas nye. takdela meriah mana sangat decorationnya pun..

No Comments »

Inha Girls Day Out

IMG_2876

IMG_2869

IMG_2890

IMG_2901

IMG_2934

Pergi Songdo Resort saja-saja sebab tak pernah pergi..
rupanya jalan yang ada banyak pokok adalah seberang pool sebelah sana.
But we had fun..
at least bila orang tanya dah pernah pergi ke belum..
kita cakap SUDAHHH 😛

Pergi naik cab saje..
1000++won per person..
Ada 7 orang so memang meriah ok..
I had fun yesterday..
seriously..

Actually kita orang macam ala-ala tengok sunset tapi sebab busy ambik gambar macam ala-ala je la suasane kan..
tak romantik sangat pun.
cuaca pun takdelah sejuk melampau..
then after tu Akma kena pergi date lain pula since Su nak makan 해물떡짐(haemul tteokjjim) so terus pergi 인하후문(Inha Humun(read:gate belakang))
sepatutnya taknak makan nasi
tapi lepas da habis semua tinggal kuah je tapi teringin gila nak makan 뽁음밥(bokkem bab) pulak..
so end up suruh ajoshi buat 볶음밥 pulak..
kan dah kenyang sangat!!
haishh

pastu dorang berbaik hati teman pergi 노래방(norae bang)
jadi ke 노래방 lah kite.
tapi OST tutup pulak..
mungkin ke 결혼식(wedding) *pepandai je buat kesimpulan kan kan kan haha*
hmm so memula ingat nak try 노래방 15 000won yang ada mic stand tu la kan..
tapi terjumpa yang 노래방 10 000원 tapi pakcik adalah sangat mulia hatinya bagi starting 80 minit dan terus tambah-tambah 10-20minit lagi sebanyak 4-5 kali..
so almost 2 jam jugak ok kat situ..
dan mengikut kata pakar-pakar yang biasa pergi 노래방 (see i told you.. saya adalah jarang pergi 노래방) harga adalah okay dan bilik pun lawa and besar.. with LCD tv..*ey?? yeke?*
TERIMA KASIH AJOSHI!
kami datang lagi next time! 🙂

there we go..
Inha Girls Day Out..
🙂
thanks korang!
u ols made my day ^^)

1 Comment »

PPMK Grand Annual Dinner 2009

IMG_2846

Tempat : Grand Ballroom Techno Mart Sindorim Station, Seoul

Pukul 4 lebih dah bertolak dari rumah and decide ramai-ramai naik teksi dan (oh kena ingat bayar hutang to Akomal and Nada) sebab aku datang bawak student card Inha sajork.. tak plan nak naik teksi pungg..

huhuhuhu

pergi naik cab 4 orang with Aya sekali.. dari semalam Aya dah datang borong barang-barang kat Bupyong tu..

Macam ok jugak sebab nya perut adalah senggugut.. huhuhu maklumlah.. perempuan dengan senggugut ni macam lelaki dengan bola.. tak boleh berpisah..

Sampai elok-elok je on time la.. takde la rush macam last year.. jalan pun tak jammed..

Semua decide nak duduk meja sekali sebab meja 5 dekat dengan meja makan.. padahalll dekat dengan meja makanan tak sedap okk..

tapi makan pun setakat 2 round pastu dah kenyang..

banyak melantak buah-buah je.. maybe sebab dari tadi dah lapar sangat then terus makan.. harus la perut masuk sikit aje ok.. agaknya perut tadah tangan syukur dapat makan sikit pun jadiklah padahal tuan punya perut ni nak melantak tak hengat..

IMG_2826

Akma thank you so much sebab rajin ambik gambar.. huhuhu takpe takpe.. tu Akma anggap macam latihan ambik gambar la kan… keh keh keh..

You upload then bagi I ok..yang buruk-buruk tu you jgn upload Facebook.. hahaha gambar candid memang no 1 la mung nak letok kan??

IMG_2839

Kak Nada memula nak bukak spec tapi tak jadi..

You nak I hadiahkan contact lens ke kak?? nanti I banyak duit I belikan untuk you..

huhuhu ehhh kak?? kau lupa kaaa kita dah takdak Annual Dinner PPMK dah pasniii.. huhuhuhu.. bila nak bergaya sakan pasni lagi ni..

haihh

Kak.. terima kasih kau sudi sama-sama temankan aku untuk kali ke-7 nya Annual Dinner noks.. hahaha

IMG_2843

Aya pun terima kasih datang dari jauh semata-mata nak pergi sama-sama kan..

Best makan pizza sama-sama borak-borak..

Cepatnya dah setahun kan?

maklumlah..kau ingat kau tu ahli Heroes si Hiro Nakamura ke nak freeze-freeze masa ni.. Kau ingat kau tu Nobita ke yang ada Doraemon ada mesin cahaya masa yang boleh pergi patah balik masa depan belakang..

Kalau dah nama pun cerita.. confirm lah tak boleh kan..

so ikut lagu yang batch final year nyanyi tadi..

As we go on
We remember
All the times we
Had together
And as our lives change
Come whatever
We will still be
Friends Forever

Thanks to my lovely juniors n friends… especially you, you, you, you, you.. and YOU! (you know who you are! 🙂 )

I LOVE YOU ALL!! muaxx muaxxx

2 Comments »

PPMK Annual Dinner 2008 Part 1

Since besok adelah hari sekolah..
aku update sket je dulu ye..
Berpart part ni..sbb byk nk cite..
sebab perfecto..
hahahaha

CETUSAN 2008.. padat! nice.. and design sangat la melampau kreatif.. aku sokaaaaaaa….  good job to all ajk cetusan..

PPMK’s gift door for students.. comel okey.. i loikee..

Big event?? haha the pie.. and the chocolates.. oh even aku da YM group kat sume org.. tp lagi skali nk meng ekspresi kan diri aku.. GILA BABIKKKK SEDAPPPP MELAMPAUUU… hahaha.. most of them setuju okeh.. the pie was really delicious melicious.. mmg tak rugi bagi orang and mmg indah rupa dari khabar.. sentuhan kreatif adelah sangat melampau bagus.. Special thanks to my buddy, Just for the pie.. Many many love to Yasmin and Ratna for the lurvely chocolate gifts.. Waaa.. and to those yg dpt pie from me.. ENJOY YOUR PIE!!!! makan pie sambil terbayang muke aku yang comel adelah lagi mengasyikkan.. sile la try..

NOTA KAKI: din ymed me and said.. the thing’s name wasnt pie but mcm choco de tarte-watso-ever-yang-penting-sedap-nak-matikk-makan-satu-rase-nak-makan-byk2-lagi.. boleyy din?? hahaa

1 Comment »