Resepi ringkas: Nasi goreng kimchi

 

Semalam balik kerja tengok-tengok ada nasi sejuk lebih semalam and still elok lagi..
Then bukak-bukak peti ais nampak kimchi yang dah lama beli baru usik sikit.. wow otak laju ligat fikir nak buat nasi goreng kimchi lahhhh..
tapi kena tanye big boss dulu..
kang dia takdak tekak korean kang mau nye dia nak makan benda-benda masam nih.. ye ahh tekak orang melayu kan.. aku tekak international.. semua boleh belasah..

Harap maklum yeh.. ni resepi yang dah diubah suai mengikut tekak melayu + korea + international aku nih.. so hehehhee

Apa yang diperlukan?

Nasi *nasi ni aku gune beras Pearl so dia macam jenis beras wangi and dia bukan jenis yang bercerai-cerai tu.. tapi still firm la nasi ni bukan macam nasi korea tu.. kalau ade nasi ala korea banyak kanji tu lagi sodap*
Kimchi (kimchi ni aku beli kat Jaya Jusco dalam jar kat Jaya Jusco Maluri tu.. memang ada yang local or korean made punya tapi local punya murah sikit compare to this one tapi sebab aku dah biase makan yang korean punya aku amik yang ni lah.. gambar takdak pulak tapi jenis kobis tau.. bukan kimchi yang empat segi punye or yang daun-daun hijau ni.. harga dalam RM12++ rasanya)
bawang besar 2 ulas
bawang putih 2 ulas *p/s: sebenarnye tak payah bawang pun tak pe sebab dalam kimchi tu dah ada garlic and cukup perasa dah tapi melayu kan.. mesti keroje nak menumis je..*
beef sosej * ni kalau korean dia pakai ham so korang nak pakai meat loaf tu pun okay lah sebab aku takde so aku pakai beef sosej yang kat rumah ni je.. maybe sedap jugak kalau nak letak daging cincang kot.. takpe..boleh pelbagaikan variasi dengan apa yang anda suka :p .. taknak letak pun takpe*
telur sebiji
garam
minyak masak
sedikit sos tomato

cara-cara:
Memula panas kan minyak .. tak payah banyak sangat la..cukup untuk menumis je..
pastuh sebabkan sosej tu memang straight from freezer aku terus campak je dalam kuali.. bila dah lembut sikit baru masukkan bawang besar and bawang putih..
tumis sampai wangi.. thenn barulah masukkan kimchi tu.. and kalau ada air2 dia tu masukkan pun takpe.. air tu la sedap.. nyam nyam.. masam-masam gitu..
biar dia atas api sampai macam agak garing dan tak berair sangat lah.. kimchi ni goreng dengan minyak sikit memang sedap gila..
pastuh baru masukkan garam..
then masukkan nasi sejuk tuh..
pastuh masukkan sos tomato.. yang ni kena bajet.. kalau taknak bubuh pun takpe boleh jugak.. cuma ni nak menampak merah nasi tu.. kat korea dorang pakai kochujang (red chili paste) tapi sebab takde aku belasah je pakai tomato ni and taknak pedas.. nak pedas letak ler cili api..
lepas tuh..tengah-tengah pecahkan telur and kacau-kacau sampai separuh masak then baru gaul dengan nasik ..
lepas tu kacau-kacau nasik tu sampai betul-betul takde lembab-lembab or basah-basah ke ape.. dia mcm kena basah-kering light-light sikit lah..
lepas tuuu hidangkann nasi kimchi kitaaaa~~ nyammm nyamm..
potong sikit timun makan..
then nak letak telur mata kerbau atas dia pun sedap..
makan dengan sos tomato kalo orang korea tapi aku tekak melayu tak suka sangat lah nak masam-masam sos tomato tu..

slurrpp slurrrp.. sedap rasa sampai sekarang lagi…
nak lagi laaaaahhh =)

 

Nasi Goreng Kimchi again


simple je nak masak ni.. nasi + kimchi.. goreng ajor dedua.. pastuh garam sket..serbuk lada sket..sos cili sket.. peringatan ye..nasi ni memang masam.. sebab kimchi kan masam-masam sikit..so sapa tak boleh handle kemasaman dan kepelikan rasa kimchi pls do not try this.. i warned u ! :D sesuai dimakan bersama telur mata kerbau + tomato sos.

sesuai untuk orang yang berani mencuba makanan baru sahaja please… CUBALAH HARI INI!

err.. bagi yang di Malaysia..kimchi mungkin boleh didapati di Jaya Jusco.. saya raselah :D


keropok panjang-panjang dari Terengganu.. sedap okay makan dengan nasi goreng kimchi tu.. pls abaikan yang kaler kurang menarik.. macam ni lah multi tasking… dedua nak masak sekaligus.. ngahahaha