Posts Tagged ‘PPMK’

Nombor

Jan 29

Yeay..mari nyanyi lagu..
Allah selamatkan sayaaaa~~~~
Allah selamatkan saya~~~
Allah selamatkan sayaa~~
Allah selamatkan sayaa~~
*tiup lilin angan-angan*

kah kah kah.. sudah 25 kah?
OMG OMG!!
haha si perot boncit konon2 nak sepraiskan aku la..
elok2 je kul 11 nak tido..
mmg kene silambamm laaa ni..menaikkan amarah..
hahaha
ok ok seriously..nak surprise?
hahaha
tapi aku tau kau kunci alarm siap 4 ok ..then alih2 cakap nak tido.. citt cittttt
memang la tu sengaje kann..
haha ape2 pun i love u very much yang!

Saya sudah berumur 25 pada 29 Jan ini..
Saya akan pulang ke Korea untuk convo pada 21 Feb ini..
Convo saya pada 24 Feb..
Pulang for good pada 26 Feb..
Mula bekerja pada 1 Mac..
Dan berharap menjadi seorang isteri kepada seorang lelaki pada Oktober ini..
Apa lagi yang saya perlukan?
Syukran..Bersyukur sungguh-sungguh dan rasa malu teramat sangat sebab selalu lupa untuk mengucapkan syukur dan terima kasih di atas pemberian Allah ni..
Malu betul oh :(

Alhamdulillah..

Kepada yang menyambut birthday juge.. SELAMAT HARI LAHIR! :)

Christmas Eve di Cheonggae-Cheon & Gwanghwamun 3

Dec 29

Lepas tu bergerak pulak ke Gwanghwamun…

sejuk memang sejuk tak terkira lah..

time ni masing-masing pun dah malas berhimpit-himpit dengan orang..

Ni kat area depan jalan besar .. turtle ship ke apetah.. something like that..

nak tengok dekat pun ha cube tengok kepala orang-orang tu. Dahlah kat Korea ni orang-orang dia tak kire laki ke perempuan ke memang stok tinggi-tinggi pokok kelapa betul.. terjengket-jengket nak meredah orang ramai tu ha..

Lepas tu balik naik subway and singgah Wangsimni(왕십리) Enter 6 punye shopping complex.. dalam tu ada E-mart.. teringin makan kek.. tapi sudahnya beli kek kat Paris Baguette aje.

Makan kek dalam bilik adik-adik batch 85… har har har.. sekali-sekala jumpa memang 짱 betul ah..

sampai terdemam-demam aku dengar cite dorang ni ok.. hahaha 충격 받았어..

Aku macam biasa tak boleh tido.. layan dorang-dorang ni borak esok nya tak ikut pegi makan kat Sultan nye kedai kebab baru bukak kat area Jonggak Station(종각역) ..

Untuk muslim yang datang Seoul and nak carik makanan halal boleh pergi kat Jonggak Station tu kalau ade dekat-dekat area situlah. ni cawangan lain selain kat Itaewon tu.. menu pun banyak jugak selain kebab..

Happy birthday to you..

Nov 21

DSC04228

Walau umur mu meningkat yang..

Yang tetap muda belia..

Sebab sayangmu ini masih muda belia..

hehehe

dan dikesempatan ini..

kalau saya pun nak mintak hadiah time bday you ni boleyy?? :P

I lopp lopp lopp lopp u kucit..

Kerja dan main!!

Nov 20

stimulation

running

Untuk pengetahuan diri sendiri..

sila jangan leka.. anda sedang berkerja.. membuat coding untuk game..

haha comel kan? saya diarah untuk membuat kerja berkaitan game.. sungguh comel Prof kesayangan Akomal tu..

Baik hati betul bagi main time dalam kelas ni ye..

haha baik la sangat..

pening betul nak code TAC SCM( Trading Agent Competition) ni okeyh..

Perkara paling penting..

kena make sure agent saya bernama EJEN tu berjaya menghasilkan berjuta-juta wang kepada tuan (read: sayaaaaaalaahhhh)

Kelmarin main RUGI SESAJORKKKK~~

pastu tengah godek-godek..

dan keh keh keh keh.. AKHIRNYA TERCAPAI JUGAK IMPIAN MENJADI JUTAWAN!

EJEN BAWAK BALIK 10 JUTA TUHHHHH.. *walaupun dalam game sahaje..*

Siapa kata belajar IT Engineering tak best?? SAPAAA AJEEEE boleh main game time belajar haaaaa…

p/s: Busy belajar untuk 졸업고사 ..

p/s2:ecehh wah..busy sempat lagi nak update blog..!!

Melancong ke Korea-Dari airport Incheon ke destinasi anda

Nov 20

IMG_3033

Abah, mak n nenek naik MAS flight ke Korea pukul 11.30 malam dari KLIA.. Dari Kuala Lumpur ke Incheon mengambil masa 6 jam selalunya.

Ok mari kita buat sedikit info untuk orang-orang yang nak travel ke Korea dari pintu gate arrival tu ye.hehe (sebab tengah rajin)

Since saya mempunyai rumah sendiri jadi accommodation memang tak perlu nak risaulah. So kalau sesiapa yang nak travel sendiri boleh book hotel berdekatan Seoul sebab saya duduk Incheon ok.. jauh sikit.. better to stay in Seoul.

Incheon Airport Shuttle Bus
Saya jemput mereka and plan naik airport shuttle bus aje since barang pun tak banyak.. usually kalau bas airport ke Seoul pun Insya Allah ada bas direct.. keluar je dari arrival gate tu sila menuju ke luar.. dan akan nampak banyak-banyak signboard..

Ok sekarang ni panduan untuk make sure bas mana yang patut anda ambil.. bolehlah carik information counter dalam airport dan Insya Allah mereka boleh bercakap dalam b.Inggeris so tanya bas apa patut korang naik untuk ke hotel korang tu..
or kalau nak senang just pergi dekat kaunter luar airport dan cakap destination anda.. kerani tu akan cakap harga dan kena tunggu dekat mana..sebab bas berhenti ikut signboard ok.

Harga selalunya tak mahal depends tempat.. dan pastinya dari airport ke Dong-Incheon is 2500 won per person.. dah turun dulu 4400 won. percaya tak? harga tiket bas kat Korea boleh TURUN!.. haha

dan mengikut pengalaman saya yang pernah tinggal kat Seoul(area Guro) tiket shuttle bus dari airport ke Guro dalam bawah 10 000 won.. so bajet2 lah below 15 000 won untuk tiket shuttle bus sehala.

290606_image2_1

Airport deluxe taxi
Boleh naik teksi / van taxi.. usually dia akan mintak 100 000 won untuk 1 kereta ke Guro. so boleh bajet-bajet jugak kalau ke Seoul tapi more than 100 000 won lah straight sampai hotel/tempat penginapan anda..Usually boleh masuk dalam maximum 10 orang adults depend kepada jenis van.

Airport express train
Selain itu, boleh naik airport train.. ada signboard tunjuk gambar train tu.ha boleh naik dan train ni memang bersambung terus dengan subway punya link. tambang mungkin lagi murah tapi kena make sure masa nak transfer. Ni kalau orang yang tak tau sistem subway kat Korea disarankan agar tidak naik dan juga orang yang datang bawak banyak barang. Kalau anda backpackers..budget trip and suka kan adventure..sila lah naik..sebab murah jugak rasenye sampai Seoul. tapi mengambil masa agak lama sebab kena tukar train banyak kali jugak.

Teksi biasa
Untuk teksi biasa (yang tadi tu teksi airport) kalau teksi biasa kalau keluar gate arrival tu terus lintas lampu isyarat akan nampak cab biasa yang berderet.. usually they dont use meter.. dia akan tanya nak pergi mana dan akan bagi jumlah berapa yang dia mintak. Untuk maximum 4 orang ke bawah sesuai naik teksi ni lah..
dan saya pernah naik balik Inha dari airport macam harga pergi ke airport jugak. 40 000 won untuk 1 kereta.. ada 4 orang so 10 000 won seorang… lebih cepat dan terus sampai destinasi. Ke Seoul tak pernah pulak try so better ask dulu..

Memana pun sama je..depends kepada ketebalan poket anda :)

ok nanti sambung lagi~