Posts Tagged ‘PPMK’

Happy birthday to you..

Nov 21

DSC04228

Walau umur mu meningkat yang..

Yang tetap muda belia..

Sebab sayangmu ini masih muda belia..

hehehe

dan dikesempatan ini..

kalau saya pun nak mintak hadiah time bday you ni boleyy?? :P

I lopp lopp lopp lopp u kucit..

Kerja dan main!!

Nov 20

stimulation

running

Untuk pengetahuan diri sendiri..

sila jangan leka.. anda sedang berkerja.. membuat coding untuk game..

haha comel kan? saya diarah untuk membuat kerja berkaitan game.. sungguh comel Prof kesayangan Akomal tu..

Baik hati betul bagi main time dalam kelas ni ye..

haha baik la sangat..

pening betul nak code TAC SCM( Trading Agent Competition) ni okeyh..

Perkara paling penting..

kena make sure agent saya bernama EJEN tu berjaya menghasilkan berjuta-juta wang kepada tuan (read: sayaaaaaalaahhhh)

Kelmarin main RUGI SESAJORKKKK~~

pastu tengah godek-godek..

dan keh keh keh keh.. AKHIRNYA TERCAPAI JUGAK IMPIAN MENJADI JUTAWAN!

EJEN BAWAK BALIK 10 JUTA TUHHHHH.. *walaupun dalam game sahaje..*

Siapa kata belajar IT Engineering tak best?? SAPAAA AJEEEE boleh main game time belajar haaaaa…

p/s: Busy belajar untuk 졸업고사 ..

p/s2:ecehh wah..busy sempat lagi nak update blog..!!

Melancong ke Korea-Dari airport Incheon ke destinasi anda

Nov 20

IMG_3033

Abah, mak n nenek naik MAS flight ke Korea pukul 11.30 malam dari KLIA.. Dari Kuala Lumpur ke Incheon mengambil masa 6 jam selalunya.

Ok mari kita buat sedikit info untuk orang-orang yang nak travel ke Korea dari pintu gate arrival tu ye.hehe (sebab tengah rajin)

Since saya mempunyai rumah sendiri jadi accommodation memang tak perlu nak risaulah. So kalau sesiapa yang nak travel sendiri boleh book hotel berdekatan Seoul sebab saya duduk Incheon ok.. jauh sikit.. better to stay in Seoul.

Incheon Airport Shuttle Bus
Saya jemput mereka and plan naik airport shuttle bus aje since barang pun tak banyak.. usually kalau bas airport ke Seoul pun Insya Allah ada bas direct.. keluar je dari arrival gate tu sila menuju ke luar.. dan akan nampak banyak-banyak signboard..

Ok sekarang ni panduan untuk make sure bas mana yang patut anda ambil.. bolehlah carik information counter dalam airport dan Insya Allah mereka boleh bercakap dalam b.Inggeris so tanya bas apa patut korang naik untuk ke hotel korang tu..
or kalau nak senang just pergi dekat kaunter luar airport dan cakap destination anda.. kerani tu akan cakap harga dan kena tunggu dekat mana..sebab bas berhenti ikut signboard ok.

Harga selalunya tak mahal depends tempat.. dan pastinya dari airport ke Dong-Incheon is 2500 won per person.. dah turun dulu 4400 won. percaya tak? harga tiket bas kat Korea boleh TURUN!.. haha

dan mengikut pengalaman saya yang pernah tinggal kat Seoul(area Guro) tiket shuttle bus dari airport ke Guro dalam bawah 10 000 won.. so bajet2 lah below 15 000 won untuk tiket shuttle bus sehala.

290606_image2_1

Airport deluxe taxi
Boleh naik teksi / van taxi.. usually dia akan mintak 100 000 won untuk 1 kereta ke Guro. so boleh bajet-bajet jugak kalau ke Seoul tapi more than 100 000 won lah straight sampai hotel/tempat penginapan anda..Usually boleh masuk dalam maximum 10 orang adults depend kepada jenis van.

Airport express train
Selain itu, boleh naik airport train.. ada signboard tunjuk gambar train tu.ha boleh naik dan train ni memang bersambung terus dengan subway punya link. tambang mungkin lagi murah tapi kena make sure masa nak transfer. Ni kalau orang yang tak tau sistem subway kat Korea disarankan agar tidak naik dan juga orang yang datang bawak banyak barang. Kalau anda backpackers..budget trip and suka kan adventure..sila lah naik..sebab murah jugak rasenye sampai Seoul. tapi mengambil masa agak lama sebab kena tukar train banyak kali jugak.

Teksi biasa
Untuk teksi biasa (yang tadi tu teksi airport) kalau teksi biasa kalau keluar gate arrival tu terus lintas lampu isyarat akan nampak cab biasa yang berderet.. usually they dont use meter.. dia akan tanya nak pergi mana dan akan bagi jumlah berapa yang dia mintak. Untuk maximum 4 orang ke bawah sesuai naik teksi ni lah..
dan saya pernah naik balik Inha dari airport macam harga pergi ke airport jugak. 40 000 won untuk 1 kereta.. ada 4 orang so 10 000 won seorang… lebih cepat dan terus sampai destinasi. Ke Seoul tak pernah pulak try so better ask dulu..

Memana pun sama je..depends kepada ketebalan poket anda :)

ok nanti sambung lagi~

Demi Al-Aqsa 2009

Nov 16

Demi Al-Aqsa 2009

Satu Suara Untukmu

Dengan kerjasama, Aman Palestin, Kelab Umno Korea, Persatuan Pelajar Malaysia Korea dan KIMS..melalui demialaqsa.kimsnet.info/

sedang mengadakan bermacam-macam aktiviti untuk mengutip derma untuk disumbangkan untuk membaikpulih Masjid Al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama orang Islam.

Saya bukanlah ahli jawatankuasa mahupun orang penting tetapi sebagai seorang Islam yang mempunyai medium yang boleh menyampaikan mesej penting ini..saya memohon kepada setiap umat Islam tak kira di mana supaya dapat membantu kalau tak banyak sedikit pun jadilah bukan untuk orang lain tetapi umat Islam sendiri.

So bolehlah click ke link yang saya bagi untuk info-info lain! :)

15867_1293684342581_1244488387_907871_3871340_n

Siapa interested nak beli sweater , long sleeve and shirt DAQ(Demi Al-Aqsa) boleh click demialaqsa.kimsnet.info/

PPMK Grand Annual Dinner 2009

Nov 02

IMG_2846

Tempat : Grand Ballroom Techno Mart Sindorim Station, Seoul

Pukul 4 lebih dah bertolak dari rumah and decide ramai-ramai naik teksi dan (oh kena ingat bayar hutang to Akomal and Nada) sebab aku datang bawak student card Inha sajork.. tak plan nak naik teksi pungg..

huhuhuhu

pergi naik cab 4 orang with Aya sekali.. dari semalam Aya dah datang borong barang-barang kat Bupyong tu..

Macam ok jugak sebab nya perut adalah senggugut.. huhuhu maklumlah.. perempuan dengan senggugut ni macam lelaki dengan bola.. tak boleh berpisah..

Sampai elok-elok je on time la.. takde la rush macam last year.. jalan pun tak jammed..

Semua decide nak duduk meja sekali sebab meja 5 dekat dengan meja makan.. padahalll dekat dengan meja makanan tak sedap okk..

tapi makan pun setakat 2 round pastu dah kenyang..

banyak melantak buah-buah je.. maybe sebab dari tadi dah lapar sangat then terus makan.. harus la perut masuk sikit aje ok.. agaknya perut tadah tangan syukur dapat makan sikit pun jadiklah padahal tuan punya perut ni nak melantak tak hengat..

IMG_2826

Akma thank you so much sebab rajin ambik gambar.. huhuhu takpe takpe.. tu Akma anggap macam latihan ambik gambar la kan… keh keh keh..

You upload then bagi I ok..yang buruk-buruk tu you jgn upload Facebook.. hahaha gambar candid memang no 1 la mung nak letok kan??

IMG_2839

Kak Nada memula nak bukak spec tapi tak jadi..

You nak I hadiahkan contact lens ke kak?? nanti I banyak duit I belikan untuk you..

huhuhu ehhh kak?? kau lupa kaaa kita dah takdak Annual Dinner PPMK dah pasniii.. huhuhuhu.. bila nak bergaya sakan pasni lagi ni..

haihh

Kak.. terima kasih kau sudi sama-sama temankan aku untuk kali ke-7 nya Annual Dinner noks.. hahaha

IMG_2843

Aya pun terima kasih datang dari jauh semata-mata nak pergi sama-sama kan..

Best makan pizza sama-sama borak-borak..

Cepatnya dah setahun kan?

maklumlah..kau ingat kau tu ahli Heroes si Hiro Nakamura ke nak freeze-freeze masa ni.. Kau ingat kau tu Nobita ke yang ada Doraemon ada mesin cahaya masa yang boleh pergi patah balik masa depan belakang..

Kalau dah nama pun cerita.. confirm lah tak boleh kan..

so ikut lagu yang batch final year nyanyi tadi..

As we go on
We remember
All the times we
Had together
And as our lives change
Come whatever
We will still be
Friends Forever

Thanks to my lovely juniors n friends… especially you, you, you, you, you.. and YOU! (you know who you are! :) )

I LOVE YOU ALL!! muaxx muaxxx