Posts Tagged ‘south korea’

Christmas Eve di Cheonggaecheon & Gwanghwamun 1

Dec 29

Menuju ke Seoul lepas Maghrib bersama Nada..
memang tujuan nak tidur di Seoullah kami tapi since malam tu malam Christmas jadi mengambil keputusan mahu berjalan-jalan di sekitar Cheonggaecheon(청게천) dan Gwanghwamun(광화문) before balik ke hostel Hanyang University.

Call Aya dan suruh Aya gerak ke Gwanghwamun dan berjumpa di sanalah..(Oh My God sangat skema tapi perlu untuk menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu yang bagus)

Tempat pertemuan adalah di Cheonggae-cheon.Sila klik sini untuk tahu apa itu Cheonggae-cheon—-> http://en.wikipedia.org/wiki/Cheonggyecheon

Sesiapa yang datang ke Seoul tu tak sahlah kalau tak pergi sini. Kalau siang pun lawa and malam pun lawa.. sini memang betul-betul tengah bandar Seoul ni. Sebelah aje dari City Hall. Kalau naik subway, ada line terus ke Gwanghwamun. Pintu keluar nombor berapa tak ingatlah pulak ye…

Testing bateri kamera.. sambil tunggu Aya tak sampai-sampai ni.. Depan 7-Eleven ni.

Testing kamera la sangat kan.. haha ..muke tahan sejuk ok.. mau negatif ke time nih yea..

Gambar suasana malam Krismas tu.. orang Korea ni memang ape-ape perayaan pun keluar. tak pernah tak penuh pun mane-mane tempatnye pun.

Depan pokok krismas yang tinggi.. tu jela pun pokok krismas nye. takdela meriah mana sangat decorationnya pun..

FINAL EXAM LAGI!

Dec 01

Hello?
bapa lamaaa dah tak hapdet ni~~~~

haha
FINAL EXAM ok!!
i mean…

the REAL FINAL EXAM!!
(kalau tak sambung Master ke ape2 ke…this if totally my FINAL yeaaaa~)

akhirnya..
28hb Mei 2003 masuk INTEC..
1hb 9 September fly Korea..
Untuk dapatkan segulung… er no.. got my Diploma now my Degree lah..
huwaaaa~
org lain dah beranak-pinak aku terpisat-pisat kat sini ye…

so wahai gediks ku..
bersabarlah ye..
tuan mu ini akan free dalam masa terdekat..

oh since raya ari Jumaat tu aku ade graduation exam tu so tak bolehlah nak ke Embassy.. *sob*sob*..
sedihh~
tapi takpelah..
graduation exam lagi penting..
aku takde bahan dah nak buat ape-ape untuk raye..
rencah rendang takde..
ketupat takde..
tapi ada pulut sikit..
ayam pun ada sikit..
so raya haji ni aku makan pulut kuning bersama ayam beriani+cili kering+serbuk kurma.. konon-konon nak buat ala-ala rendangkan..
beriani punye rempah pun jadik la..
asal kaler nak dekat same..

p/s: tried to upload the pic but can not be upload right now.. later lah!
p/p/s:akhirnya da boleh upload pic.. hehehe

IMG_3640

Inha Girls Day Out

Nov 07

IMG_2876

IMG_2869

IMG_2890

IMG_2901

IMG_2934

Pergi Songdo Resort saja-saja sebab tak pernah pergi..
rupanya jalan yang ada banyak pokok adalah seberang pool sebelah sana.
But we had fun..
at least bila orang tanya dah pernah pergi ke belum..
kita cakap SUDAHHH :P

Pergi naik cab saje..
1000++won per person..
Ada 7 orang so memang meriah ok..
I had fun yesterday..
seriously..

Actually kita orang macam ala-ala tengok sunset tapi sebab busy ambik gambar macam ala-ala je la suasane kan..
tak romantik sangat pun.
cuaca pun takdelah sejuk melampau..
then after tu Akma kena pergi date lain pula since Su nak makan 해물떡짐(haemul tteokjjim) so terus pergi 인하후문(Inha Humun(read:gate belakang))
sepatutnya taknak makan nasi
tapi lepas da habis semua tinggal kuah je tapi teringin gila nak makan 뽁음밥(bokkem bab) pulak..
so end up suruh ajoshi buat 볶음밥 pulak..
kan dah kenyang sangat!!
haishh

pastu dorang berbaik hati teman pergi 노래방(norae bang)
jadi ke 노래방 lah kite.
tapi OST tutup pulak..
mungkin ke 결혼식(wedding) *pepandai je buat kesimpulan kan kan kan haha*
hmm so memula ingat nak try 노래방 15 000won yang ada mic stand tu la kan..
tapi terjumpa yang 노래방 10 000원 tapi pakcik adalah sangat mulia hatinya bagi starting 80 minit dan terus tambah-tambah 10-20minit lagi sebanyak 4-5 kali..
so almost 2 jam jugak ok kat situ..
dan mengikut kata pakar-pakar yang biasa pergi 노래방 (see i told you.. saya adalah jarang pergi 노래방) harga adalah okay dan bilik pun lawa and besar.. with LCD tv..*ey?? yeke?*
TERIMA KASIH AJOSHI!
kami datang lagi next time! :)

there we go..
Inha Girls Day Out..
:)
thanks korang!
u ols made my day ^^)

Aktiviti minggu lepas

Oct 01

Sepatutnya kena pergi Seoul berjumpa dengan Elly yang dah lama tak jumpa plus Sophia berada di Seoul atas urusan Tourism.. Jadi plan mahu lepak bersama..

tapi lupa diri sebab raya sakan banyak jemputan makan sini sana ..

yang ada assignment (GILAK BABUN PUNYA ASSIGNMENT!) haruslah sedar diri sebab Sophia habis kerja pukul 8 malam so memang kena lepak Seoul lah nampak gayanya.

Jadi terpaksalah melupakan niat untuk merambu ramba..

tapi ada orang tu (sambil jari tunjuk Akma) baru habis graduation exam so macam menggila nak melepas tension (ke? ) hahaha..

So ajak la jalan-jalan dekat yang tak perlu travel jauh-jauh tapi yang rasa macam jauh dari rumah.

Disebabkan musnah impian dia nak tengok Seoul Fireworks Festival 2009 adalah musnah ( ye! dibatalkan sebab Swine lahh ni!!) so bagi idea ajak main bunga api kat Wolmido.

Untuk memenuhkan kereta ajak sekali Kak Emy (yang memang tak pernah datang lagi) dan Ely so takdelah sunyi sangat kalau berdua kan..

Oh bagi sesiapa yang tak tahu , kat Korea tak boleh main bunga api kat kawasan rumah .. Illegal.. nanti kena tangkap.. (itu yang cikgu cerita lah time awal-awal datang sini) so kita kalau nak buat bbq ke main bunga api or something yang berkaitan api kena pergi tepi pantai mahupun sungai .. er dan juga mungkin perlu mendapatkan keizinan.. tak ingatlah..

tu kalau macam besar la kot. So Wolmido ni macam tepi laut dan ada jeti yang menyambungkan tanah besar Incheon dengan pulau-pulau kecik yang sekitar-sekitar tu.Tapi laut ni laut tak bertepi. Memang jenis bukan boleh mandi ke apa..

sebab kawasan belah Incheon , Seoul punya pantai tak macam pantai belah Busan, Ulsan sana.. sini agak kotor.. ala-ala Pantai Barat dan Pantai Timur lah kalau nak dibandingkan dengan Malaysia bak kata orang..

Kat Wolmido jugak banyak kedai seafood, raw fish, dan kedai-kedai permainan. Selalunya couple lah banyak datang sini.

So kami jalan-jalan ambil gambar.. Pilih 1 kedai untuk makan 찜 (jjim) .. 찜 ni macam masak sambal lah boleh kata tapi penuh dengan taugeh.. so tujuan utama nak carik kedai yang ada 해물찜 lah.. so jalan-jalan punya jalan jumpa lah jugak 1 kedai .. order 1.. second time ke third time makan jjim ni .. yang paling tak boleh lupa sampai sekarang 찜 kat area Ulsan pantai ape tah eh.. Lupelah.. tapi time tu pergi makan dengan Jerry n Nada lepas balik dari pantai..

3

fulamak.. wacakap lu.. setapppppp weyhhh.. dah la haiwan-haiwan laut dalam pinggan besar-besar and banyak pulak tu. Murah pun murah.. memang tak boleh celen Wolmido punya lah. tapi kalau dah lapar makan yo lah kan.. Yang penting kena tahan pedas. hehehehe (bangga pulak sebab aku boleh makan benda-benda pedas lepas duduk sini 7 tahun..)

5

Kitorang ambil yang Medium punya. Memang banyak.. Malam tu pun tak habis semua.. habiskan seafood aje sebab tu yang mahal. hehehe.. Ajuma la ni suruh ambil yang Medium. Aku nak ambil yang Small punya aje.

1

2

Time tengah makan tu elok pulak ada bunga api dari ferry ala cruise pulak. Lama jugak dalam 5-8 minit lah. So terubat lah hati Akma nak tengok bunga api walaupun tengok dari cermin kedai aja. Kami duduk dekat area cermin so boleh nampak view luar.

Lepas makan tu jalan-jalan sambil carik bunga api. Beli 3 batang yang panjang tu and 1 bunga api besi brand kucing macam kat Malaysia tu tapi kali ni bentuk love. gigih okay nak bakar. Siap pinjam lighter dari ajoshi kedai lagi.

4

6

Pastu try nasib main dart. Seumur hidup baru tau yang aku ni boleh je sebenarnya nak baling dart and letupkan belon. hehehehe terima kasih lah dekat semua orang yang berkenaan sebab bagi kata semangat dan sokongan yang berpadu-padu gitu. haha *cium semua orang* akhirnya usaha kami bersungguh-sungguh dapat bawak balik seekor monyet pink dan seketul tulang berwarna biru kenangan buat Akma sebab saya berusaha baling bersungguh-sungguh dart sampai tercucuk padu kat papan belon tu. hehehehe :D

Lepas tu sedar diri tak boleh main banyak-banyak so tengok orang main kat permainan ape tah nama pusing-pusing. Then sesudah sedar diri yang agak lama jugak berada di Wolmido akhirnya kami pun pulang ke rumah.

Balik rumah baru gelabah tak siap banyak lagi.. Miahahahah :D

7

makanan yang dipanggil 안주 (anju) mahupun  간식 (kanshik) makanan yang ringan dan selalunya untuk dimakan time minum  sul (arak).

p/s: Gambar ihsan dari facebook Akma :)

Cerita raya

Sep 27

Bila habis puasa
memang tak sudah-sudah lah orang duk bercerita pasal raya lah, rumah terbuka lah, masak-masak lah, etc..
standard betul..
last Rabu lepas ,para penjelita Inha Uni buat makan-makan sambutan raya+ birthday Akma secara potluck..

banyak gila makanan malam tu.
gambar pun ada tapi segan mahu upload banyak-banyak sebab rumah penuh barang-barang..
huhuhuhu..
biasalah..
rumah kecik sahaja.

habiskan bekalan nasi impit lalu membuat ayam rendang instant , menambah dengan masak lodeh kuning serta merajinkan diri memasak sambal sotong..

orang lain datang bawa macam-macam..
Deera bawa caramel puding yang sangat mantap manisnya..
Su bawa cucur ikan bilis yang lembut..
Akma bawa rendang daging tak sedap katanya( padahal sedap nak mamps! :P ) serta nasi impit..
Kak Emy buat puding kastard cocktail..
Farra dan Alin bawa air setap2 sekali :D
Kak Gee bawa kuih raya dari Malaysia. Bilqis pun sama juga bawak kuih-muih..
Nada derma ketupat palas ..
Siti dan Ely bergotong-royong buat karipap kelim n agar-agar..
meriah betul!!
sangat-sangat banyak makanan tapi Alhamdulillah..
selamat ditapau :P

hehehehe

itu yang kita mau..

yang penting??

KERJASAMA! :P

IMG_2645

IMG_2649

IMG_2648

p/s: Siti ngan Ely takde dalam gambar sebab tak sampai lagi .proses kelim karipap nampaknye ambil masa sangat lama betul.. gigih sungguh! :) thankss koranggg sudi datang n kumpul ramai-ramai… nak jemput ramai-ramai pun rumah sekangkang aje dengan kangkangan kera… so tak dapatlah nak jemput ramai-ramai.