Satay Station, Ampang Waterfront

Lama dah bulan-bulan lepas kot teringin gila nak makan sate..
Sate Kajang Samuri memang out of list sebab tak sedap langsung dah sekarang…
Sakit hati je makan nanti..

Orang ramai review cakap Satay Station lagi sedap compare dengan satay samuri so apa lagi..
Haruslah berdrama ajak makan lepas kerja dengan suamiku yang baek hati :)

Rupanya Satay Station ni ada banyak gak la cawangan dia..
Ada kat Ampang Waterfront, kat Pandan and lagi satu kat Mont Kiara..
Paling dekat dan tak jammed mestilah Ampang Waterfront..
Dari rumah kitorang ni lalu jalan Hulu Langat sekejap je lah and tak jammed..

Pandan tu selalu jammed..and ramai orang tapi situ la kot asal dia..
Mont Kiara nye mahal sikit dari tempat lain orang kate. tak pasti lah pulak..
Tapi cawangan Ampang Waterfront ni memang besar betul.. ramai pulak tu time kitorang pergi tu..padahal weekdays okay.. agaknye kalau weekend lagi ramai..

Cara nak ke sana?
Pergi ke arah Ampang Point..terus aje sampai nak ke arah Bukit Belacan.. nanti mesti nampak deretan kedai-kedai belah kiri.. Paling hujung jugaklah baru nampak Satay Station ni satu bangunan tu 2 tingkat..

 

Selalu orang kalau makan sate mesti fikir lambat gila nak siap.. lagi-lagi kalau ramai orang kan?
Tapi Satay Station ni cepat gilaaaaa.. series cepat!!..
dahlah yang Ampang tu pekerja dia ramai sungguh! macam ramai gila la..
servis memang cepat..
ada baca review cakap masa mula-mula bukak memang servis teruk etc tapi owner dia tambah pekerja and now pekerja dia ramai sangat kot.. haha tapi bagus la kan..

Sate dia tak ingatlah berapa posen satu tapi takdelah sampai RM2 secucuk.. kurang pasti tapi memang betul orang cakap.. Sate dia gemok gilaa kot.. 5 cucuk dah macam 10-15 cucuk sate biasa-biasa kita makan tu..
and paling suka bila ada part lemak jugak..
Aku paling tak gemor kalau sate kering..
perghhhh.. baik makan kebab la kan kalau sate kering kontang..sakit gigi kunyah ..
tapi yang ni memang lembut gila..
daging dia paling sedap..
laki cheq habaq pun sedap sebab dia bukan suka sangat sate daging tapi bolehlah dia masuk kalo yang ni..

 

Kat Sate station ni takde makanan lain selain Sate dan mee rebus.. 2 tu je dia jual.. kalau malam lah.. pagi ade menu lain and kalau lunch pun ade menu lain.. rasanya sate untuk malam je kot..

Mee rebut dia mahal gak RM5 tapi portion dia banyak kot… penuh semangkuk besar tu..
Dah orang kata sedap kita nak try gak lah.. bukan suka sangat kot mee rebus tapi sebab orang kata sedap.. ape salahnye kita nak merasa..
Memang sedap lah and berbaloi bayar RM5 tu..

Air dia pulak air apple asam boi ke apantah tapi sedapppppp! :)

Lepas ni kalau makan sate memang takde maknenye nak beli kat Samuri tuh.. Memang bertukar arah ke Sate Station jelah..
sedap pun sedap. kenyang pun kenyang :)

Jalan – jalan cari makan: Manhattan Fish Market Midvalley

Kalau ade duit belanje lebih memang selalu jalan-jalan cari makan. Yelah dah berpenat-lelah kerja sebulan nak jugak splurge diri sendiri and hubby jugak kan..
So kali ni kitorg ke Manhattan Fish Market branch Midvalley. Branch tempat lain idok pula la teman cube… Hehehe

Selalu orang kata mahal kan.. Tapi kalau nak compare, satu platter yang boleh makan 2 – 3 or 4 orang ni berharga rm49.90 so macam berbaloilah.

Lepas tengok food channel hari tu tekak ni asyik teringin lobster ajek tau.. Tapi tauler kat Malaysia ni mana pulak la nak carik lobster kan so bila dalam menu ade set Flaming Lobster so apa lagi tengah ade duit sikit nilah baru nak merasa once in a life time kan..

Lepas dah makan tu memang lepas ni tak pandang dah lah hihihi..

First try – Hummus

Hummus ni kalau siapa biasa makan di restoran Arab ke Turki ke or senang cerita kedai makanan middle east mesti pernah makan hummus ni..

Kalau kat Korea memang selalu makan kat area Itaewon tu. Itaewon memang penuh dengan kedai halal banyak dari Pakistan la Arab la Turki la memacamlah.
Kalau kat Malaysia ni dulu selalu makan area Jalan Damai, KL tu.. Tapi last year dia dah tutup dah area tu so menggagaulah carik kedai lain yang ade hummus sedap.
Restoran Rawsha dah try tapi memang tak sedap.Hummus kering and roti bukan roti nipis tu tapi bagi roti macam roti nan..so tak sedaplah jadiknya..

Kitorang berdua ni memang tengah musim nak try explore makanan baru yang boleh dimasak di rumah. Hari-hari nak makan di luar pun bukannya mampu kan so better masak and makan kat rumah je.. Enjoy pun enjoy je :)

This time kita try hummus pulakk
Bahan-bahan:

Chickpeas 1 tin
Sedikit serbuk jintan manis
Jus lemon dalam 1-2 sudu kecik
Seulas bawang putih
Tahini (sesame seed paste) sebab tak jumpa so I used sesame oil..tak banyak sikit je..
Olive oil

Cara-cara:
Toskan chickpeas dan simpan air untuk memudahkan kita blender bahan nanti.
Masukkan semua bahan kecuali olive oil ke dalam blender dan kisar halus.
Masukkan air lebihan chickpeas jika terlalu kering..
Sejukkan hummus di dalam peti ais dalam bekas kedap.
Sedap dihidangkan dengan roti arab yang nipis.
Hidang sejuk dengan sedikit olive oil di tengah-tengahnya.

Sedap makan dibuat dip. Sihat dan rendah kalori :)

Resepi Temerloh- Ikan Patin masak Tempoyak

Resepi ni husband yang ajar.hahaa bagus tak laki yang ajar bini masak..
Ikan patin sangkar ni beli masa balik kampung Temerloh hari tu.. Kalau patin sangkar dari sungai Pahang dengan patin kolam yang biase jual murah-murah dekat Tesco ke Giant ke tu memang lain rasa dia.
Hari tu beli kat pasar sehari Temerloh..sekilo RM12 kot rasanya..
So better beli yang ikan sangkar kalau singgah kat Temerloh ..

Bahan-bahan:
Ikan patin
Tempoyak
Daun kesum
Cili padi
Bawang merah
Bawang putih
Cili merah
Serbuk kunyit
Serai
Sedikit minyak
Sedikit garam
Air

Cara-cara:
Tumbuk bawang merah,bawang putih,cili padi dan cili merah.Tak payah lumat-lumat sangat.
Panaskan minyak.
Tumis bahan yang dah ditumbuk tadi.
Masukkan serai dan tumis lagi sehingga naik bau.
Masukkan air lepas tu masukkan serbuk kunyit. Tunggu air mendidih masukkan garam pulak.
Lepas tu baru masukkan ikan.
Bila dah betul mendidih masukkkan daun kesum and tempoyak. Kacau sampai sebati.
Tutup api bila ikan dah masak dan hidangkan dengan nasi panas yumm :)

KL Bird Park / Taman Burung Kuala Lumpur

Link : www.klbirdpark.com/

Location: Center of KL

Kitorang berdua bosan tak tau nak pergi mana weekend.. Sementelah dah lama tak jumpa si Debab so plan nak keluar jalan-jalan bawak dia but tak nak pergi shopping complex which was not a good idea sebab aku tau nanti ade je aku nak beli… tengah-tengah bulan ni kena kurangkan perbelanjaan.. and masa tu pun rasa macam nak berjalan-jalan dan exercise sikit..nak jogging ke nak buat something sporty and extreme kitorang takde gear lengkap lah.. so penatla dek non google itu ini..

Tak pernah lagi jejak kaki kat Taman Burung KL ni.. pernah lalu tapi tak pernah masuk.. Untuk dewasa yang ade MyKad hanya bayar RM20 untuk per entry.. for 3 years old ke bawah adalah PERCUMA.. so si Debab masuk free :) thats why kitaorang suka betul bawak mamat cinonet nih..

SO after pukul 2 siap2 and gerak Ampang dulu ambik si Debab.. Dia suka betul maklong and paklong datang nak bawak jalan. Siap bawak baju spare konon2 takut nanti kotor.. Tanye nak pergi mana.. dia cakap nak pergi Taman Burunglah.. haha so sah sahla memang nak pergi taman burung la ni.. Memula memang panas ya hamat.. tapi bila dah sampai dekat-dekat tu.. tak payah risau langsung.. sebabnye.. pokok yang besar2 banyak sangat so redup je cuaca dalam tu.. memang tak kena matahari sangatla dek terlindung dengan pokok besar..

Memang sesuai untuk sesiapa yang nak bawak anak-anak kecik tengok keindahan alam and nak tengok burung..Bukan burung je ade.. memacam la ade.. yang Danish kenal dalam tu ayam serama. macam ayam atuk katenye.. haha

Kitorang sampai dalam pukul 3 macam tu and masukĀ  3 jam.. right before dia nak tutup for the day.. KL bird park ni bukak pukul 9AM sampai 6PM ye .. so tak payah beriya nak pergi pagi-pagi la rasenye kot.. haha sebab kitorang ni kalo cuti memang takkan la nak keluar pagi-pagi unless memang dah plan.. ni kate pun unplanned kan..

Bila masuk tu je kita dah boleh nampak merak, bangau, etc bersepah-sepah.. Husband belikan makanan burung+ikan dari mesin berharga RM1 sahaje. Jangan habiskan kat situ.. so boleh simpan sampai hujung nak dekat2 dah balik. Kalo tak gemukla ikan+burung kat depan tu aje.. Jauh lagi ni nak berjalan..

And better beli air dari luar jelah.. mahal la dalam. Air mineral biasa RM4.. sama harga dah dengan Ribena yang jugak RM4.. aiskrim je murah sama harga kat luar..

Depan pintu masuk

Tengah tengok ikan dalam kolam.. while Merak(peacock) his fav bird dalam bird park ni..

Teringat pulak dulu kecik-kecik ada bekas macam ni jugak .. dalam telur dapat game comel-comel..

Bagi makan

Senyum paksa oleh Maklong

Sambil mulut marah-marah ikan yang makan makanan dia campak. Dia nak bagi ikan lain tapi ikan lain yang ngap..

Danish pelik tengok burung parrot tu bercakap

Orang nak ambik gambar sorang-sorang tiba-tiba dia menyempit!

Berehat makan aiskrim.. :)

Dah kenyang sambung jalan

Tengoklah tu dia kat depan tak tunggu Paklong n Maklong

Burung merpati or crown dove

Sempat lagi 2 orang ni kannnnn….

Acara kemuncak.. 15 minit berdiri tengok monyet dekat luar exit.. taknak balik pulak tu.. lepas dah bagi 2 minit baru nak masuk kereta..

Best! Tak payah nak pergi jauh-jauh semate-mate nak enjoy scenary yang cantik menghijau nih.. Exactly 10km from our house.. and masuk KL pun tak jam time weekend kan.. We are planning to go visit Planetarium, Muzium Negara pulak lepas ni.. but tak sesuai bawak Danish.. maybe kena tunggu dia besar sikit baru boleh enjoy. Senang bawak dia ni… thats why Paklong dia tak kisah.. Maklong dia memang kalo boleh pergi mana-mana pun nak angkut si Debab ni.. Mak dia pun tak kisah sangat sebab tengah mabuk-mabuk kat rumah.. He is very cheeky so tak boring jalan-jalan bawak dia.. =) Well at least after dah penat melayan we can send him backĀ  right away to his ibu again :)

Insya Allah.. ada rezeki kami adelah.. but for now.. belum lagi.. mungkin si Dia nak suruh kita practise dulu agaknya.. yang penting usaha itu tangga kejayaan.. kan yang kan? =)

Now berdua je lahhh :) and we are happy