Posts Tagged ‘raya in Korea’

Seafood & Sherlock Holmes

Jan 03

Sorry.. still entry tak bergambar.. I dont know why lately adalah sangat malas untuk mengambil gambar.. Why hah??

So update semua plain! without gambar.. gheeshhhh!

Jerry dari semalam adalah terdesak untuk tengok movie..memandangkan semua orang sudah berjaya mentengok Avatar so Avatar sudah tolak tepi-tepi.. I heard about Sherlock Holmes so semua pun setuju..

Hari ni janji nak tengok kat Juan station sahaja.. dekat + tak payah susah-susah nak balik rumah nanti.

Janji jumpa pukul 7.30 PM

Kak Emy, Nade dan aku gerak dari Inha Uni naik bas aje.. senang.. sampai-sampai terus pergi beli tiketlah..

Ijal pun ada. So after dah beli tiket masing-masing lapar. So Kak Emy suggest tempat makan area Juan station across dari Juan station tu.

Apetah nama restoran tu ye.. tapi mmg all seafood.. dia punya tagline restoran pun “for the seafood lover” katenye…

Order  something-something해물떡찜..4인분.. then order udang yg kena balut dengan potato tu..tak ingat la panama dia..

and then teringin nak makan sotong celup tepung so order 왕오징어튀김..sedapppp… unexpected ..plus harga adalah murah juga compared to lokasi kedai nye..

habis makan .. around 9PM.. kena cepat sebab movie start at 9.10PM..

total adalah 35 000 won Jerry kata.. MURAHHHHH NOKSSS

only 7 000 won per person jelahh..

seriously murah~~

then terus naik balik and elok2 je duduk movie pun start..hehehehe

cerita adalah slow tapi in a good way.. i mean.. takdela slow yang boring..tapi slow yang lawak-lawak English ni ahhhh..

hahaha .. bila da ambil subjek British culture ni..baru lah sedar yang memang English suka lawak-lawak berbaur sarcastic ni.. meaning.. lawak-lawak mereka adalah sangat sinis.. kena fikir lawak tu.. kalau tak mesti tak sempat nak gelak kalau lambat tangkap apa dia cakap.. tak tau la orang lain tapi aku rasa macam tu..

enjoyed the movie very much.. suprisingly.. Nade also like the movie.. haha tapi dia cakap still tak boleh terima Transformers in any way.. hahahaha..

terus balik je after tengok movie.. sempat naik bas so tak payah naik teksi.. weehoo..

Seriously im gonna miss Inha.. Juan.. Incheon.. and of course KOREA!..

balik malam-malam still tak delah rasa takut melampau but still selalu berjaga-jaga lah.. Aku rasa aktiviti2 malam macam ni memang tak boleh nak buat sangat kat Malaysia.. i mean yang berjalan balik ke rumah tengah2 malam.. dari bus stop sampai ke rumah aku memang kena jalan dalam 5-10 minutes okay..and maybe 15 minutes to Nade’s house.. yang jalan tu memang dah takde orang + gelap..

Kalau kat Malaysia sumpah aku takkan jalan sorang-sorang dari bus stop depan sekolah Raja Muda tu to my house..

NAK MENEMPAH MAUT??? hahaha no way ~~ *geleng-geleng kepala*

even aku nak buat pun..aku kena jalan sambil pegang senapang or machine gun supaya takde lahanat-lahanat yang melampau banyak kat Malaysia tu..

:31:

Happy birthday to you..

Nov 21

DSC04228

Walau umur mu meningkat yang..

Yang tetap muda belia..

Sebab sayangmu ini masih muda belia..

hehehe

dan dikesempatan ini..

kalau saya pun nak mintak hadiah time bday you ni boleyy?? :P

I lopp lopp lopp lopp u kucit..

Melancong ke Korea-Melawat Inha & Beli barang di Homeplus

Nov 20

Lepas sampai tu..lepak-lepak dulu and ingat petang baru nak bawak jalan-jalan..
Mak bawak rendang! wehooooo ^^
masak nasi and abah mak nenek tido after solat.
penat la kot..
yelah..
6 jam okay dalam flight..
banyak sangat dah pengalaman saya jua menaiki kapal terbang dan asyik nak tidur aje walaupun dah tidur banyak dalam flight.

IMG_3045

Yes.. we got a big pond in Inha University..  haha konon besar  la sangat~~

IMG_3050

IMG_3053

enjoying autumn in my university..

IMG_3056

jangan terkejut.. memang University saya ada kapal terbang.. haha uni sapa ada kapal terbang lagi angkat tangan??

IMG_3070

Merentas Inha University untuk ke Homeplus .. Kat Homeplus beli barang-barang and tengok-tengok aje..
Tips untuk kenal budaya lain ialah dengan supermarketnya..
dari situ kita boleh belajar banyak benda..  what they eat.. how they eat.. what kind of products they use.. banyaklah..

Melancong ke Korea-Dari airport Incheon ke destinasi anda

Nov 20

IMG_3033

Abah, mak n nenek naik MAS flight ke Korea pukul 11.30 malam dari KLIA.. Dari Kuala Lumpur ke Incheon mengambil masa 6 jam selalunya.

Ok mari kita buat sedikit info untuk orang-orang yang nak travel ke Korea dari pintu gate arrival tu ye.hehe (sebab tengah rajin)

Since saya mempunyai rumah sendiri jadi accommodation memang tak perlu nak risaulah. So kalau sesiapa yang nak travel sendiri boleh book hotel berdekatan Seoul sebab saya duduk Incheon ok.. jauh sikit.. better to stay in Seoul.

Incheon Airport Shuttle Bus
Saya jemput mereka and plan naik airport shuttle bus aje since barang pun tak banyak.. usually kalau bas airport ke Seoul pun Insya Allah ada bas direct.. keluar je dari arrival gate tu sila menuju ke luar.. dan akan nampak banyak-banyak signboard..

Ok sekarang ni panduan untuk make sure bas mana yang patut anda ambil.. bolehlah carik information counter dalam airport dan Insya Allah mereka boleh bercakap dalam b.Inggeris so tanya bas apa patut korang naik untuk ke hotel korang tu..
or kalau nak senang just pergi dekat kaunter luar airport dan cakap destination anda.. kerani tu akan cakap harga dan kena tunggu dekat mana..sebab bas berhenti ikut signboard ok.

Harga selalunya tak mahal depends tempat.. dan pastinya dari airport ke Dong-Incheon is 2500 won per person.. dah turun dulu 4400 won. percaya tak? harga tiket bas kat Korea boleh TURUN!.. haha

dan mengikut pengalaman saya yang pernah tinggal kat Seoul(area Guro) tiket shuttle bus dari airport ke Guro dalam bawah 10 000 won.. so bajet2 lah below 15 000 won untuk tiket shuttle bus sehala.

290606_image2_1

Airport deluxe taxi
Boleh naik teksi / van taxi.. usually dia akan mintak 100 000 won untuk 1 kereta ke Guro. so boleh bajet-bajet jugak kalau ke Seoul tapi more than 100 000 won lah straight sampai hotel/tempat penginapan anda..Usually boleh masuk dalam maximum 10 orang adults depend kepada jenis van.

Airport express train
Selain itu, boleh naik airport train.. ada signboard tunjuk gambar train tu.ha boleh naik dan train ni memang bersambung terus dengan subway punya link. tambang mungkin lagi murah tapi kena make sure masa nak transfer. Ni kalau orang yang tak tau sistem subway kat Korea disarankan agar tidak naik dan juga orang yang datang bawak banyak barang. Kalau anda backpackers..budget trip and suka kan adventure..sila lah naik..sebab murah jugak rasenye sampai Seoul. tapi mengambil masa agak lama sebab kena tukar train banyak kali jugak.

Teksi biasa
Untuk teksi biasa (yang tadi tu teksi airport) kalau teksi biasa kalau keluar gate arrival tu terus lintas lampu isyarat akan nampak cab biasa yang berderet.. usually they dont use meter.. dia akan tanya nak pergi mana dan akan bagi jumlah berapa yang dia mintak. Untuk maximum 4 orang ke bawah sesuai naik teksi ni lah..
dan saya pernah naik balik Inha dari airport macam harga pergi ke airport jugak. 40 000 won untuk 1 kereta.. ada 4 orang so 10 000 won seorang… lebih cepat dan terus sampai destinasi. Ke Seoul tak pernah pulak try so better ask dulu..

Memana pun sama je..depends kepada ketebalan poket anda :)

ok nanti sambung lagi~

Cerita raya

Sep 27

Bila habis puasa
memang tak sudah-sudah lah orang duk bercerita pasal raya lah, rumah terbuka lah, masak-masak lah, etc..
standard betul..
last Rabu lepas ,para penjelita Inha Uni buat makan-makan sambutan raya+ birthday Akma secara potluck..

banyak gila makanan malam tu.
gambar pun ada tapi segan mahu upload banyak-banyak sebab rumah penuh barang-barang..
huhuhuhu..
biasalah..
rumah kecik sahaja.

habiskan bekalan nasi impit lalu membuat ayam rendang instant , menambah dengan masak lodeh kuning serta merajinkan diri memasak sambal sotong..

orang lain datang bawa macam-macam..
Deera bawa caramel puding yang sangat mantap manisnya..
Su bawa cucur ikan bilis yang lembut..
Akma bawa rendang daging tak sedap katanya( padahal sedap nak mamps! :P ) serta nasi impit..
Kak Emy buat puding kastard cocktail..
Farra dan Alin bawa air setap2 sekali :D
Kak Gee bawa kuih raya dari Malaysia. Bilqis pun sama juga bawak kuih-muih..
Nada derma ketupat palas ..
Siti dan Ely bergotong-royong buat karipap kelim n agar-agar..
meriah betul!!
sangat-sangat banyak makanan tapi Alhamdulillah..
selamat ditapau :P

hehehehe

itu yang kita mau..

yang penting??

KERJASAMA! :P

IMG_2645

IMG_2649

IMG_2648

p/s: Siti ngan Ely takde dalam gambar sebab tak sampai lagi .proses kelim karipap nampaknye ambil masa sangat lama betul.. gigih sungguh! :) thankss koranggg sudi datang n kumpul ramai-ramai… nak jemput ramai-ramai pun rumah sekangkang aje dengan kangkangan kera… so tak dapatlah nak jemput ramai-ramai.