T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

Tips untuk sesiapa yang belajar/melancong di Korea

hei! i nak pergi for exchange student to korea..but risau sikit pasal expenses.. so nak tanya kat korea foods, pakaian, accomodation mahal tak? sebab for that program, elaun only will be given for flight ticket and preparations. lain2 expenses di sana adalah tanggungan sendiri tapi mereka boleh carikan biasiswa untuk kami tapi tak confirm lagi lah pasal scholar tu.. so nak tanya pasal 3 soalan yang penting jugak..1, mahal tak cost di sana? biasanya untuk makan sehari berapa RM ye? if you can, convert lah ke RM from korea won..lagipun tak faham sangat dengan sistem duit korea sebab kadang2 tengok cerita korea memang tak faham pasal duit dia..2, nak tanya pasal muslim food senang tak dapat kat sana..senang tak dapat n banyak tak restaurants for muslim n last skali, saya nak pergi exchange ke pukyung national university. lecturer ajar dalam bahasa inggeris wholly or ada yang ajar bahasa korea? thanx! hope to get your respond ASAP! – izuanmusa@gmail.com

 

Maaflah encik.. saya ni bukan 24 jam blogger tegar so tak boleh nak jawab cepat-cepat. Blog ni blog personal yang bila saya rajin saya tulis.. tapi tergerak hati nak share info pengalaman saya di sana. BTW untuk pengetahuan semua yang berminat nak sambung belajar/ duduk Korea ni.. Saya dah lama balik dari Korea.. saya dah grad tahun 2009 dan balik sini 2010 .. eh? baru tahun lepas :p tapi rasa macam dah lama sangat lah.. maybe hidup kat Malaysia ni yang pergi balik kerja ni buat rasa macam dah bertahun -tahun balik Malaysia kot..

Ok mari cerite satu-satu:

mahal tak cost di sana?

Mestilah mahal kalau nak compare dengan duit kita.. duit sana 1000 won sekarang maybe dah RM3 macam tu kot.. tapi ikut pasang surut.. time saya datang dulu baru RM2++ je tapi makin lama makin naik lah.. standard.. 1000 won tu macam RM1 dekat Malaysia.. 1000 won boleh dapat air mineral tapi kadang-kadang ikut kedai ada air mineral 500 won.. so kire sendiri lah mahal ke tak :p

biasanya untuk makan sehari berapa RM ye?

Nak makan pun satu cerite jugak.. untuk diingatkan lagi sekali, Korea tu negara bukan Islam.. makanan halal susah nak carik.. memang lah lagi susah kalau kite duduk jauh dari Seoul..kebanyakan restoran yang halal ada di area Itaewon aje.. jadi makanan lain adalah dengan makan makanan yang ada seafood.. itu pun kalau korang lalu lah.. selalunya kalau makanan restoran halal dia ikut buffet.. seorang 10 000 won paling murah dan paling mahal dalam 30 000 won ikut restoran.. dan ini mostly di Itaewon, Seoul ye.. Macam saya pernah duduk di Incheon ada kedai halal di Dong-Incheon.. Makanannya dalam 5000 won ++ untuk paling murah dan seterusnya.

Untuk yang gamble dan boleh terima makanan korea..  bolehlah makan kat shiktang/warung/kedai makan yang bersepah-sepah tapi diingatkan kena pandai mintak makanan sebab kalau tak pandai nanti susah pulak sebab mostly kedai ni pun ada yang jual pork sekali..

Usually untuk budak Malaysia yang duduk di Korea ni duduk setempat dan mostly memang dari zaman senior-senior makcik pakcik korea ni dah kenal and tahu yang budak Melayu Malaysia memang tak makan pork dan ayam dan daging yang tak disembelih so dorang memang takkan bagi kita makanan yang mengandungi unsur-unsur tidak halal.. untuk 1 hidangan dalam 4000 won-5000 won (area Seoul) dan 3000 won – 4000 won (area Incheon).. so bajet lagi skali 🙂

lecturer ajar dalam bahasa inggeris wholly or ada yang ajar bahasa korea

Saya tak sure pulak sebab saya tak pergi universiti yang encik nak belajar tu ye.. so ape kate boleh call or email je department encik tu untuk dapatkan kepastian.. selalunya kalau diploma/ degree memang fully korean unless kelas BI.. tapi depends lah.. ramai je professor Korea memang tak suka cakap BI sebab tu bukan bahasa rasmi dia..

 

Jadi.. untuk sesiapa yang nak jadi exchange student mahupun belajar di Korea..  memang tough sikit sebab bahasa Inggeris tu memang tak banyak dipraktikkan.. cubelah amik kelas bahasa Korea or belajar sikit-sikit dari Internet.. pasal pengiraan duit pulak cube belajar dan hafal dari sekarang.. mana ada benda senang dalam dunia ni kan 😉

 

Hope dapat bantu serba sedikit..

4 Comments »

SNOW at INHA University 2

tengah tunggu Kak G datang.. masa ni baru lepas makan kat kedai ajoshi feveret..Double Double.. makan 참치찌개(camchi jjigae=tuna hot stew) and 생선구이(saengsun gu-e=ikan bakar)

kak besaq stim tengok salji banyak-banyak..mata pun tak boleh dah nak bukak ke noks? Siti memang niat dia nak bergolek-golek dalam snow aje.. hahaha

kakak besaq aku tepi hi-tech..

sejuk-sejuk tapi gigih gak nak main.. balik rumah.. hamekkk.. kaki semua gatal-gatal sebab sejuk sangat.. terus curah air panas je..

OMGGG sila abai minah depan yang GEBU tu pleaseeeee

2 Comments »

Christmas Eve di Cheonggae-Cheon & Gwanghwamun 3

Lepas tu bergerak pulak ke Gwanghwamun…

sejuk memang sejuk tak terkira lah..

time ni masing-masing pun dah malas berhimpit-himpit dengan orang..

Ni kat area depan jalan besar .. turtle ship ke apetah.. something like that..

nak tengok dekat pun ha cube tengok kepala orang-orang tu. Dahlah kat Korea ni orang-orang dia tak kire laki ke perempuan ke memang stok tinggi-tinggi pokok kelapa betul.. terjengket-jengket nak meredah orang ramai tu ha..

Lepas tu balik naik subway and singgah Wangsimni(왕십리) Enter 6 punye shopping complex.. dalam tu ada E-mart.. teringin makan kek.. tapi sudahnya beli kek kat Paris Baguette aje.

Makan kek dalam bilik adik-adik batch 85… har har har.. sekali-sekala jumpa memang 짱 betul ah..

sampai terdemam-demam aku dengar cite dorang ni ok.. hahaha 충격 받았어..

Aku macam biasa tak boleh tido.. layan dorang-dorang ni borak esok nya tak ikut pegi makan kat Sultan nye kedai kebab baru bukak kat area Jonggak Station(종각역) ..

Untuk muslim yang datang Seoul and nak carik makanan halal boleh pergi kat Jonggak Station tu kalau ade dekat-dekat area situlah. ni cawangan lain selain kat Itaewon tu.. menu pun banyak jugak selain kebab..

2 Comments »

Christmas Eve di Cheonggae-Cheon & Gwanghwamun 2

Lepas puas jalan-jalan di Cheonggaecheon, sambung pulak jalan ke Gwanghwamun..

Gwanghwamun tu apa? Boleh klik sini and baca : en.wikipedia.org/wiki/Gwanghwamun

sebelah aje.. memang ramai betul orang..

masa nak melintas tu memang jakunkagum gilak ahhh…

siap nak melintas orang Korea siap buat bunyi-bunyi lagik WoooWoooo …

haha apesal pun tak tahulah tapi memang aku yang dari cerukIncheon ni pun excited lebih tengok ramai betul orang.

Yelah.. kat depan Inha University tu pun bukan nya tak ramai orang tapi sebab sekali-sekala pergi Seoul memang serius jakunkagum..

Gambar ni semua kat area Cheonggaecheon lagik.. gambar memang tak berapa elokla.. kamera pun murs murs aje kan..

so gambar pun nak tanak yo kuar ni ha..

kena beli baru la kan kamera ni kan kan kan bang kannnnnnn

macam ni la rupenya dengan ramai orang.. masa ni baru pukul 8 macam tu kot. orang memang penuh betul.. semua datang bukan buat apa pun.. ambik gambar aje rasanya and ada la stage tapi macam tak ada artis pun. cuma orang biasa naik atas and menyanyi je. Mostly yang nampaknya memang couple je banyak keluar sama-sama.. selain dari family. Memang Krismas kat Korea ni sambut sama-sama boyfriend / girlfriend aje.. or kawan-kawan bagi yang single-mingle tu…

cubaan ambil gambar bersama Aya.

No Comments »

Christmas Eve di Cheonggaecheon & Gwanghwamun 1

Menuju ke Seoul lepas Maghrib bersama Nada..
memang tujuan nak tidur di Seoullah kami tapi since malam tu malam Christmas jadi mengambil keputusan mahu berjalan-jalan di sekitar Cheonggaecheon(청게천) dan Gwanghwamun(광화문) before balik ke hostel Hanyang University.

Call Aya dan suruh Aya gerak ke Gwanghwamun dan berjumpa di sanalah..(Oh My God sangat skema tapi perlu untuk menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu yang bagus)

Tempat pertemuan adalah di Cheonggae-cheon.Sila klik sini untuk tahu apa itu Cheonggae-cheon—-> en.wikipedia.org/wiki/Cheonggyecheon

Sesiapa yang datang ke Seoul tu tak sahlah kalau tak pergi sini. Kalau siang pun lawa and malam pun lawa.. sini memang betul-betul tengah bandar Seoul ni. Sebelah aje dari City Hall. Kalau naik subway, ada line terus ke Gwanghwamun. Pintu keluar nombor berapa tak ingatlah pulak ye…

Testing bateri kamera.. sambil tunggu Aya tak sampai-sampai ni.. Depan 7-Eleven ni.

Testing kamera la sangat kan.. haha ..muke tahan sejuk ok.. mau negatif ke time nih yea..

Gambar suasana malam Krismas tu.. orang Korea ni memang ape-ape perayaan pun keluar. tak pernah tak penuh pun mane-mane tempatnye pun.

Depan pokok krismas yang tinggi.. tu jela pun pokok krismas nye. takdela meriah mana sangat decorationnya pun..

No Comments »