Serawa/bubur ubi keladi

Balik rumah mak macam biasa lah kalau tak menapau memang tak sah.. Kobek-kobek peti ais nampak ada keladi jenis kecik-kecik orang panggil keladi gula tu.. mak kata nak bawak balik ambiklah.. so pack 4 ketul masuk plastik.. mak cakap rebus je pun sedap..

Nak ambik banyak-banyak pun confirm laki tak makan so ambik mana yang kita nak makan aje la yerk..

Balik rumah kemas-kemas kejap, duduk-duduk kejap.. fikir bahan-bahan nak buat bubur/serawa ni cukup ke tak..

Santan- checked!

Gula perang- checked!

Sagu- Checked!

okeyh boleh teruskan plan nih..

Cari dalam google resepi nak buat serawa keladi jenis kecik-kecik ni tapi keladi jenis ni kalau nak rebus biar dengan kulit sekali sebab kalau dah dibuang kulitnya nanti dia jadi melekit-lekit.. and ada dalam blog tu jugak dia ajar better masukkan dalam microwave and masakkan setengah masak dengan kulitnya sekali tapi wrap atas mangkuk tu and bila dah lembut sikit baru dipotong kulitnya.

lepas dah masak keladi dalam microwave tu potong kulit then terus buat bubur/serawa macam biasa.. santan sikit, gula perang sikit, sagu sikit..

memula masuk sagu.. tak payah rendam-rendam..lambat seh.. just masak je sagu tu sampai lutsinar sikit.. then baru masuk keladi lepas tu baru masuk gula then masuk santan..

Sedap bila makan panas-panas.. sagu bubuh banyak pun sedap.. nyam nyam.. =)