T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

Raya 2016 #1

Macam biasa pagi – pagi rumah ni memang dah ramai yang bangun sebab bilik air rumah nenek ade 2 je.. orang nya pulak berpuluh-puluh so kena cepat bangun nak rebut bilik airnye. hihi

Nasib baik baju dah siap siap gosok dari rumah so memudahkan kerja yea..

Memang kebiasaan sini.. pagi – pagi mandi lepas tu makan ketupat lemang rendang bagai.. lepas tu beraya bersalam-salam sesi meminta maaf.. baru yang lelaki bergerak ke masjid.

Tahun ni daddy demam tak sihat sikit tapi gagahkan diri jugak pergi solat raya. Cuma tak join baraan je tahun ni sebab tak larat.. balik terus melepek je.

Tahun ni memang takde gambar proper 4 orang.. bertuah betul.. bila dah tak sihat.. mood nak raya pun tak berapa nak ada la sangat.

No Comments »

Malam Raya 2016

Alhamdulillah..

masih bernyawa nak simpan sedikit kenangan dalam blog bermakna ni.

5/7/2016
EL hari ni sebab 2 anak dara selesema tak berapa sihat dan si M kecik pulak eczema flare. So pagi lepas daddy pergi kerja, terus siap pergi klinik. Then balik kemas beg ape patut sebab malam karang dah bertolak balik kampung. Harapan memang jalan tak jem lah. Angah & Yol pun masing-masing on the way. Dulu suka konvoy tapi sebenarnye konvoy dalam jarak jauh ni adalah memenatkan bila dah ada anak ramai. So paling terbaik kita pergi and gerak sendiri sendiri je. tapi still boleh berhubung guna Whatsapp update dah sampai mana etc

Daddy balik je terus gerak siap tapau Burger King untuk buka puasa. Takut lambat pulak sampai kampung kalau lepas buka baru nak gerak.

Adik kakak lepas dah makan sikit terus tidur. Dedua lama betul tidur.. Ni kang kalau sampai rumah Onyang pukul berapa nak tidur balik ni ntah.

Perjalanan dari Putrajaya je Tongkang Pechah dalam 3 jam++ ikut Waze. So kami sampai ngam ngam soi dalam pukul 9 malam macam tu. Sempat dengar takbir raya dalam kereta. Lagu raya all the way from Putrajaya to Tongkang Pechah. Syahdu sebenarnya bila dapat beraya bersama-sama keluarga besar ni and tak tahu sampai bila boleh beraya seronok macam ni. Moga ahli keluarga ku semua dipanjangkan umur.

Sampai rumah nenek macam biasalah semua berborak sediakan itu ini. Aku sambung makan ketupat dengan masak lodeh. Kali ni abah jadi orang kuat masak semua lauk.

Yang paling gembira bila dah kumpul semua cukup kecuali Dida je tak balik menunggu hari nak bersalin.

Lambat jugak 2 M ni tidur tu pun dah bagitau kakak besok nak raya so malam ni kena tidur awal.

Adik adalah bangun sekejap sekejap tak selesa kot. Susu taknak..maybe sebab tekak or dia tengah selesema so taknak susu sangat.

No Comments »