T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

Checklist ibu dan anak

Hospital Checklist

*utk ibu*
Kad merah
Kad pengenalan
Handphone

*Dalam wad*
Baju/Blouse sehelai (untuk pakai masa balik)
Kain batik (untuk pakai masa balik)
Tudung sehelai (untuk pakai masa balik)
Stokin
Bra
seluar dalam
Disposable panties
Nursing Bra
Sweater
Tuala mandi
Peralatan mandi(sabun,pencuci muka,berus gigi,ubat gigi)
Maternity pad
Selipar
Sikat

*Makanan & Minuman dalam wad*
Termos air panas
Milo & oat 3 in 1
Biskut
Roti

*utk bayi*
Baby Diapers
Baju
Minyak Telon
Baby wipes/wet tissue
Tuala mandi
Stokin/sarung tangan baby
Peralatan mandi
Selimut/bendung
Barut
Topi

 

Since aku dah register untuk bersalin kat HUKM dan setelah digodek-godek dalam google.. HUKM bagi baju sendiri masa dalam wad so just prepare sepasang or 2 pasang baju sendiri.. Beg untuk mami n baby dah lama dah kemas dari genap 28 weeks.. kite baik ready awal-awal.. then masa dah 30++ weeks dah letak dalam kereta dah pun just incase masa balik Johor aritu.. baik prepare awal-awal orang kata. Macam kad merah tu memang sentiasa dalam handbag.. tukar handbag pun memang aku bawak sekali.. pergi kerja pun bawak.. bukan semata-mata check up aje baru bawak.. Kita tak boleh jangka kan.. buku merah tu la yang paling penting sekali..

Nasib baik minggu ni dah dapat gaji.. so sekarang dah masuk 35 weeks.. haruslah pergi topap apa yang takde lagi…

Perasaan cuak tu memang ada.. tak tipulah kalo cakap boleh relax je.. tapi bila makin baca pengalaman orang and dengar pengalaman orang.. kite kena siapkan mental and fizikal lah .. lepas ni title pun bertukar.. tak boleh malas-malas lagi…

No Comments »

Ujian BSP di HUKM

Disebabkan HUKM taknak terima BSP yang aku buat selalu kat Klinik Kesihatan tu so jadinya kenalah buat pulak kat HUKM.. layankan ajee.. tapi kali ni tak guna glucometer tapi dia ambik darah sebekas tuh.. 4 kali eh 5 kali sebab lagi satu untuk hba1c punye test..
berlebam-lebam tangan lepas dia amik tu..
nurse akan bagi borang hijau then pergi kaunter bayaran, bayar RM5 untuk yang bukan under GL then pergi makmal and makmal akan masukkan dalam buku appointment dorang.

Hari test tu datang terus pergi makmal je sebelum pukul 9 pagi.. sebab kalau lepas pukul 9 dia memang taknak cucuk dah.. maybe suruh buat hari lain pulak..
then balik and datang balik pukul 11.30 di makmal yang sama..

kemudian untuk 3rd round pulak.. pukul 5 petang kena pergi kat PAC iaitu ape tah eh nama panjang dia cuma dia untuk kes kecemasan untuk O&G punya patient la.. macam nak terberanak etc bagai.. pergi situ and tunjuk borang hijau and tunggu nurse panggil.. so nurse pun cucuk macam biase and suruh datang lagi pukul 10.30 malam (pre-bed) .. so tunggulah sampai jumpa doctor di DAYCARE for O&G which is located at 1st floor.. tak payah pergi klinik bawah tu.. naik lif atas tingkat 1 and nampak terang-terang DAYCARE so tunjuk lagi satu borang hijau and kasik nurse..

Nurse akan panggil and kita akan jumpa doctor.. and doctor akan review result BSP tuh..

so far HUKM nye result maybe lagi accurate sebab dia buat test maybe lain sikit dari glucometer yang maybe tak berapa accurate la pada pandangan dia kan..

Sebabkan after breakfast nye result tak berapa cantik which was 6.7 mmol and di mana sepatutnya normal tapi doctor tu kate kena make sure 6 and i was like hah? doctor ni biar betul.. hahaha layankan aje lahh doktor.. so kesimpulannye.. pergi lagi next 2 weeks =)

No Comments »

Nak booking hospital untuk bersalin – HUKM

Ni cerita last Dec nih tapi biasalah.. malas punya pasal tertangguh-tangguh baru nak hapdet..
Prosedur dia macam nih.. disebabkan aku ni ada GDM (diabetis ketika hamil) so aku disarankan untuk book hospital dengan kadar segera. just in case lah..

So macam mana prosedur dia?

Bila pergi Klinik Kesihatan tu.. aku pun tanya lah misi macam mana nak book hospital..
Misi kata nanti jumpa doktor and mintak referral letter dekat doktor untuk booking hospital. Bila doktor dah buat surat tu.. baru boleh bawak surat tu and pergi ke hospital pilihan anda.. (mostly ni untuk kes yang hospital gomen/ semi gomen) Sebabkan rumah aku dekat dengan HUKM, so aku pilih HUKM untuk delivery nanti.. 5 minit je dari rumah sebenarnye so macam lagi senang kan kalau ada apa-apa..

Sebabkan hari kitorang buat tu kitorang cuti haruss la aku ajak terus je laki aku pergi HUKM nak book tu.. Aku dah call dulu dah HUKM bahagian O&G and dia cakap untuk first time just datang je bawak referral letter tu untuk book kan another appointment untuk first check up.
So lepas pukul 2 kitorang pergi HUKM pulak..
Besar jugak HUKM tu kan.. Masuk-masuk je dah nampak dah bahagian O&G.. tang parking la susah kat HUKM ni.. tapi sebabkan ada jockey parking aku ingat nanti kalo aku datang sorang buat appointment aku guna jockey parking jelah.. tak kuasa aku nak menapak jauh-jauh carik parking ..tak tau la berapa ringgit tapi tak kisah sangat dari aku yang kepenatan kang.. dahlah parking dia besar..

So sampai kat situ terus jumpa misi.. tunjuk misi surat doktor and die terus book kan next appointment and terang serba-sedikit .. and siap ada kelas antenatal this coming Jan so macam wow okaylah aku pun boleh join sekali dengan laki aku kan.. carik kat luar semua tak kluarkan jadual untuk 2012 lagi.. dah alang-alang tu baik pergi je yang HUKM ni..

Dan kat kaunter tu ada siap sekali kos dan jenis rawatan.. Kalau nak yang specialist tingkat 7.. tapi laki aku cakap kalo bawah pun sama je takdela teruk mana.. aku pun dah biase dah dengan nurse Klinik Kesihatan yang boleh tahan mulut and ganas sikit kan tapi semua hati baik-baik je sebenarnye..

Untuk first check up nanti kena bayar RM30 untuk first register and RM20 untuk scan.

Senang je sebenarnye 😉

2 Comments »