T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

Cerita raya

Bila habis puasa
memang tak sudah-sudah lah orang duk bercerita pasal raya lah, rumah terbuka lah, masak-masak lah, etc..
standard betul..
last Rabu lepas ,para penjelita Inha Uni buat makan-makan sambutan raya+ birthday Akma secara potluck..

banyak gila makanan malam tu.
gambar pun ada tapi segan mahu upload banyak-banyak sebab rumah penuh barang-barang..
huhuhuhu..
biasalah..
rumah kecik sahaja.

habiskan bekalan nasi impit lalu membuat ayam rendang instant , menambah dengan masak lodeh kuning serta merajinkan diri memasak sambal sotong..

orang lain datang bawa macam-macam..
Deera bawa caramel puding yang sangat mantap manisnya..
Su bawa cucur ikan bilis yang lembut..
Akma bawa rendang daging tak sedap katanya( padahal sedap nak mamps! :P) serta nasi impit..
Kak Emy buat puding kastard cocktail..
Farra dan Alin bawa air setap2 sekali πŸ˜€
Kak Gee bawa kuih raya dari Malaysia. Bilqis pun sama juga bawak kuih-muih..
Nada derma ketupat palas ..
Siti dan Ely bergotong-royong buat karipap kelim n agar-agar..
meriah betul!!
sangat-sangat banyak makanan tapi Alhamdulillah..
selamat ditapau πŸ˜›

hehehehe

itu yang kita mau..

yang penting??

KERJASAMA! πŸ˜›

IMG_2645

IMG_2649

IMG_2648

p/s: Siti ngan Ely takde dalam gambar sebab tak sampai lagi .proses kelim karipap nampaknye ambil masa sangat lama betul.. gigih sungguh! πŸ™‚ thankss koranggg sudi datang n kumpul ramai-ramai… nak jemput ramai-ramai pun rumah sekangkang aje dengan kangkangan kera… so tak dapatlah nak jemput ramai-ramai.

6 Comments »

Sepasang kuih raya

Sebelum kita mulakan sesi pertunjukan kuih raya 2009..
mari tepuk tangan untuk cik basirah sebab berjaya buat sepasang kuih raya untuk dijamu diri sendiri pada pagi raya.. keh keh keh..
mak pun tak caye nokss..
mak yang tangan keras ni boleh berjaya membuat kuih kegeramankegemaran raya ni noks..
hahaha clap clap clap..
tepuk tepuk pengakap..eh apehal tibe2? haha

IMG_2503

tanpa melengahkan masa, mari kita memperkenalkan.. cik cornflakes sultana cookies~~ yeaaa.. telah dibuat menggunakan cornflakes yang masuk hangen .. haaa walaupun jadik.. kau imejin jelaa sendiri camno dalam nya yang macam ala-ala lemau tapi masih sedap dimakan .. hehehe kuih pertama biasela.. mane purffecto lagik..

IMG_2502

mari berkenalan pula dengan my choco chips cookies with pecan.. ha pecan nak jugakk disebut.. haha.. yelah kalo sesapa alah pecan tu mesti tak terliur langsung. sama macam kalau tengok blog orang lain nampak sedap tapi caption tulis mee goreng mamak takda telur.. mesti tak boleh celen mee goreng mamak yang ada telur πŸ˜› keh keh keh

IMG_2501

Gambar sesi sampling kuih.. hahaha yela.. buat kuih time puasa la katekan..

camno la nak rase merase ni..

main bajet2 ajelah..

seb baik sodap..

hangus je yang tak boleh control.

den tak pandai laie nak kontrol api letrik ni.. tu yang logam2..

takpe!!

yang hangus sudah selamat masuk dalam perut untuk dihilangkan bukti masak kuih hangus.. nanti bakal mak mentua ai nampak matilaa yeww.. he he he he..

p/s: KEPADA RAKAN TAULAN YANG NAK MERASA KUIH BUATAN KAKITANGAN SAYA SILALAH DATANG KE RUMAH YEA πŸ™‚ * sambil korang doa yang tukang buat tak tinggalkan serdak aje di pagi raya nani*

9 Comments »

Bergerak maju

Sebanyak segerombolan kad raya telah selamat dipos pada awal minggu lepas dan tidak expect penerima sekalian boleh terima sebelum raya tapi..

semalam penerima pertama, Fay jelita cakap dah dapat kad..

and then adik pulak YM cakap dah dapat kad raya + duit raya (sorry to other sisters.. duit raya tahun ni hanya terbuka untuk yang berumur 14 tahun ke bawah sahaje harap maklum)..hahaha

so saya mengandaikan yang almost semua orang dah dapat/mungkin akan dapat dalam beberapa hari lagi.

Bagus betul POST KOREA ni..

like their service very much!!

seriously..

nak compare with POS MALAYSIA..

adalah sangat jauh seperti buah kelapa dan akarnya.

bukan mengagungkan kecekapan orang asing but weyhhhh dorang sangat pantas,laju,cekap,bersih,amanah dan memang customer service die boleh dikatakan NUMBER 1 in the world okey.

tu tak dinafikan.

Tunang saya yang menghadirkan diri bulan lepas pun cakap benda yang sama.Β  Orang kedai kat Korea ni tend to greet people very very very very nicely eventho dorang tak boleh cakap bahasa Inggeris wutsoever.. serious ..

kita rasa sangat dialu-alukan eventho memang niat takde nak beli pun.

kalau kite keluar pun dorang beramai-ramai akan jerit secara sopan sambil berkata Selamat jalan dan sila datang lagi.

Malaysia? *tutup mulut sambil pandang-memandang*

tak payah explain pun dah tau. or worst.. dah pernah experience teruk kat McD seksyen 3 drive-thru tu.. bolehla search di Kotak SEARCH tu kalau nak tau ye.

Bila aku tanya berapa hari ambil masa nak sampai kad2 ni..and dengan muka yang sangat manis (since aku memang da selalu berurusan dengan dia hantar bermacam jenis parcel mahupun dokumen) and she said.. it will take 5-6 days or 1 week..

tapi????

jangkaan ajuma tadi adalah SALAH!

salah in a good way laa sebab LAGI LAJUUUUU NGKAUUUU..

i sent it on Tuesday noon dan 1st card arrived mungkin Sabtu.. yea Sabtu kot.. haaaa kira laaa berapa hari!!

Bagus ke tak bagus???

plus barang/dokumen tak pernah lost! (sebab last year bulan puasa la mengalami masalah kritikal dengan POS MALAYSIA yang telah lostkan baju raya yang dihantar oleh tunang saya pada 2nd day of puasa tapi arrived 3 bulan selepas.. ha bagus la kan..

orang nak pakai baju tu untuk raya aidilfitri..

alih2 raya haji baru dapat pakai..

BAGUS BETUL!

see?? macam mana la tak kutuk.. memanglah kalau boleh nak berbangga sebab menjadi salah seorang Malaysia tapi servis tu kadang-kadang hishhh… jangan cakap saya poyo marah-marah itu ini bajet bagus tapi kerajaan Malaysia pun hantar pergi Korea ni suruh belajar bukan sahaja teknologi tapi cara orang Korea bekerja, hidup etc ..

Duduk sini 6 tahun so saya dah biasa dengan sikap orang Korea yang sentiasa amalkan 빨리 빨리 (palli palli) iaitu CEPAT CEPAT!!.. bila kita buat sesuatu kerja dengan cepat( DENGAN BAGUS LA BUKAN CEPAT-CEPAT TAPI HAMPEH) so boleh memajukan kita dari setiap segi dan bidang. ewah..pandai betul aku merepek tapi itulah yang aku dapat bila dah belajar ye 6 tahun kat sini.

kesimpulannya?

aku memang akan sedih bila tinggalkan Korea nanti =(

2 Comments »

Rasa gembira tapi rasa bersalah yang amat sangat

Huhuuhu..

tak tau nak cakap apa perasaan sekarang ni..

tapi sangat happy once i found out about it.. eh ape tu? *biarlah saya dan orang itu je yang tahu.. yess u!! haha eventho orang tu mungkin amat jarang membaca blog picisan ini tapi at least orang tu akan tau la saya special nya membuat entry ini untuk menyatakan kekesalan teramat sangat*

Saya adalah penjenis senang berkawan .. tu memang tak dapat disangkal tapi saya mengaku seikhlas hati yang sumtimes tak terlarat untuk melayan berjenis-jenis kawan * bukan riak banyak kawan tapi memang kawan rakan sahabat taulan memang ramai ok*

bila orang PM/YM/EMAIL bila tengah syok and tajuk hot topics memang saya bersemangat betul sampai tak sempat-sempat nak tulis beribu baris ayat..

tapi bila ada satu tahap di mana saya adalah pemalas seperti Garfield..

saya ignore semua yang di atas.. MEMANG LAAAH JAHAT DAN TAK BAIK..

tp saya adil kat semua orang okk..

πŸ™

ohh noo..

rase bersalah yang amat sangatt nihh.. haihh camnee?? *big sigh*

tapi bila satu tahap rasa-rasa macam dah lama betulll lah tak bercakap dengan mamat/minah ni..saya bersungguh-sungguh akan menebalkan diri bertanya khabar dan berhelo bagai..or call direct ngkauu!!!~~

seriously..

tak percaya tanyalah kawan-kawan dari sekolah rendah tu..

cukup 12 tahun baru teringat nak carik dalam Facebook dan akhirnya jumpa.

Tu kawan baik tu.. dari darjah 3 sampai darjah 6 tu..sama-sama pergi sekolah..sama-sama duduk dalam kelas selama 4 tahun.. boleh tak lepas tukar sekolah menengah terus tak contact??

tapi tak pernah lupa la.. masing-masing pun busy ..

SUMPAH DEMI ALLAH tak pernah lupa kawan-kawan yang baik and will remember all the things lah..

cuma yang buat PALAT je aku kunci pintu hati mata dada rumah semua dari diri sendiri okkkeyyy…

adala beberapa orang kawan yang selalu YM/Email bagai dulu-dulu tapi suddenly senyap macam tu je..

err..

okay mari kite recall yea..??

awal 2006-saya aktif berYM/Email bersama rakan-rakan (special lelakila) sebab di kala itu saya ni ade bf pun macam takde bf..(bf saya buta IT dan kaki clubbing 24 jam la takmo layan aku kannnn .. pfftttt *haktuih*) dah jadi ex dah pun.. Alhamdulillah..

tengah 2006-jiwa kacau

akhir 2006-jiwa lagi kacau lagi serabut.. sedangkan abah saya pun saya tak call/SMS mahupun membuang sebarang kenyataan apatah lagi lelaki lain yang bukan ABAH saya..

awal 2007-saya dah kembali ceria tapi jiwa masih kacau. saya berbaik-baik semula dengan ABAH saya dan saya mengaku saya rindu ABAH sepanjang saya menjadi anak derhaka tak kawan abah saya πŸ™

tengah 2007- masih jiwa kacau. sampai tension..bila kisah jiwa kacau ni nak habis?? akhirnya terurai semua kekusutan.

akhir 2007- hidup yang suram makin cerah * sambil nyanyi lagu Hujan*

awal 2008- 1 perjanjian sebelum ikatan dah terikat sikit.. *1 kali ikatla..belum simpul mati*..memasuki alam-bahagia-mode

tengah 2008- baru betul-betul bak kate orang macam sudah clear dari masalah-masalah jiwa kacau

AZAM 2009?? Menjadi manusia yang berguna buat agama.bangsa.negara.JPA.family.rakan-rakan.sahabat-handai.rakan-taulan.

haa.. kan dah cakap..

camtula cite die..

do u believe it now??

πŸ™‚

:05:

No Comments »

Gambar itu penting..

Ya! Gambar dalam blog adalah sangat penting…
itu tidak dapat dinafikan oleh saya yang sudah bertahun-tahun (eceh macam la dah beribu tahun) memblogging..

Disebabkan saya agak sibuk beberapa minggu lepas kerana kedatangan kekasih hati seseorang(sekarang tengah merajuk kalau dah habis merajuk boleh ganti balik)lalu membawa berjalan-jalan ke sekitar Incheon, Seoul dan terus mentravelkan diri ke Busan untuk beberapa hari.. Namun disebabkan ketiadaan GAMBAR jadi saya harus tunda dan tunda tunda beribu kali tunda untuk update cerita pengembaraan saya..

Kalau kamera saya tidak rosak dijatuhkan oleh Danish mungkin saya sudah lama update cerita-cerita bergambar saya tetapi apakan daya, GAMBAR-GAMBAR mahal bukan berada di tangan saya dan tahukah anda saya langsung tidak mempunyai sebarang gambar sekarang kerana kamera Olympus lama saya yang telah dibawa oleh seseorang itu juga tidak dapat diupload ke dalam laptop saya jadi saya harus menganga diam diam ataupun merajuk seperti sekarang senyap2 sebab orang itu macam tak paham paham pula kenapa saya nak gambar cepat-cepat.

Kamera itu bukan saya punya jadi saya malas mahu meminta-minta banyak kali.. Macam orang takde kamera pulak kan..

ohhh whatever.. (eh berbahasa orang putih pula)

Disebabkan cuaca di Korea yang panas ( baru je hujan mencurah-curah sampai pintu depan rumah saya bertakung air sebab bocor) jadi saya tidak berkesempatan nak pergi baiki Canon saya. Mungkin esok tapi yang pasti kena pergi cepat-cepat sebab kalau tidak nanti waranti Canon habis berlubanglah purse saya sebab saya korek-korek kerana kekurangan wang pula nanti kan.

Lepas pergi baiki pun mungkin tak akan dapat secepat mungkin..

Handphone saya juga yang sekarang ni sama macam tak upload gambar pun.. sebab sangat terukk okk..

so marilah saya tanamkan semangat mahu keluar esok pagi-pagi mahu pergi ke Juan-5-Dong untuk menghantar Canon saya untuk dibaiki.(dan berdoa agar saya tidak payah bayar apa-apa sebab saya simpan duit untuk bagi mak abah saya)

Oh semalam saya memasak nasi berserta ayam kicap pedas yang sedap (bagi pandangan saya lah..ehh?? bukan kau ni masak apa pun cakap sedap ke? hahaha) sebab saya puasa.. okay sebelum membuat konklusi baik saya beritahu awal-awal.. memikirkan Ramadhan yang akan tiba ni, saya terpanggil untuk mengingat semula adakah saya sudah mengganti puasa saya atau pun belum. Tapi seingat saya macam sudah ganti pada awal-awal raya dahulu tapi agak was-was kerana sudah setahun lebih jadi saya mengambil keputusan untuk berpuasa untuk langkah keselamatan..

bahaya tuhhh..

biar berlebih jangan kurang πŸ˜›

dan hari ni saya teringin makan nasi pattaya jadi saya akan buat pattaya fried rice versi sendiri tapi telur versi abah.. macam mana tu? dengan mendadar dua keping telur dan letak nasi goreng tengah-tengah .. haha comelkan abah? mudah dan senang ok.. tak payah risau-risau nak guna kuali besar untuk buat telur balut yang super maha besar.

OH..rindu nasi pattaya abah pula πŸ™

p/s: saya baru buat puding kastad jagung..nyam nyam.. ni belum puasa betul-betul saya dah craving macam-macam makanan sedap pulak πŸ™

No Comments »