T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

[Review] Indoor playground Plaza Alam Sentral Tingkat 4

20140322_131951

20140322_132016

20140322_132105

20140322_133248

20140322_133529

Hari Sabtu lepas pulak, singgah Plaza Alam Sentral nak belikan modem untuk rumah parents.. malas nak redah The Mines ataupun Lowyat so ke PAS la kiter..

Nasib ada 1 kedai bukak. Lelain tu tutup taktaula tutup hari tu je ke or memang dah tutup sepenuhnye.
Makin tak hidup langsung PAS ni yea walaupun dah bertahun-tahun..

Lepas dah beli ternampak pulak indoor playground tulis promosi pembukaan RM10 jeeee unlimited time

Maryam nampak kemain dia tunjuk-tunjuk dekat Daddy dia..

Mommy tak boleh langsunglah kalau tengok indoor playground ni kan..

Walaupun rase macam bazir je tapi kadang-kadang budak-budak ni bukan boleh nampak benda-benda comel.

Dulu kecik-kecik mommy tak dapat pergi.. Atok ngan opah tak de duit nak bawak..

SO far RM10 jee stokin RM2 , parents tak payah pakai stokin tapi sorang je boleh masuk and teman.

Kecik je tempat dia tapi penuh lah aktiviti dalam tu.

Macam-macam ada.

Orang pun tak ramai.

Masa awal-awal datang Maryam dengan sorang budak je..

Gigih semua nak cuba.

Masuk dalam 45 minit je lepas tu Maryam lapar kot dah ajak keluar dah.

Tak tanya pulak budak yang jaga tu sampai bila harga promosi tapi memang puas hati la kalau tak ramai macam ni selalu.

1 Comment »