T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

Jalan-jalan Dataran Putra, Putrajaya

Bila kami tak balik kampung or pergi mana-mana on weekend, kami selalu bawak si kenit ni jalan-jalan area Putrajaya.

Actually semua kemudahan dah tersedia di Putrajaya ni. Memang tak hairanlah kalau orang Putrajaya memang malas nak ke mana-mana sebab semua infra dah tersedia ada.

Lepas balik makan dari Alamanda, kami singgah di Dataran Putra hari Jumaat lepas-lepas. Saja nak tengok suasana Dataran Putra ni. Memang sentiasa penuh je .Malam menjelma je mulalah penuh Dataran Putra ni. Mostly dengan family yang ada anak-anak.

Kami saja je jalan-jalan sepanjang jambatan. Bila malam kurang panas lah Putrajaya ni. Sejuk aje..

20140425_204232

20140425_204237

Makin lama makin banyak pulak orang berjualan barang-barang mainan lah, sewa kereta remote lah, sewa basikal lah, sewa roller blade lah.. tapi baguslah pada sesiapa yang nak bawak anak bersiar-siar. Macam-macam ada tak payah susah-susah nak angkut dari rumah.

20140425_204242

20140425_204348_LLS

Daddy dari hari tu teringin nak bawak Maryam naik kereta kuda dekat Dataran Putra ni.Rate dia RM15 sekepala untuk 1 pusingan dataran ni. Maryam free sebab kecik lagi.. Bolehlah.. bukan hari-hari naik. JOM

Once dah pusing 1 round, dia bagi kita ambik gambar dengan kuda ni. Oklah tu.. Maryam yang paksa naik tau masa Daddy tanya pasal rate. Hihi.. pandai demand dah now..

20140425_205604

20140425_205652

Sebagai penutup Daddy belikan kucing robot je RM10.. Jadilah..

 

1 Comment »

Family Day @ Zoo Negara

image

Awal pagi Sabtu dah keluar dah sebab nak kena ade kat Zoo Negara pukul 9 pagi.. Bajet nak keluar pukul 8 tapi siap diri sendiri siapkan Maryam lagi 8.30 jugak baru keluar..

Daddy pecut la apa lagi.. nasib baik tak banyak kereta pagi-pagi.. Keluar MRR2 nice nice je dalam pukul 8.50.. Around 9 lebih dah dekat depan pintu Zoo Negara. Daddy register and ambik kupon makan bagai..

Depan pintu masuk tu dah ada shuttle yang menunggu nak bawak ke meeting point.

Maryam macam biase lah.. awal-awal je bukan main lagi.. Masuk kereta tak keluar kawasan lagi dah Zzzzz.. bertuah betul..

 

image

image

Kita breakfast dulu.. Dapat door gift stainless steel tumbler dalam each bag. Sebab buat dekat kawasan open macam ni so pandai dorang bagi tumbler and dorang bukak drink booth so boleh topap je air masuk tumbler..

 

image

Untunglaaaa Managing Director jadi Fat Cat. hihihi.. Maryam scary gilaaaa Β kot dengan orang – orang pakai costume ni.. Dengan badut pun melalak.. badut datang je dia nangis..

image

Testing out bouncy bouncy playgym..

image

Dah habis opening tu kitorang pun buat tour sendiri la anak beranak.. sebab daddy tak register untuk masuk games.. So jalan-jalan tengok binatang la kiteee πŸ™‚ Jalan – jalan sampai tengah hari pergi meeting point balik untuk lunch. Free lunch la sapa tak nak..

 

image

Lepas tu baru sambung balik jalan-jalan tengok binatang lagi. Maryam masa lunch tu pun dah tegolek dog dalam stroller.. so bolehlah mommy daddy makan dengan amannya.. Pastu baru dia bangun. Suap dia makan sikit then off we go lagi sekali..

Nak tunggu animal show pukul 3 pulak baru start nya.. Masa tu baru pukul 2.. memang tak dan la nak tengok. Dahla panas sangat.

Sebelum balik singgah beli topi dulu dekat gift shop. Daddy dapat 10% off kalau tunjuk gelang kat tangan courtesy of company family day πŸ™‚

Wee.. so mommy pilih topi biru untuk anak dara and daddy pilih topi koboi nak buat main kapal terbang nanti..

 

image

Alohaa~~ ala tomey tomey anak mommy pakai topi rambu ramba.. hik hik hik

No Comments »

Ostrich Farm, Port Dickson

After check out PD tu on the way balik nampak Ostrich Farm..
Dulu kalau berdua memang tutup sebelah mata la nak pergi sebab macam huishhh tak kuasa lah nak tengok binatang bagai..
Tapi sejak menjak ada anak nih, memang dah natural sifat ibu bapa kot kalau boleh nak dedahkan anak dia dengan macam-macam binatang. (ek?)

So alang-alang (Memang berkuasa sungguh perkataan ni) dah sampai terus la suruh daddy lajak balik pusing nak pergi tengok Ostrich Farm & Aquarium katanya.. Mommy pantang kalau nampak Aquarium ni. mesti nak pergi.

image

Pintu masuk Ostrich Farm.

Depan pintu ada tulis berapa fee untuk masuk Ostrich Farm nih. Ada jual jugak makanan yang kita boleh bagi dekat binatang dalam ni. Untuk adult RM13 per entry and makanan dedak tu RM8 (Mahai kotttt) Untuk Maryam adalah free..

 

image

Ada anak kambing dia saja lepaskan. So kita bolehlah uji keberanian dengan hulur makanan kat dia. Mommy did it.. Tapi bau kambing melekat oi kat tapak tangan. hihi..

image

Maryam first time jumpa Ostrich. First time jugak mommy beranikan diri bagi ostrich makan lepas diyakinkan berkali-kali oleh tukang jaga yang mommy takkan kena patuk. hihiihi.. first and last kot! Saja nak tunjuk berani kat anak.

 

image

Tapi benda ni jugak yang dia carik. Hish…

Sebab kat Rumah Peranginan TNB ade sebijik macam ni. dari jauh dia dah berlari lari.. Ingatkan nak buat apa rupanya nak naik menda alah ni.. voley?

image

Maryam tengok daddy bagi makan kat rabbits. Habissssssss dia pergi renyu

image

Kucing ni kucing sesat kot takpun tokey farm ni yang punye tapi dalam banyak-banyak binatang dalam farm ni.. Ni aje yang Maryam minat siap kejar-kejar tarik ekor kucing lagi @_@ Memang genetik cat lover tu ada dalam genetik daddy lahh.. Mommy kurengg sikit dengan binatang nih hihihi..

image

Ada taman baru gantikan aquarium tu kot sebab tak nampak aquarium dah just ada taman dinasour ni je. Maryam memang layan tak layan je lah.. tengokla muke seposen dia tu..

image

Okaylah.. habis tawaf. adalah dalam 30 minit kot kitorang jalan-jalan sini.. Dalam tu ada cafe yang jual burger/sate daging unta ni.. boleh lah try tak pulak tengok berapa ringgit.. ramai jugak orang berenti rehat dalam cafe tu. Mungkin takde benda lain dah kecuali duduk situ la.. Macam rugi plak bayar RM13 sorang tapi masuk tak sampai 10 minit kan.. hihii

overall memang kena perbaiki lagi.. kesian tengok unta macam sakit je .. persekitaran pun kotor la.. mungkin lecak la tapi ntah lah.. tak berapa terjaga.. pastuh macam takde benda sangat je nak compare dengan Taman yang dekat ngan Kuala Gandah tu. Situ at least ada beruang and ular bagai.. Sini memang sikit sangat binatang dia..

Apa-apa pun.. pengalaman masuk ni disimpan rapi dalam memori..

πŸ™‚

No Comments »

Jalan – jalan cari makan: Manhattan Fish Market Midvalley

Kalau ade duit belanje lebih memang selalu jalan-jalan cari makan. Yelah dah berpenat-lelah kerja sebulan nak jugak splurge diri sendiri and hubby jugak kan..
So kali ni kitorg ke Manhattan Fish Market branch Midvalley. Branch tempat lain idok pula la teman cube… Hehehe

Selalu orang kata mahal kan.. Tapi kalau nak compare, satu platter yang boleh makan 2 – 3 or 4 orang ni berharga rm49.90 so macam berbaloilah.

Lepas tengok food channel hari tu tekak ni asyik teringin lobster ajek tau.. Tapi tauler kat Malaysia ni mana pulak la nak carik lobster kan so bila dalam menu ade set Flaming Lobster so apa lagi tengah ade duit sikit nilah baru nak merasa once in a life time kan..

Lepas dah makan tu memang lepas ni tak pandang dah lah hihihi..

2 Comments »

First try – Hummus

Hummus ni kalau siapa biasa makan di restoran Arab ke Turki ke or senang cerita kedai makanan middle east mesti pernah makan hummus ni..

Kalau kat Korea memang selalu makan kat area Itaewon tu. Itaewon memang penuh dengan kedai halal banyak dari Pakistan la Arab la Turki la memacamlah.
Kalau kat Malaysia ni dulu selalu makan area Jalan Damai, KL tu.. Tapi last year dia dah tutup dah area tu so menggagaulah carik kedai lain yang ade hummus sedap.
Restoran Rawsha dah try tapi memang tak sedap.Hummus kering and roti bukan roti nipis tu tapi bagi roti macam roti nan..so tak sedaplah jadiknya..

Kitorang berdua ni memang tengah musim nak try explore makanan baru yang boleh dimasak di rumah. Hari-hari nak makan di luar pun bukannya mampu kan so better masak and makan kat rumah je.. Enjoy pun enjoy je πŸ™‚

This time kita try hummus pulakk
Bahan-bahan:

Chickpeas 1 tin
Sedikit serbuk jintan manis
Jus lemon dalam 1-2 sudu kecik
Seulas bawang putih
Tahini (sesame seed paste) sebab tak jumpa so I used sesame oil..tak banyak sikit je..
Olive oil

Cara-cara:
Toskan chickpeas dan simpan air untuk memudahkan kita blender bahan nanti.
Masukkan semua bahan kecuali olive oil ke dalam blender dan kisar halus.
Masukkan air lebihan chickpeas jika terlalu kering..
Sejukkan hummus di dalam peti ais dalam bekas kedap.
Sedap dihidangkan dengan roti arab yang nipis.
Hidang sejuk dengan sedikit olive oil di tengah-tengahnya.

Sedap makan dibuat dip. Sihat dan rendah kalori πŸ™‚

No Comments »