T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

Terima kasih!

2010 memang antara tahun yang terbaik bagi aku…

aku berjaya jugak settlekan resolusi 2010 iaitu

  • Kerja
  • Kahwin

Haha sikit kan?

yelahhh bokpe nak letak banyak-banyak..macam lah jadikkan.. so baik sikit dan bermakne dari banyak tapi takdak habuk langsung..

Di kesempatan ini nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada blog ni.. dah setia bersama lama dah.. aku je yg tak setia-setia asyik tak update je la kan.. haha

Webmaster pun dah bising asal la aku tak update blog ni.. duit Nuffnang memang masuk sikit-sikit lama-lama menjadi bukit jugak..

hahaha kalau diupdate hari-hari mesti mahsyuk lagi..

resolusi 2010 yang tak menjadi adalah nak komited dengan blog ini.. susah beb.. hadoi entahlahh.. nak larik dari gaya anak dara trangtangtang ke bini orang memang susah..

takkan nak cita suma pulak kan.. nanti ramai yang muntah hijau kelabu keladak bagai..

dan..

TERIMA KASIH KEPADA YANG SUDI MEMBACA BLOG INI DARI DULU, KINI DAN SETERUSNYA (i hope so πŸ˜› )

2 Comments »

Waktu sesuai untuk berjalan-jalan ke Korea 2

Musim bunga
Selalunya selepas musim sejuk.. Lebih kurang dari bulan Mac sehingga hujung Mei tapi musim dekat Korea sekarang berubah-ubah.. to make sure paling selamat bulan April lah..

Kelebihan:
Waktu ni paling sesuai untuk berjalan-jalan sebab tak sejuk sangat and tak panas sangat.. tapi diingatkan still kena pakai sweater/jacket tapi bukan yang tebal-teballah.
Few years back ada sekali tu dari sisa-sisa musim sejuk terus panas macam bulan Julai. Masya Allah ya rabbi.. berpeluh ketiak..
tapi tulah kita tak boleh jangka musim ni walaupun kita tahu peredarannya macam mana.
Musim bunga time paling best bila bunga botkott atau sakura (bahasa jepunnya) akan mengembang cantik lawa betul..
Saya tak pernah miss waktu ni.. tapi diingatkan bunga botkott ni tak lama. Lepas hujan lebat menandakan masuk spring terus dia keluar dan akan luruh dalam masa 1-2 minggu then akan ada hujan lebat yang gugurkan semua kelopak-kelopak merah/putih sampai botak pokok tu. Barulah daun akan tumbuh balik.
Time ni memang banyak bunga-bunga lain akan tumbuh dan government suka tanam tepi-tepi jalan. cantik sangat.
My fav flower mestila tulip. bermacam-macam color ade.
Kalau sesiapa yang betul-betul minat bunga, selalunya akan ada expo bunga Korea (cuba google Floritopia Korea) dan tak sure pulak tempatnye tu akan ditukar atau stick kat 1 tempat je. 2-3 tahun lepas berkesempatanlah melawat Expo ni. Macam abah and nenek saya yang gila bunga tu of course macam dream come true.. LAWAAAAA SANGATTTT.
Almost semua bunga-bunga dalam dunia dibawak ke situ untuk dipamerkan dan dibahagi ikut negara dan jenis2 bunga.

keburukan:
Macam saya cakap awal-awal. Kadang2 masih sejuk dan bukan setakat sejuk Cameron ke Genting ke.. maybe around 10′ C – 15’C lagi.. Hujan kadang-kadang ada jugak dan boleh buatkan temperature cuaca lagi turun lepas hujan. So kena sediakan jacket lagi time nih.

p/s: My fav season! πŸ™‚ Saya rekomen pergi time Spring!

bersambung lagi ye!

14 Comments »

1 Januari 2010

12:00PM – Keluar rumah.Jumpa Kak Emy dekat depan jalan then terus naik bas.SEJUP.brrrr…

1:45PM – Sampai Yongsan station. Keluar. SEJUP..brrrrr.. Call Nade n Jerry tanya nak jumpa kat mana. Ambik cab depan Yongsan station. Pergi Itaewon.

2:00PM – Jumpa depan Coffee Bean Itaewon. Makan buffet dekat kedai Arab. First time makan makanan Arab camtu. kat luar sejuk..brrrrr

4:30 PM – Keluar restoran lalu turun ke subway station untuk ke Myongdong pulak.

5:00PM – Sampai Myeongdong. SEJUK..brrrr. Teman Kak Emy shopping. Kak Emy nak carik jacket and kasut. Masuk SPAO. Nampak baju μ†Œλ…€μ‹œλŒ€(Girls Generation) & Superjunior.. pandai ok SM Ent ni buat duit.. ish ish.. masuk FOREVER21 masuk DAISO masuk ZARA..masuk sini sana… tak makan sebab tadi buffet kenyang sangat..dah penat shopping..masuk Coffee Bean pulak.. lepak-lepak borak-borak lagi.. Aku tak amik coffee tapi beli Double Chocolate Ice blended.. non-coffee nye.. with extraa WHIPPED CREAM..setapppppp~~

10.15PM – Mengambil keputusan untuk mengikut plan..iaitu balik ke Inha.. sebelum tu dah terjebak sikit-sikit nak lepak Seoul aje tapi memandangkan next week akan ke Seoul semula.. moh kite balik rumah.

Almost 12AM – Sampai rumah safely.. terlepas naik Rapid to Dong-Incheon so naik yang slow aje. tapi since berborak-borak takdelah rasa jauh sangat.SERIOUSLY.. memang kalau berborak..rasa sekejap aje..

4.30AM – Tidur… zzzzz

P/s: Untuk yang tidak tahu Myeongdong tu.. Sila klik sini ya : en.wikipedia.org/wiki/Myeongdong

There u go.. MY NEW YEAR CELEBRATION~ ^^

Good start for a first day of new year huh?

πŸ˜†

No Comments »

Christmas Eve di Cheonggae-Cheon & Gwanghwamun 2

Lepas puas jalan-jalan di Cheonggaecheon, sambung pulak jalan ke Gwanghwamun..

Gwanghwamun tu apa? Boleh klik sini and baca : en.wikipedia.org/wiki/Gwanghwamun

sebelah aje.. memang ramai betul orang..

masa nak melintas tu memang jakunkagum gilak ahhh…

siap nak melintas orang Korea siap buat bunyi-bunyi lagik WoooWoooo …

haha apesal pun tak tahulah tapi memang aku yang dari cerukIncheon ni pun excited lebih tengok ramai betul orang.

Yelah.. kat depan Inha University tu pun bukan nya tak ramai orang tapi sebab sekali-sekala pergi Seoul memang serius jakunkagum..

Gambar ni semua kat area Cheonggaecheon lagik.. gambar memang tak berapa elokla.. kamera pun murs murs aje kan..

so gambar pun nak tanak yo kuar ni ha..

kena beli baru la kan kamera ni kan kan kan bang kannnnnnn

macam ni la rupenya dengan ramai orang.. masa ni baru pukul 8 macam tu kot. orang memang penuh betul.. semua datang bukan buat apa pun.. ambik gambar aje rasanya and ada la stage tapi macam tak ada artis pun. cuma orang biasa naik atas and menyanyi je. Mostly yang nampaknya memang couple je banyak keluar sama-sama.. selain dari family. Memang Krismas kat Korea ni sambut sama-sama boyfriend / girlfriend aje.. or kawan-kawan bagi yang single-mingle tu…

cubaan ambil gambar bersama Aya.

No Comments »

Kerja dan main!!

stimulation

running

Untuk pengetahuan diri sendiri..

sila jangan leka.. anda sedang berkerja.. membuat coding untuk game..

haha comel kan? saya diarah untuk membuat kerja berkaitan game.. sungguh comel Prof kesayangan Akomal tu..

Baik hati betul bagi main time dalam kelas ni ye..

haha baik la sangat..

pening betul nak code TAC SCM( Trading Agent Competition) ni okeyh..

Perkara paling penting..

kena make sure agent saya bernama EJEN tu berjaya menghasilkan berjuta-juta wang kepada tuan (read: sayaaaaaalaahhhh)

Kelmarin main RUGI SESAJORKKKK~~

pastu tengah godek-godek..

dan keh keh keh keh.. AKHIRNYA TERCAPAI JUGAK IMPIAN MENJADI JUTAWAN!

EJEN BAWAK BALIK 10 JUTA TUHHHHH.. *walaupun dalam game sahaje..*

Siapa kata belajar IT Engineering tak best?? SAPAAA AJEEEE boleh main game time belajar haaaaa…

p/s: Busy belajar untuk 쑸업고사 ..

p/s2:ecehh wah..busy sempat lagi nak update blog..!!

1 Comment »