Resepi ringkas: Nasi goreng kimchi

 

Semalam balik kerja tengok-tengok ada nasi sejuk lebih semalam and still elok lagi..
Then bukak-bukak peti ais nampak kimchi yang dah lama beli baru usik sikit.. wow otak laju ligat fikir nak buat nasi goreng kimchi lahhhh..
tapi kena tanye big boss dulu..
kang dia takdak tekak korean kang mau nye dia nak makan benda-benda masam nih.. ye ahh tekak orang melayu kan.. aku tekak international.. semua boleh belasah..

Harap maklum yeh.. ni resepi yang dah diubah suai mengikut tekak melayu + korea + international aku nih.. so hehehhee

Apa yang diperlukan?

Nasi *nasi ni aku gune beras Pearl so dia macam jenis beras wangi and dia bukan jenis yang bercerai-cerai tu.. tapi still firm la nasi ni bukan macam nasi korea tu.. kalau ade nasi ala korea banyak kanji tu lagi sodap*
Kimchi (kimchi ni aku beli kat Jaya Jusco dalam jar kat Jaya Jusco Maluri tu.. memang ada yang local or korean made punya tapi local punya murah sikit compare to this one tapi sebab aku dah biase makan yang korean punya aku amik yang ni lah.. gambar takdak pulak tapi jenis kobis tau.. bukan kimchi yang empat segi punye or yang daun-daun hijau ni.. harga dalam RM12++ rasanya)
bawang besar 2 ulas
bawang putih 2 ulas *p/s: sebenarnye tak payah bawang pun tak pe sebab dalam kimchi tu dah ada garlic and cukup perasa dah tapi melayu kan.. mesti keroje nak menumis je..*
beef sosej * ni kalau korean dia pakai ham so korang nak pakai meat loaf tu pun okay lah sebab aku takde so aku pakai beef sosej yang kat rumah ni je.. maybe sedap jugak kalau nak letak daging cincang kot.. takpe..boleh pelbagaikan variasi dengan apa yang anda suka :p .. taknak letak pun takpe*
telur sebiji
garam
minyak masak
sedikit sos tomato

cara-cara:
Memula panas kan minyak .. tak payah banyak sangat la..cukup untuk menumis je..
pastuh sebabkan sosej tu memang straight from freezer aku terus campak je dalam kuali.. bila dah lembut sikit baru masukkan bawang besar and bawang putih..
tumis sampai wangi.. thenn barulah masukkan kimchi tu.. and kalau ada air2 dia tu masukkan pun takpe.. air tu la sedap.. nyam nyam.. masam-masam gitu..
biar dia atas api sampai macam agak garing dan tak berair sangat lah.. kimchi ni goreng dengan minyak sikit memang sedap gila..
pastuh baru masukkan garam..
then masukkan nasi sejuk tuh..
pastuh masukkan sos tomato.. yang ni kena bajet.. kalau taknak bubuh pun takpe boleh jugak.. cuma ni nak menampak merah nasi tu.. kat korea dorang pakai kochujang (red chili paste) tapi sebab takde aku belasah je pakai tomato ni and taknak pedas.. nak pedas letak ler cili api..
lepas tuh..tengah-tengah pecahkan telur and kacau-kacau sampai separuh masak then baru gaul dengan nasik ..
lepas tu kacau-kacau nasik tu sampai betul-betul takde lembab-lembab or basah-basah ke ape.. dia mcm kena basah-kering light-light sikit lah..
lepas tuuu hidangkann nasi kimchi kitaaaa~~ nyammm nyamm..
potong sikit timun makan..
then nak letak telur mata kerbau atas dia pun sedap..
makan dengan sos tomato kalo orang korea tapi aku tekak melayu tak suka sangat lah nak masam-masam sos tomato tu..

slurrpp slurrrp.. sedap rasa sampai sekarang lagi…
nak lagi laaaaahhh =)

 

Dwenjang jjigae

Or nama lainnya soybean paste stew..
Setapppppp…
Lama dah tak makan..
Cume tak berapa lengkap sebab tak jumpa lala or kepah kecik-kecik macam kat Korea jek..
As usual laki mak tak boleh terima makanan ni.hahahaaa
Terpaksela makan sorang-sorang nyam nyam nyam :)

P/s: rasa dia pelik and even korean pun ramai tak makan..

Waktu sesuai untuk berjalan-jalan ke Korea 2

Musim bunga
Selalunya selepas musim sejuk.. Lebih kurang dari bulan Mac sehingga hujung Mei tapi musim dekat Korea sekarang berubah-ubah.. to make sure paling selamat bulan April lah..

Kelebihan:
Waktu ni paling sesuai untuk berjalan-jalan sebab tak sejuk sangat and tak panas sangat.. tapi diingatkan still kena pakai sweater/jacket tapi bukan yang tebal-teballah.
Few years back ada sekali tu dari sisa-sisa musim sejuk terus panas macam bulan Julai. Masya Allah ya rabbi.. berpeluh ketiak..
tapi tulah kita tak boleh jangka musim ni walaupun kita tahu peredarannya macam mana.
Musim bunga time paling best bila bunga botkott atau sakura (bahasa jepunnya) akan mengembang cantik lawa betul..
Saya tak pernah miss waktu ni.. tapi diingatkan bunga botkott ni tak lama. Lepas hujan lebat menandakan masuk spring terus dia keluar dan akan luruh dalam masa 1-2 minggu then akan ada hujan lebat yang gugurkan semua kelopak-kelopak merah/putih sampai botak pokok tu. Barulah daun akan tumbuh balik.
Time ni memang banyak bunga-bunga lain akan tumbuh dan government suka tanam tepi-tepi jalan. cantik sangat.
My fav flower mestila tulip. bermacam-macam color ade.
Kalau sesiapa yang betul-betul minat bunga, selalunya akan ada expo bunga Korea (cuba google Floritopia Korea) dan tak sure pulak tempatnye tu akan ditukar atau stick kat 1 tempat je. 2-3 tahun lepas berkesempatanlah melawat Expo ni. Macam abah and nenek saya yang gila bunga tu of course macam dream come true.. LAWAAAAA SANGATTTT.
Almost semua bunga-bunga dalam dunia dibawak ke situ untuk dipamerkan dan dibahagi ikut negara dan jenis2 bunga.

keburukan:
Macam saya cakap awal-awal. Kadang2 masih sejuk dan bukan setakat sejuk Cameron ke Genting ke.. maybe around 10′ C – 15′C lagi.. Hujan kadang-kadang ada jugak dan boleh buatkan temperature cuaca lagi turun lepas hujan. So kena sediakan jacket lagi time nih.

p/s: My fav season! :) Saya rekomen pergi time Spring!

bersambung lagi ye!

Nasi Goreng Kimchi again


simple je nak masak ni.. nasi + kimchi.. goreng ajor dedua.. pastuh garam sket..serbuk lada sket..sos cili sket.. peringatan ye..nasi ni memang masam.. sebab kimchi kan masam-masam sikit..so sapa tak boleh handle kemasaman dan kepelikan rasa kimchi pls do not try this.. i warned u ! :D sesuai dimakan bersama telur mata kerbau + tomato sos.

sesuai untuk orang yang berani mencuba makanan baru sahaja please… CUBALAH HARI INI!

err.. bagi yang di Malaysia..kimchi mungkin boleh didapati di Jaya Jusco.. saya raselah :D


keropok panjang-panjang dari Terengganu.. sedap okay makan dengan nasi goreng kimchi tu.. pls abaikan yang kaler kurang menarik.. macam ni lah multi tasking… dedua nak masak sekaligus.. ngahahaha

Snow at INHA University Finale :P

Okeh..sudah sudah lah tu ngan gambar salji ni ye..
termuntah keluar salji la plak karang…

Again.. please abaikan perempuan GEBU kat paling depan sekali tu ye..

Ni bukan terjatuh.. cubaan meluncur dalam ais.. MENJADI tapi hasil dia? Habis 1 baju penuh ais lekat-lekat..


Warning.. Nada tu pijak tempat tinggi okay sebab tu dia “konon” TINGGI BANYAK dari aku..

Muka lepas SEJUK + PENAT + BASAH + GIGIL + PUASSSSSSS ^^

Sempat lagi bergambar dengan tulisan mahal tu weh.. pas 6 tahun bukan senang-senang nak berdiri sebelah nama tu..kui kui kui :P

Kitorang singgah minum kopi panas dulu kat dalam Grazie coffee shop dalam Uni.. ye.. dalam Uni kami ada coffee shop house sendiri..

Pastu baliklah.. dah nak pukul 5 dah.. dah la jalan yang ambil masa tak sampai 10 minit pun jadi 20 minit sebab kena jalan extra careful and slowly..

Memang takde rasa nak terjatuh dah tua-tua ni..

effect dia memang boleh tahan la kalau jatuh tu kan..

Jalan atas salji ni double tenaga dari jalan atas jalan biasa..

Balik terus bukak air panas curah ke kaki..

sebab kaki paling sejuk even dah pakai 2 stokin tu!!

tak tau la keadaan esok cam mane pulak ni..

ewww

the day after snow memang ANNOYING!!!