T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

[Review] Yukids Island, ONE Utama

20140315_161336

20140315_161351

20140315_161400

20140315_164357_1

Yukids Island ni terletak di Lot S307,2nd floor,1Utama New Wing. Kena masuk ke dalam sikit baru nampak papan tanda Yukids ni tapi dari luar dah boleh terang-terang nampak. Kalau carik Galactica playground tu dah dekat la tu.

Tak silap ada lagi indoor playground. Sebenar-benarnya nak carik yang dalam Aeon tu mesti murah sikit. Yang ni per kid RM28 untuk weekend RM18 untuk weekdays untuk SEJAM je.

Socks pulak RM4 per pair untuk dewasa / kanak-kanak.

Kalau nak compare dekat indoor playground Aeon Equine Park tu yang ni kecik sikit. Cuma best nye banyak belon.

Tapi masa kitorang pergi weekend tu macam tak ramai orang sangat la so rasa luas sikit. Ada bilik private untuk buat indoor party jugak. Lepas tu ada few meja untuk parents stay and tunggu.

RM28 untuk main sejam tu rasa mahal lah jugak.

Maryam pun tak kisah bila ajak balik lepas sejam.

Boring sikit kot..

1 Comment »

Percutian ke Gambang Water Park, Gambang, Pahang

Sempena cuti CNY hari tu Korea pun cuti so ambik kesempatan pergi bawak Maryam bercuti-cuti. Lama sangat dah tak pergi bercuti-cuti walaupun tujuan sebenar memang balik kampung la kan.

Rabu malam lepas kerja kami bertolak balik Temerloh. Tidur kampung 1 malam pagi-pagi Khamis terus gerak ke Gambang. Dari Temerloh lalu exit sebelum Gambang adala dalam sejam lebih. Ngam-ngam sampai time baru bukak. Orang pun tak ramai lagi.

Kami decide mandi dulu lepas mandi baru balik bilik. Memang dah book awal-awal dari agoda. Rate campur tax and service charge dalam 70USD kot. Nasib ada bilik lagi kan sebab book tu memang awal bulan Januari.

Tiket masuk untuk dewasa RM25.90 kanak-kanak atas 90cm sampai 12 tahun RM18.90 kalau tak silap.

Maryam free. hehehehe..

Cuma dalam ni tak pakai cash . pakai E-Value. Topap kat dalam boleh kat luar pun boleh. Sebab semua memang guna duit dari nak simpan baju sampailah nak makan semua mmg pakai E-Value ni. Tapi kalau nak compare Gambang Water Park dengan Sunway Theme Park.. Gambang macam banyak mainan untuk kids la.. Pool dia lebih kepada kids. Memang paling seronok Maryam la.. Nak pulak hari pergi tu tak panas tak sejuk. Mendung je. Air pulak kemain sejuknyaaaaaa brrr..

Kitorang masuk dari pukul 10 am macam tu siap makan semua dalam pukul 1 pm ingat nak mandi lagi tapi tengok Maryam dah gigil-gigil dah so terus kemas-kemas tukar baju nak check in bilik.

Masa book bilik tu kitorang book Caribbean Bay Resort tapi masa nak pergi check in tu bila tanya kaunter dia cakap Carribean Bay tengah renovation so semua kena pindah ke Arabian Bay Resort. Tak kisahlah hui mana-mana pun asalkan ada bilik.

Check-in dalam 10-15 minit . Pekerja yang uruskan check-in tu bukan main la kerja entah apa-apa. Kita ni dah penat dah buat kerja ntah apa-apa tapi aku maafkan yolah sebab mungkin akak pun penat kot ye kak.

Dapat bilik terus masuk and mandi-mandi balik. Memang kebaboom la tidur petang tu. Dahla pulak mak encik kena datang bulan. Memang timing hebat betul..

 

20140130_105141

 

 

Entrance masuk sementara tunggu daddy beli tiket masuk

20140130_105348Maryam ukur tinggi dulu πŸ™‚

20140130_110751

Dah tukar baju Yeay! lets go!

20140130_111952Obses betul dia ni nak naik pelampung ni tapi pakai kejap je sebab tak banyak tempat boleh pakai untuk size Maryam ni. Plus boleh naik 2 orang je kalau include Maryam tak boleh naik bertiga. Pulang balik je lepas tu.

20140130_151136Lepas berjemur sekejapan aje si kenit ni dah sunburn. Mommy lupa nak belikan sunblock. Nasib la labu.. hehehe

Overall memang sesuai bawak budak-budak kecik besar Maryam ni nak main air kat sini compare Sunway Theme Park. Sekali-sekala kan memang ok sangatlah. Makan dalam tu pun tak mahal sangat standard menu dengan set air sekali below RM14 ada nasi lemak nasi ayam nasi minyak burger etc.

Kami pergi tu memang time baru start cuti sekolah and bukan weekend so memang tak rasa crowded langsung lah. Tak sure pulak kalau hari weekend macam mana. Mungkin time peak penuh gila la kot. Bukan besar sangat pun tempat dia. Plus ramai yang datang lepas check in hour tengah hari sebab automatically kita akan dapat voucher diskaun lepas check in hotel.

Kami punya bagi dekat cousin Maryam je masuk nak main air πŸ™‚

Oh BTW, bilik yang kami book tu memang include 2 person breakfast sekali. Menu dia memang banyak jugak lah. No wonder kalau walk in harga dalam RM50++ kot rasanya. Tak sempat pun nak mandi pool hotel sebab dah penat puas main air dekat Water Park.

Pukul 10 pagi terus check out Β and balik Temerloh semula =)

No Comments »