T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

Serawa/bubur ubi keladi

Balik rumah mak macam biasa lah kalau tak menapau memang tak sah.. Kobek-kobek peti ais nampak ada keladi jenis kecik-kecik orang panggil keladi gula tu.. mak kata nak bawak balik ambiklah.. so pack 4 ketul masuk plastik.. mak cakap rebus je pun sedap..

Nak ambik banyak-banyak pun confirm laki tak makan so ambik mana yang kita nak makan aje la yerk..

Balik rumah kemas-kemas kejap, duduk-duduk kejap.. fikir bahan-bahan nak buat bubur/serawa ni cukup ke tak..

Santan- checked!

Gula perang- checked!

Sagu- Checked!

okeyh boleh teruskan plan nih..

Cari dalam google resepi nak buat serawa keladi jenis kecik-kecik ni tapi keladi jenis ni kalau nak rebus biar dengan kulit sekali sebab kalau dah dibuang kulitnya nanti dia jadi melekit-lekit.. and ada dalam blog tu jugak dia ajar better masukkan dalam microwave and masakkan setengah masak dengan kulitnya sekali tapi wrap atas mangkuk tu and bila dah lembut sikit baru dipotong kulitnya.

lepas dah masak keladi dalam microwave tu potong kulit then terus buat bubur/serawa macam biasa.. santan sikit, gula perang sikit, sagu sikit..

memula masuk sagu.. tak payah rendam-rendam..lambat seh.. just masak je sagu tu sampai lutsinar sikit.. then baru masuk keladi lepas tu baru masuk gula then masuk santan..

Sedap bila makan panas-panas.. sagu bubuh banyak pun sedap.. nyam nyam.. =)

No Comments »

Masakan penuh kasih sayang si suami

Sejak 2 menjak menjadi seorang isteri ni, balik dari kerja dah terfikir nak masak apa untuk dinner. Semua bini orang macam tu kot ye? Syukur Alhamdulillah suamiku sangaaatttlaaa baik hati dan bertoleransi… Saya bangga dengan dia.. hehehee saya suka betul kalau dia masak sebab sedap ya rabbi.. (bergelen-gelen puji laki sendiri)..

Yela sebab memang betul pun.. tapi yang bestnya dia masak apa yang dia nak masak je.. and dia memang ade signature dish yang wife sendiri masak pun tak boleh belah rasa dia.. heeeee =D

Sorry to say kami memang amalkan sama-sama buat sama-sama tolong.. Not that saya malas masak (ok kadang-kadang mood tada mari hoihh) but sometimes dia yang offer diri sendiri kan.. sebagai isteri yang taat (ecehwah) kita haruslah terima dengan tangan dan dada terbuka..

Setiap kali dia masak memang saya puji melambung-lambung sebab nak bagi galakan.. (eh tapi laki aku masak memang sedap ya hamat.. hahaha) at least dapatlah rehat-rehat or buat kerja lain sementara dia masak kan.. contohnya basuh kain, jemur kain, gulek-gulek

Sekarang rajin pulak dia tengok food channel konon-konon nak dapat ilham.. Dari dulu yours truly memang suka saiko diri sendiri tengok food channel.. sebab salah satu cara diet adalah menjamu mata dengan fiesta makanan yang melampau.. Kadang-kadang menjadi tapi bila ada laki yang rajin nak cuba nih susah pulak.. hehehe bila bini dok cakap “eee sedapnyaaaa” “eee sayang nak laaa tu..” dah tentu-tentu laki aku yang masak sebab bini dia malass.. heheheheheee =)

apapun.. saya akan makan ape je dia masak sebab dia memang masak sambil meluah kasih sayang.. kasih sayang orang bagi, harus la terima dengan tangan dan dada lagi kan? :p

Shrimp Aglio Olio

Mee goreng basah super sedap melampau

Mac & cheese

 

 

No Comments »

First Try – Kuey Teow Ladna

Tak pernah buat lagi ni. Bolehlah first time cuba. Dulu masa Angah belajar kat UiTM tu memang selalu beli dalam kampus UiTM kat tepi Kolej Mawar ke apentah. sedap tapi tu versi Kuey Teow Kungfu.. cuma yang lainnye kuey teow ladna ni , kuey teow nye tak digoreng sekali dengan telur and kuahnya lain sikit..

Resepi ni memang tiru bulat-bulat dari myresepi. Click di sini untuk resepi penuh : www.myresipi.com/top/detail/721

Tapi memang ada tukar-tukar sikitlah sebab bahan tak cukup kan. Alhamdulillah menjadi jugak lah..

Memang sedap betul. Credit to owner of the recipe. Mantopp..but husband macam tak berapa suka sangat kalau kuah yang putih-putih ni.. hihi..

Lain kali try buat yang kuey teow kungfu pulak lah 🙂

No Comments »